Rabu, September 30, 2009

cerita raya 3

Salam............

Hari ni Na dan anak-anak ikut suami menghadiri jamuan hari raya anjuran perbadanan kemajuan bukit fraser di hotel puncak inn.Jamuan berlansung jam 9pg tadi.Jom layan dulu gambar-gambar yang sempat diambil.







cerita hari raya 2

salam.......

Na,suami,anak-anak dan lan(staf) baru balik menghadiri majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran ahli jawatankuasa surau taman sungai hijau bukit fraser.Layan la dulu gambar-gambar ni ye.....






cerita raya


gambar keluarga bersama ayah,mak mentua,adik ipar fini,abg & kakak ipar(along&ika,angah&ida) serta anak-anak buah.

Salam dan selamat hari raya.......

22.09.09
Na dan suami bertolak dr fraser pukul 8pg utk pulang ke kg.Sampai kat KL dlm kul 11.30pg terus gi umah mak di Sri Sentosa jln klang lama untuk ambil anak-anak.Bila je sampai aina qisthina dan aina umairah punya la seronok bila jumpa kami berdua.adegan peluk memeluk pun bermula.Ingat nak bertolak terus ke kampung tapi mak na suruh makan dulu senang nanti tak payah berhenti cari tempat makan.terima kasih la mak sebab dah sediakan makanan tengahhari utk kami.Lepas makan terus bertolak ke kg,dlm perjalanan adik ipar na,fini tipon suruh singgah di senawang umah mak su shidah(makcik suami) buat open house.Jumpa la ayah,mak mentua dan ipar2 na kat umah maksu shidah.Lepas makan konvoi balik ke kg dgn 2 buah kereta.

23.09.09 - 24.09.09
Mula la episod jalan-jalan raya.kami berkonvoi pergi umah sedara-mara.Dari tengahhari sampai ke malam kami berjalan raya.Penat tapi seronok.Ye la setahun sekali dapat berjumpa sedara mara.Gambar Na lupa nak ambil ye la bila dah jumpa tu paham-paham je la.Ada je benda yang nak dibualkan.

25.09.09

Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com


Sedih sebab dah nak balik ke fraser.Sekejap je rasa dah nak habis cuti.Lepas asar kami sekeluarga mula bertolak ke kl.Na ingat terus balik ke fraser rupanya suami singgah di rumah mak Na kat kl utk buat suprise birthday Na.Suami dan adik-adik Na belanja Na makan.Terima kasih la buat semua walaupun takde cake(dorang tahu Na tak makan cake tu sebab tak beli).

Khamis, September 17, 2009

gambar qisthina & umairah

salam.......

Lepas bersahur tadi tiba-tiba rindu kepada anak-anak semakin kuat rasanya.Untuk melepaskan kerinduan na updetkan gambar anak-anak na.Gambar ni diambil semasa na nak hantar qisthina dan umairah gi umah mak na di kl.hu......hu...hu...
Sedih terpaksa berpisah dgn qisthina dan umairah ni.Dah 3 tahun na dan suami x dapat cuti masa raya.Tahun yg sebelumnya,mak na naik kat fraser utk jaga cucunya tapi tahun ni mak na x dapat nak naik sebab terpaksa menjaga makcik na yg sedang sakit tua.Malas nak citer lagi airmata cam nak mengalir keluar je.........





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






salam.........

Nanae & Darwis serta anak-anak Nur Aina Qisthina & Nur Aina Umairah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.Buat Keluarga yang tersayang, saudara mara,teman-teman dialam cyber catlina,soda hikari,cik mat gebu,kak ct,LG,cik min,kak asma,kak hanieliza,maklang,laman bkk,al qowareer,lavendar harum,kak ton dan dj epoi serta pengunjung blog ni.

Nanae ingin memohon maaf jikalau didalam blog ni,nanae ada tersalah kata.Nanae doa kan kepada semua yang ingin pulang ke kampung semoga selamat tiba.

Buat kepada pengunjung blog sila la ambil kad ni dan gantung la dirumah teman-teman ye...

Semoga lebaran ini disambut dengan gembira disamping orang tersayang.

hari ke 27 berpuasa



Salam........

Hari ni hujan turun dgn lebatnya.Dari tengahhari sampai ke malam.Sejuk sesangat,macam malas nak masak.Ye la dapur kat hujung blok hotel.Hendak x nak kena gak masak.Hari ni na masak ayam bakar sos tiram dan masak lemak pucuk labu dgn kobis untuk santapan berbuka puasa sebentar tadi.

Terasa Sekejap betul masa berlalu pergi.Tinggal 2 hari lagi kita berpuasa dan 2 hari lagi juga kita akan menyambut hari raya aidilfitri.

Na dan suami x dapat cuti raya.Jadi kami beraya kat bukit fraser je la.Mungkin hari raya ketiga baru dapat balik ke kampung johol N9.Anak-anak na dah hantar gi kl umah mak na.Terasa sedih gak x dapat beraya dgn anak-anak tahun ni.Apa-apa pun jom layan resepi ni dulu................




bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibasuh bersih dan tekapkan kain pd ayam utk keringkan air pd ayam.
3 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
secukup garam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu minyak masak

cara-caranya:
lumurkan semua bahan diatas dan didalam bahagian ayam.perap selam 30 minit.
kemudian bakar selama 45 minit - 1jam.Jikalau nak berkuah bila ayam dah separuh masak masukan 2 sudu besar sos tiram dicampurkan dgn 1/2 cawan air.siram keatas ayam.masak sampai ayam masak.

Rabu, September 16, 2009

Kad raya dari teman-teman

Salam..........
Dah lama nanae tak updet blog.Terlalu sibuk dgn keje,buat tempahan kuih raya,jahit tudung yg teman2 tempah dan balik ke kg rumah keluarga mentua di johol N9.Nanae nak ucapkan ribuan tima kasih kat catlina,soda,kak ct,cikmin dan kak hanieliza yang sudi bagi kad kat nanae.Tima kasih banyak-banyak ye.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...