Isnin, Ogos 31, 2009

hari ke 9 dan 10 berpuasa

Salam..........

Laju sungguh rasanya masa berlalu.Sekejap dah masuk hari ke sepuluh kita berpuasa.Tinggal 20 hari je lagi kita nak kejar utk melakukan sebanyak-banyak amalan yg mulia dibulan puasa ni.Hari ke 9 na tak masak.lepas kul 6 kami turun pergi beli barang dapur dan barang2 budak.Jadi berbuka puasa kat luar la.Lauk dibawah na masak pada hari ke 10 puasa.Na masak ayam percik,taugeh masak lemak dan mee hailam.Tu la menu yang simple dan senang dimasak.Mesti ramai terfikir bila masuk sini je asyik-asyik lauk yang simple dan lauk tu semua orang boleh masak.Na nak tegaskan pertama kali na buat blog ni untuk teman na seorg tu yg tak pandai memasak.(bukan la na ni pakar memasak utk makan sendiri boleh la)kesian kat teman ni,dia asyik tipon na mintak resepi,dah la kat fraser ni bila hujan je line tipon problem skit.Lain yg kita cakap lain yg dia dengar.last-last dia cakap kat na ko buat blog la senang aku nak nak paste ko punya resepi.Tapi resepi yang senang skit la ko masak.Tu la kat sini hanya ada resepi yang simple-simple je.Buat teman na selamat menjamu selera la ye.........



bahan-bahan
6 ketul ayam
3 batang serai*
1 biji bawang merah*
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
8 biji ciliapi*nak pedas letak lebih
1 sudu besar lada hitam*kisar bahan yg bertanda* sampai halus
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 keping asam keping

cara-caranya:
rebus ayam dicampurkan 2 inci halia kedalam periuk bersama sedikit garam.rebus ayam setengah masak.tumiskan bahan yg dikisar sampai naik bau.baru masukan air,santan pekat,asam keping dan garam,gula seta aji secukup rasa.masukan ayam yg telah direbus kedlm kuah,masak sampai kuah melegak.tutupkan api.
keluarkan ayam dr kuah dan bakar ayam diatas dapur arang.terbalik-balikkan ayam supaya ayam benar-benar masak.bila dah kesemua ayam masak siram la kuah yg lebih keatas ayam.


bahan-bahan
100gm taugeh
1/2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris (na guna cili hijau je)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 keping tauhu diptg 6

cara-caranya:
masukan bahan diatas,garam,aji dan gula secukup rasa.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Sabtu, Ogos 29, 2009

hari ke 8 berpuasa




salam............

Hari ni Na masak daging goreng kunyit,sambal sardin dan cekodok tepung.Hari ni Na tak masak sayur langsung.sebab stok sayur dah habis.Nak beli kat kedai pun memang xde stok dah berapa hari tuan kedai tak turun beli barang.Tu yang susah duk kat fraser ni.Apa nak buat dah kena keja kat sini.Tak baik kan nak merungut dah rezeki kat sini.



Bahan-bahan
200g batang pinang-diptg nipis dan diperap dgn garam dan serbuk kunyit
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang holand dipotong bulat
1 biji cili merah diptg menyerong
5 biji cili api diketuk
2 ulas bawang putih diketuk

cara-caranya:
Tumiskan bawang putih sampai kekuningan.masukan daging dan gorengkan daging sampai masak,bila dah masak masukan sos tiram,garam secukup rasa dan air (skit sahaja hanya utk bagi berkuah)kacau bagi sebati baru masukan bawang,cili merah dan cili api




Jumaat, Ogos 28, 2009

Semalam na masak bihun goreng dan nasi goreng kampung.kuih na suruh suami belikan.takde mood nak masak.kalau penyakit malas dah datang susah nak ubatnya.paling senang masak yang simple-simple je.




bahan-bahan
1 peket bihun 400g
2 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah*
1 genggam ikan bilis*dikisar
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap manis
isi ayam,fishball,fishcake,udang dan kobis (ikut suka nak letak banyak mana)
sawi - tak letak stok dah habis

cara-cara
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan cili kering,sos tiram,kicap,garam dan bahan yg dikisar masak sampai pecah minyak.baru masukan semua rencah,masak sampai rencah masak.bila dah masak masukan bihun dan sayur.kacau bagi sebati.bila dah siap boleh la taburkan dgn daun sop,bawang goreng dan cili merah(na x letak stok dah habis)

Hari ke 7 ramadhan



salam.........

Dah seminggu kita berpuasa.Sekejap saja masa berlalu.Hari ni na masak daging masak lemak cili api dan telur masak kicap.Masak yang simple-simple je.biasa la kalau dah penyakit "M" datang melanda.Lagi pun stok lauk dah habis.nak turun beli barang dapur tak dapat turun sebab 2 orang staff bercuti.tinggal na dan suami je yang bertugas sampai hari isnin.Apa nak buat kat sini cuma ada 4 orang pekerja saja.cuti bergilir-gilir la.



bahan-bahan
300gm daging direbus sampai empuk
1 biji bawang merah*
12 biji ciliapi*dikisar
3 biji ubi kentang dibelah 4
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 cawan air rebusan daging
1 sudu teh serbuk kunyit

cara-carnya:
masukan bahan yg telah dikisar,kentang dan air rebusan daging ke dalam periuk.masak sampai ubi kentang empuk.bila dah kentang empuk masukan daging,serbuk kunyit,garam,aji secukup rasa,santan pekat dan asam keping.masak sampai mendidih.
masak gunakan api perlahan,takut santan pecah minyak.

Khamis, Ogos 27, 2009

Menonton teater dan birthday aina qisthina

Salam.........

Sebenarnya lama dah nak n3 tapi terlampau sibuk sampai terlupa.Tu pun suami tanya dah n3 ke belum gambar aina qisthina.Baru teringat tu yang cepat2 n3.Sebernarnya besday aina qisthina pada 14 ogos yang lepas.Genap la 3 tahun umur Aina qisthina tapi kami tak sambut pun.Cuma mak dan makcik na yg bagi hadiah kat aina.


Birthday Cakes from WiddlyTinks.com








Na,suami dan aina qisthina telah pergi menonton teater yang bertajuk'MERDERKA YG TERAKHIR' atas jemputan saudara Syukur Yon seorang aktivis teater pada 20 ogos yang lepas di Dewan sivik petaling jaya.






Rabu, Ogos 26, 2009

Hari ke 3,4 , 5 dan 6 ramadhan

Salam.............

Dah masuk hari ke 6 umat islam berpuasa.Terasa sekejap je masa berlalu.Hari ke 3 berpuasa Na tak masak sebab Na turun gi ke kl umah mak,berbuka disana.Hari ke 4 pula Na masak ayam masak merah,dalca ayam dan papadom goreng.Makan dengan nasi putih je.
Untuk hari ke 5 Na merdeka lagi sebab tak payah masak,turun ke raub berbuka dirumah atuk angkat Na.Untuk petang ni belom fikir nak masak apa.Mungkin nak masak nasi goreng kot sebab angin malas dah datang melanda.Mungkin buat kuih skit kot.Tengok la petang nanti apa yang jadi.

Apa-apa pun Na nak ucapkan selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera.




bahan-bahan ayam masak merah
6 ketul ayam diperap dgn garam serta kunyit serbuk
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang merah*
3 batang serai*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*dikisar halus
1 batang serai dititik

cara-caranya:
gorengkan ayam sampai masak.jangan sampai terlampau garing.ketepikan.tumiskan serai yg dititik sampai kekuningan,baru cili kering dengan bahan yg telah dikisar,sos tomato,cili dan sos tiram tadi masak sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukan ayam dan air skit,garam,gula secukup rasa.kacau sebentar,baru tutupkan api.

Bahan-bahan dalca.
1 genggam kacang dhal direndam kemudian direbus sampai empuk
3 ketul ayam dipoyong kecil
1/2 biji carrot, 2 biji kentang,1 biji terung bulat,3 tangkai kacang panjang,
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 peket kecil rempah kari daging babas
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 tangkai daun kari*
dikisar halus
1/2 biji bawang merah dihiris nipis#
2 ulas bawang putih dihiris nipis#
1 tangkai daun kari#
1 batang kulit kayu manis#
2 kuntum bunga lawang#
2 kuntun bunga cengkih#
2 biji buah pelaga#bahan penumis
3 biji cili hijau dibuang tangkai dibelah 2

cara-caranya:
tumiskan kesemua bahan yang bertanda # sampai kekuningan.baru masukan rempah kari,serbuk kunyit,cili kering dan
bahan yang dikisar masak sampai pecah minyak.masukan 2 cawan air,kacang dhal,carrot,terung dan ubi kentang.masak sampai semua sayur empuk.bila dah empuk masukan ayam, kacang panjang,garam,gula secukup rasa,asam keping,santan pekat,masak sampai mendidih.akhir sekali masukan cili hijau barututupkan api.



Ahad, Ogos 23, 2009

Hari ke 2

Salam.............

Masuk hari kedua berpuasa,tengahhari cuaca cerah tapi x berapa panas.masuk je belah petang hujan sekejap-kejap.Tu yang buat berpuasa kat fraser ni x terasa sangat.
Kat fraser ni yg x best bila time bulan puasa mesti xde bazar ramadhan.kena pergi ke raub atau ke kuala kubu.Time berbuka kat fraser ni pada pukul 7.30 malam.
Untuk juadah berbuka nanti Na masak asam tumis ikan yu,ayam goreng,sayur kacang buncis dan sosej roll.






bahan-bahan asam tumis ikan yu
1 ekor ikan yu dibuang kulit dan dipotong 6.
1/2 cawan cili kering kisar
1 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci belacan*
air asam jawa*kisar bahan yg bertanda*
3 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesom
bahan penumis:
1 biji bawang merah kecil#
2 ulas bawang putih# dihiris nipis

cara-caranya:
tumiskan bahan penumis sampai kekuningan,baru masukkan bahan yg telah dikisar,cili kering kisar dan serbuk kunyit masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air,ikan,daun kesom,bunga kantan,garam,aji secukup rasa.kalau kurang masam tambah lagi air asam jawa.masak sampai mendidih.

bahan-bahan sosej roll:
6 keping roti
6 batang sosej
serbuk roti @ breadcrumbs secukupnya
1 biji telur dipukul
1/2 sudu teh lada sulah
minyak untuk mengoreng
1/2 sudu besar tepung gandum*
sikit air* dibancuh utk buatkan gam pada roti.

cara-caranya:
gelek roti sampai nipis dan buangkan kulitnya.
letak sosej diatas roti dan letakkan bancuhan tepung pada hujung roti dan digulung.
buat sampai habis.
telur dipukul,dicampurkan dgn lada sulah dan garam sedikit.Panaskan minyak.
celupkan roti kedalam telur,kemudian golekkan keatas serbuk roti.
goreng dgn minyak yg panas sehingga kekuningan.
Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Hari pertama berpuasa


Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com



Salam..........

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kpd keluarga,sedara mara dan teman2 di alam cyber.
Hari pertama berpuasa,cuaca kat sini tersangat la sejuk.Kabus dr tengahhari sampai la skarang still ada lagi.Na betul2 x tahan kalau cuaca terlalu sejuk sangat.Terasa jari jemariku macam nak beku rasanya.Terpaksa berstokin dan berselimut tebal.Ni na rasa mengigil sesangat.Percaya tak na pakai berlapis baju utk hilangkan sejuk tp still terasa sejuk lagi.Tu yg malas nak keluar ke masjid,buat solat terawih kat umah je.

Hari ni na masak ayam masak tango,acar timun,nasi beriani dan sardin roll utk berbuka puasa.Resepi ni na ambil dr majalah saji.Kalau kat bawah boleh minum pelbagai jenis air sejuk kat sini terpaksa buat air panas.hu...huu. .Tapi na x dapat nak siarkan resepinya sebab dah tak tahan sejuk.Bila ada masa nanti na n3 kan resepinya.




Ahad, Ogos 16, 2009

sambal tempoyak petai dgn ikan bilis

salam.

Lepas balik dari taman permainan tadi,suami na mengadu sakit-sakit badan macam nak deman.Na hulur la ubat deman dan ubat sakit badan kat suami.lepas solat maghrib,terus suami na tido.Ngantuk katanya.Na tanya nak makan apa malam ni? suami jawap nak makan maggi je x lalu nak makan nasi.
Sebenarnya na dah masak lauk sambal tempoyak petai dgn ikan bilis ptg tadi,sebelum keluar ke taman.nampaknya na sorang-sorang makan nasi lah malam ni.Anak-anak na suka menumpang apa yg ayah dia makan.
Na tunggu suami na bangun baru nak masakkan maggi kari.Jadi malam ni lewat la kita orang dinner.



bahan-bahan
3 papan petai dibelah dua.
3 sudu besar tempoyak.
9 biji cili api.
1/2 biji bawang besar.
1 genggam ikan bilis goreng.
3 sudu besar minyak.
1/2 cawan air
cara-caranya:
tumbuk cili api dan bawang besar sampai lumat,masukan minyak 3 sudu besar biarkan minyak panas.Baru masukan bahan yg ditumbuk dan tempoyak,masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air,petai,garam,aji,gula secukup rasa.(kalau tempoyak kurang masam tambahkan dgn asam keping) kacau sebentar.akhir sekali masukan ikan bilis,gaulkan dan boleh tutupkan api.

aktiviti dihujung minggu

salam......

Petang tadi kami sekeluarga lepak-lepak ditaman permainan.Saja bawa aina dan umairah melakukan aktiviti riadah dihujung minggu.Anak-anak punya la seronok lari ke sana lari ke sini.
Macam-macam jenis permainan dicubanya.x reti penat betul aina dan umairah ni.kita yang nengok pun jadi penat.Seronok bila tengok anak-anak happy.








Jumaat, Ogos 14, 2009

mee kari


salam............

Dah makan malam ke belum? lauk apa hari ni ?kami baru je habis makan malam.menu hari ni, na masak mee kari je.mood masak ni kejap ada kejap xde.ye la malam tadi na kena sakit pinggang sampai nak tido pun x boleh.nak gi klinik malas betul sebab takut makan ubat hu..hu..pergi urut lagi la takut.last-last tampal koyok.baru leh tido.
harap-harap malam ni dapat la tido lena.kesian dgn suami na turut kena tempias sekali x bleh tido.kena urut pinggang na.hii...hi..terima kasih ye sayang.
jom layan resepi mee kari dulu ye.............

bahan-bahan
1kg mee basuh,kemudian celur dan tos.
sawi,kobis dan taugeh dicelur dan tos
bahan hiasan:cili merah dihiris nipis,daun sop,bawang goreng.

bahan A
4 sudu besar cili kering kisar
2 pkt kecil rempah kari daging babas*
2 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*dikisar halus
isi ayam,udang,kerang dan tauhu goreng(diptg kecil)
ikut suka nak letak banyak mana.
500ml santan
1500ml air
2 keping asam keping

bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 biji bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus

cara-caranya:tumis semua bahan penumis sampai kekuningan.baru masukan bahan yg dikisar dan cili kering masak sampai pecah minyak.masukan air,isi ayam,udang,kerang dan tauhu,asam keping,garam,aji dan gula secukup rasa masak sampai melegak baru masukan santan pekat.
masak lagi sampai melegak baru tutupkan api.hidangkan dgn sayur,daun sop dan bawang goreng serta cili merah.

Rabu, Ogos 12, 2009

Paprik daging


salam.............

Tengahhari tadi na cuma masak paprik daging dan ayam goreng berempah utk makan tengahhari tadi.La x kan ayam goreng berempah lagi kot.Ni request dr suami na sebab semalam x puas makan.jadi tu yg masak lagi tu.Jom layan...........

bahan-bahan
200gm daging direbus sampai empuk,kemudian dihiris nipis
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh tpg jagung dibancuh dgn air
1 cawan air
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang holand diptg bulat
4 helai daun limau
8 tangkai cili api diketuk
2 tangkai cili merah diptg menyerong
sayur-kacang panjang,carrot,kobis bunga dan putik jagung(na x letak xde stok) ikut suka banyak mana.

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan cili kering masak sampai pecah minyak.
masukan daun limau purut,cili api serta semua jenis sos,tpg jagung,daging,semua sayur,air,garam,gula,aji secukup rasa kacau bagi sebati.
akhir sekali masukan cili merah dan bawang dipotong bulat.

Selasa, Ogos 11, 2009

puding caramel


Salam.........

Petang tadi na teringin nak makan puding caramel.nasib baik bahan-bahannya ada.Apa lagi terus la ke dapur.Jom layan resepi ni dulu.

bahan-bahan A
1/2 cawan gula pasir utk dibuat gula hangus
1/2 cawan air

bahan-bahan B
8 biji telur
1 kotak kecil susu uht
4 sudu besar susu pekat
1/2 cawan gula (kalau x brape suka manis kurangkan gula)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan air

cara-caranya:
panaskan gula didlm kuali kacau sampai gula menjadi perang,masak gunakan api perlahan takut
gula menjadi hangus.tutupkan api dan masukan 1/2 cawan air.pasang semula api.masukan gula hangus kedlm loyang.biarkan sejuk
masukan semua bahan B dan kacau sampai sebati.masukan kedlm loyang dan kukus selama 30-40 minit.bila sejuk masukan kedlm peti sejuk.sedap dimakan semasa sejuk.

Isnin, Ogos 10, 2009

ayam goreng berempah & masak lemak pucuk ubi




salam..........

Hari ni nasib baik mood nak masak dtg balik.Kalau x jenuh asyik nak beli nasi bungkus.Jadi tengahhari ni na masak ayam goreng berempah dan masak lemak pucuk ubi.Punya la selera suami dan anak-anak na berdua tu makan nasi sambil ratah ayam goreng.Habis la ayam yg na goreng tadi.

Apa-apa jom jemput makan.........

bahan-bahan ayam goreng berempah:
1/2 ekor ayam dipotong 6 digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
1/2 biji bawang merah*
3 btg serai*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu besar serbuk kari*
1 tangkai daun kari*(kisar halus semua bahan yg bertanda*)

cara-caranya
perap ayam dgn bahan yg telah dikisar selama 30 minit.
kemudian goreng.

bahan-bahan masak lemak pucuk ubi:
1/2 ikat pucuk ubi (direbus sampai empuk)
10 tangkai cili api*
1 biji bawang merah*(kisar bahan yg bertanda*sampai halus)
2 sudu besar tauchu kasar
1 gengam ikan bilis kopek
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
2 cawan air
2 cawan santan pekat

cara-caranya:
masuk semua bahan yg dikisar,pucuk ubi,tauchu,ikan bilis,serbuk kunyit dan 2 cawan air kedalam periuk.masak sampai melegak.bila dah melegak masukan asam keping,garam secukup rasa dan santan pekat.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Ahad, Ogos 09, 2009

nasi goreng biasa


salam.............
Sebelum tu sape-sape yg jenguk blog na terasa tipah tertipu pasal kisah seram tu na mintak maaf la ye.bukan nak kenakan sape-sape.cuma saja nak buat lawak bagi hilang tension.

Dah brape hari dapur umah na x berasap,main beli nasi bungkus je.Jadi malam ni na masak nasi goreng biasa.jom layan dulu resepinya...........

bahan-bahan
4 cawan nasi
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 sudu teh lada sulah
isi ayam,udang dan fishcake ikut suka
sawi dan kobis skit

cara-caranya
tumis bawang putih sampai kekuningan,baru masukkan cili kering masak sampai pecah minyak.
masukan garam 1 sudu teh,sos tiram,kicap manis,isi ayam,udang,fishcake,sayur dan nasi.
kacau bg sebati.rasa nasi kalau kurang masin tambahkan garam.(bancuh garam dgn skit air) baru masukan kedlm nasi goreng.kacau sebentar baru tutupkan api.
hias la dgn telur dadar.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Awas SERAM

Kisah ni telah diantar kat emel na.jadi na copy je kat sini.selamat membaca..

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
" Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... " udah tuuuuuuuuu.. ...... pi buat keja.....Tahniah kerana minat membaca

Rabu, Ogos 05, 2009

bihun soto ayam


Salam..................
Berapa hari yg lepas jenguk umah kak asma,nampak kak asma buat soto ayam.tu yg teragak nak buat hari ni.Jom menjamu selera...........

bahan-bahan
1 ekor ayam (na guna ayam pencen)
2 pkt kecil rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma
2 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 biji bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang merah *
8 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 sudu besar lada hitam biji*dikisar

cara-caranya:
rebus ayam sampai empuk.asingkan ayam dr air rebusan dan disiat-siatkan isinya.
tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan buah pelaga,bawang yg dihiris dan bawang putih yg diketuk sampai kekuningan.
bancuh rempah sup + rempah kurma + bahan *yg telah dikisar.
kemudian masukan bahan yg siap dibancuh kedlm bahan yg telah ditumis tadi,masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air rebusan ayam tadi dan masukan garam secukup rasa.
bila dah masak boleh la dihidangkan dgn bihun+nasi impit+kacang goreng+suhun+pegedil(na x letak malas nak buat!!!!!) + sambal kicap.
akhir sekali taburkan daun sop dan bawang goreng.

Selasa, Ogos 04, 2009

H1N1@SELSEMA BABI

Salam............
Benda ni terjadi kat adik na di sek. men mahmud raub.bila deman cikgu sek bawa adik na dan budak-budak lain gi klinik.bila dah cheack deman biasa je.
cikgu pun satu hal dah deman seminggu baru nak tipon mak na suruh dtg ambil adik.tak ambil berat betul pasal h1n1 ni.bayang la kalau dah terkena virus h1n1 ni sape nak disalahkan.adakah rakyat malaysia x prihatin tentang virus ni?(X semua la kan).
bila mak dtg ke raub ambil adik terus mak na bawa ke hospital besar kuala lumpur.di hospital ramainya orang yg menunggu giliran.ingat jangan gi wad kecemasan,bila anda gi ke wad kecemasan tetap staf kat sana suruh korang gi ke wad pesakit luar.kena daftar dulu la,tulis nama,no ic kat kad kuning dan bayar seringgit.banyak betul dia punya aturan.adik na dah lembik dah x leh nak jalan.mak na cakap kalau nak mati dah mati dah.berjam-jam tunggu baru dapat giliran.pastu kena gi utk ambil tekanan darah,masuk ke bilik lain lak utk ambil darah pastu bawak lak sample darah kita sendiri ke makmal satelit kena tunggu dlm 10 minit.
bila dah dah dpt ujian darah nasib baik adik na x kena virus h1n1.tapi doktor bising gak kenapa dah deman seminggu baru nak datang ke hospital kalau dah kena virus h1n1 ni macam mana?
Nasib baik Adik na dikurantinkan selama 2 hari sahaja dirumah tapi kalau dlm tempoh 2 hari deman masih tak kurang kena bawa ke hospital balik.

JADI KALAU KORANG DEMAN CEPAT-CEPAT LA KE HOSPITAL JANGAN GI KLINIK.DAN JANGAN BIAR DEMAN KORANG MELARAT.

ayam goreng kunyit


salam...............
Tengahhari tadi kami sekeluarga gi makan kat raub suami blanja.x dpt nak updet gambar cos tertinggal kamera.jadi utk makan malam ni kena la masak. na masak lauk ayam goreng kunyit je.jom layan resepi ni dulu ye..........

bahan-bahan
3 ketul ayam dipotong kecil dan digaul dgn garam serta kunyit serbuk.
1 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar minyak masak.
1 biji bawang holand dipotong bulat.
skit kacang panjang dan carrot.
1 biji cili merah dipotong menyerong.
6 biji cili api diketuk.(nak pedas boleh letak lebih)

cara-caranya:
goreng ayam dgn minyak sampai masak.bila ayam dah masak masukan sos tiram,kacang panjang,carrot dan garam secukup rasa.kacau sekejap baru masukan bawang,cili merah dan cili api.biar kan selama 3 minit baru tutupkan api.

konsert penghargaan search di awan biru








Salam.......
Sabtu yg lepas suami ajak na temankan pergi menonton konsert kumpulan rock no 1 malaysia iaitu kumpulan search.Hendak tak nak kena juga teman kan.Bila sampai kat kl punya la jem teruk.pusing punya pusing sampai gak kat equestrian mont kiara dah dekat jam 9 mlm.Nasib baik konsert ditangguhkan sampai kul 9.45mlm.
Nak parking punya la satu hal.Punya la jauh kami park kete kira-kira 1km.
Apa nak buat.Kalau dah minat cam mane pun x kisah.Janji dapat saksikan kehebatan kumpulan search.
jom layan gambar-gambar yg sempat diambil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...