Khamis, Julai 09, 2009

tension

salam....

argh................
boring sesangat dlm seminggu ni.line intenet langsung x berfungsi tu yg boring sangat tu.kalau hujan je mesti problem.pekerja tm slow sangat nak repair sampai ambil masa kat seminggu baru nak siap.bukan takat kat umah je satu fraser hill problem.

kat sini tu la masalahnya nak tunggu org tm dari raub nak dtg repair semuanya ambil masa.

jom kita layan resepi mee goreng yg na goreng utk minum ptg ni.lagi pun kejap lagi na dan suami nak gi pasar malam kat kuala kubu bharu.jadi layan dulu ye....


bahan-bahan
1kg mee dibasuh dan ditoskan.
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
isi ayam,sotong dan udang dan fishball ikut suka banyak mana
2 tangkai sawi dipotong-potong
1 cawan taugeh
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 cawan air.
1 biji cili merah diptg nipis utk hiasan
sedikit daun sop dan hirisan timun utk hiasan

cara-caranya
tumiskan bawang putih sampai garing baru masukan cili kering tumis sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukkan isi ayam,sotong,udang dan fishball biar sampai masak.bila dah masak masukkan mee,kicap,sos tiram,sos cili,air dan gaulkan rata.akhir sekali baru masukan sawi dan taugeh.
bila dah masak hiaskan dgn cili merah,timun dan daun sop

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...