Isnin, November 21, 2011

Buku merah?

Assalamualaikum...



Buku merah? Apa tu? Pasport la.Qisthina panggil buku merah.Kenapa citer pasal pasport nak gi jalan-jalan ye..
Yang nak pi jalan-jalan anak-anak bukan  mak dan pak budak.Sedih tak dapat nak join depa pi bercuti kat indon lebih 2 minggu.Hu..hu..hu..Sebenarnya suka dapat berdua dgn darwis.


Budak berdua pi bercuti dengan nenek mak depa.Mak aku la.Pi tarakhan indonesia.Bapak aku dok kat situ berniaga.SILA KLIK SINI.



Sedih tak dapat hantar depa pi LCCT.Fligh esok pagi.Depa naik teksi dr umah mak aku kat sentosa.Mudah-mudahan perjalanan depa selamat pergi dan balik la hendaknya.Amin..

Bila Umairah berambut pendek

Assalamualaikum.......
Macam lelaki la pulak bila rambut umairah digunting pendek..Darwis punya la marah dengan aku bila aku bawak  umairah gi gunting rambut.Aku ingatkan cuma nak potong bahagian depan sebab rambutnya dah tutup mata tapi bila sampai je kat kedai umairah nak potong macam kak yong dia.Nak tak nak,aku ikut je la.Aku terangkan kat darwis elok jugak potong pendek sebab nanti masa kat indon cuaca panas takde la si umairah tak selesa lagi pun bukan sekejap nak duk kat indon 2 minggu la jugak.Nasib baik darwis tak marah-marah lagi.







Khamis, November 17, 2011

happy besday



Assalamualaikum...

Hari ni 17.11.11 merupakan besday darwis yang ke 32.Happy besday sayang.Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan mencari rezeki.Amim..



Khamis, November 10, 2011

Udang galah goreng bersos




Assalamualaikum dan salam sejahtera.......

Hari ni nak tayang lauk udang galah yang  nanae masak masa nak balik kampung masa raya aritu.Terukkan dah lama baru nak  updet.Ada sape-sape yang tergoda tengok udang galah yang nanae masak.Sila angkat tangan..hi..hi..hi...Berat dalam 2kg,udangnye adalah dalam 9ekor.Berat kepala 

Bahan-bahan:
2kg udang galah saiz XL
6 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang holand dicincang
2 batang serai diketuk
8 btg ciliapi diketuk
2 helai daun limau purut dihiris
1 tangkai daun sop dihiris halus
1 biji telur
1 cawan sos cili maggie

Cara-caranya:

  1. Udang dibersihkan,gunting kepala dan ekor sikit serta belah belakang.toskan 
  2. Panaskan minyak.Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.Goreng sampai warna udang bertukar jadi merah.Angkat dan toskan minyaknya.
  3. Tumiskan bawang putih sampai kekuningan.guna minyak yg goreng udg tadi dalam 4 sudu besar.Bila bawang dah kuning masukan,bawang,serai,cili api dan daun limau,sos cili serta cili kisar tumis sampai pecah minyak.(Guna api pelahan)
  4. Bila dah pecah minyak masukan air dalam 1 cawan. masukan telur(dikacau dulu) dan kacau bagi sebati.Masukan garam gula dan aji secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukan udang dan daun sop.Gaul sebati.

Rabu, November 09, 2011

puteri ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Hari ni,nanae nak berkongsi resepi puteri ayu.Lama dah buat tapi baru hari ni dapat postkan entry.Sibuk skit.Resepi ni nanae ambil dari intenet tapi dah tak ingat dr blog mana.Buat tuan punya resepi nanae mintak dihalalkan resepinya ye..
P/s: resepi puteri ayu ni dapat banyak. kalau takat nak buat dalam 30 biji buat separuh je dari adunan tersebut.





Bahan-bahannya:
4 cawan tpg gandum
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur (nanae guna gred B)
 1 1/2 cawan santan (nanae guna 1cwn santan pekat cap ayam brand ditambah 1/2 cawan air)
 1 sudu besar ovellette
 1 sudu besar baking powder
 1 sudu teh pewarna hijau

 cara-caranya:

1.panaskan kukusan.
2.Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 4.Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5.Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

inti kelapa: 1 biji kelapa parut putih 1 sudu teh garam 1 sudu besar tepung ubi
                 (gaulkan bahan diatas dan kukus selama 5 minit)

Rabu, November 02, 2011

Aku Maafkan Kamu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman semua...

 Apa kena mengena lagu "AKU MAAFKAN KAMU" nyayian malique dan jamal abdillah dengan aku.Sebenarnya adalah beberapa orang hamba allah tu yang banyak sangat sakitkan hati aku,buat fitnah keatas aku sampai nak pecah belahkan rumah tangga aku.Sampaikan nak dijadikan en darwis menantu dia..( sedangkan anak dorang masih sekolah form 5)Katanya aku tak padan dengan en.darwis.(aku tahu la yang en.darwis tu hensem dan aku tak lawa,Tu kan dah jodoh namanya)Memang dorang ni kuang ajar sangat.

Sebenarya citer dia macam ni,hamba allah tu adalah bekas pekerja aku ( dorang ni laki bini). Bila aku balik,mesti laki bini ampu en.darwis katanya aku bagi tahu tak boleh buat itu tak boleh buat ini pada hal aku tak pernah cakap apa pun.Dia hasut en.darwis macam-macam.Nasib baik la en.darwis tak ambil pusing apa yang dorang cakap.Sampai bagi tahu kat kat orang keliling yang dorang ada share dlm bisnes aku.Tak hangin satu badan aku bila dengar macam ni..

Last-last aku suruh en.darwis buang dorang keje....Ingatkan dah kena buang,selesai masalah tapi macam-macam hal dorang buat supaya aku berpisah dengan en.darwis.Sampai aku makan hati tapi bila en darwis cakap kat aku,"awak kena redha sebab semuanya perkara datang dari allah mungkin allah nak duga kita.Banyak kan solat dan berdoa serta awak kena maafkan orang yang sakitkan hati awak baru hati awak tenang" Jadi lagu ni aku tuju pada orang-orang YANG PERNAH sakitkan hati aku....semoga hidup korang tenang selepas AKU MAAFKAN KAMU...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...