Ahad, Julai 08, 2012

jom ke Kidzania Kuala Lumpur

Salam....

Semalam darwis bawa anak-anak ke Kidzania Kuala Lumpur yang terletak di CurveNX Mutiara Damansara.Senang je nak cari Kidzania ni,ianya berkongsi satu bangunan dengan Mcdonald.Bayaran masuk untuk dewasa ialah rm35 dan kanak-kanak rm55.Isnin hingga Jumaat hanya ada satu sesi sahaja bermula dari 10am-5pm.Weekends,public serta school holiday terdapat 2 sesi.Sesi pertama bermula pada jam 10am-3pm dan sesi ke2 bermula jam 4pm-9pm.Darwis pilih sesi kedua sebabnya sesi kedua kurang sikit org jadi budak-budak tak payah bersesak-sesak dan tak perlu nak berebut-rebut nak masuk kesatu-satu tempat..Memang best GILER  bawa anak-anak kesini.

Tip-tip nak masuk ke Kidzania.

  1.  beli tiket melalui online.
  2. pilih sesi kedua 4pm-9mlm.
  3. tiba lebih awal dalam 3.30pm sebabnya kita perlu beratur
  4. kita akan diberi maps.jadi rancang sebaik-baiknya nak bermula dimana.Satu-satu tempat mengambil masa paling cepat pun 15-20minit.terdapat 2 tingkat. 
  5. utk masuk anak-anak akan diberi cek kidzania yang bernilai 50 yang boleh ditukar dikaunter bank.dengan duit ni anak-anak boleh menggunakan utk membeli barang di joy basket,face painting,body art dan department store.
  6. minta anak-anak ke no 2 job information utk membuat resume.
  7. seelok-eloknya biar la anak-anak berkerja dulu,bila berkerja kita akan diberi bayaran atas apa kita lakukan.Dengan wang yang diperolehi boleh la anak-anak nak belajar memasak di kidzania seperti membuat sushi di sushi king,sandwich di ayam brand,burger di king burger,oreo. dll.





 tengah ambil wang di bank














 sempat lagi qisthina & umairah berposing dengan model Amber chia.


 tengah tunggu nak buat persembahan 



 sesi face painting




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...