Rabu, Jun 30, 2010

Jalan - jalan tengok wayang

Salam........

Hari isnin yang lepas,darwis hantar kete masuk workshop kat kl.Kete 2 hari baru boleh siap.Patah kaki nak gi mana-mana.Tiba-tiba je si Aina ajak naik train.Jom la ayah,kak yong tak pernah naik train pun kan umairah kan.Darwis terus je setuju plak tu.Apa lg dr umah mak aku kat sentosa,kitaorang naik teksi gi stesen komuter Petaling kat Kg Pasir.Dari stesen Petaling ke KL Sentral,kemudian tukar train gi Midvalley Megamall.

Punya la seronok dua beradik ni bila dapat naik train.Sampai kat Midvalley,darwis bawak tengok wayang cite Toy Story 3.Jom layan gambar yg sempat diambil.
 




























Sepanyol ke quarterfinal

The goal

Salam

Akhirnya pasukan pilihan aku berjaya gak masuk ke quarterfinal selepas menundukan pasukan Portugal dengan jaringan 1-0.Gol dijaringkan oleh David Villa minit ke 62.Pasukan Sepanyol akan bertemu Paraguay pada 3 Julai 2010.

Rabu, Jun 23, 2010

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Salam............
Mula-mula terpandang ingatkan kuil rupa-rupanya sebuah masjid.Mula-mula was-was gak nak masuk tapi bila terpandang menara kubah yang seakan-akan kopiah berlilit serban dipinggirnya,terus aku cakap kat darwis ni mesti masjid tak salah kita masuk tengok dulu.Kat luar xde pun tanda nama yang mengatakan ianya sebuah masjid ataupun aku yang x nampak(aku tahu nama bila dah masuk ke dalam kawasan masjid dan terpandang poster rentang kat dinding masjid). Kami berhenti singgah utk bersolat lepas balik shopping dr rantau panjang.Unikkan masjid ni.Masjid ni diberi nama Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Rantau Panjang atau dikenali dengan nama Masjid Beijing.

Lokasi masjid ni terletak ditepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang,sekitar 2km dari Pekan Rantau Panjang.Masjid ni unik kerana dibina menggabungkan kesenian Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1000 tahun di Beijing China.

Sape-sape datang melancung ke Rantau Panjang jangan lupa singgah la dulu ke Masjid Beijing utk bersolat :)





Selasa, Jun 22, 2010

Darwis buat kerja gila

Salam.........
Kerja gila apa yang darwis buat? Tanpa apa-apa rancangan pun,tiba-tiba je ajak gi Kelantan malam-malam buta.Tak ke gila namanya.Sebenarnya jumaat11.06.10,family darwis berkonvoi ke Kuala Krai utk menghadiri majlis disebelah pihak lelaki.Sah memang la tak dapat nak pergi.Majlis berlangsung pada hari sabtu 12.06.10.Pada petang sabtu,darwis bagitahu suruh aku standby barang utk masak breakfast guest hotel cepat skit.Masa tu langsung pun tak bagitahu nak gi kelantan.Alih-alih 11 malam baru bg tahu nak pergi.
Kelam kabut aku bangun pukul 2 pagi utk masak.Selesai masak dalam pukul 5 pagi,terus siapkan anak-anak dan bertolak dr Fraser dalam pukul 6 pagi.Sampai kat Kuala Krai dalam pukul 11 pagi(nasib baik kete dan lori x banyak).Sempat la hadiri majlis perkahwinan sepupu darwis di Manik Urai.Dari Manik Urai terus darwis bawak gi Rantau Panjang(x sempat nak tangkap gambar sebab sibuk membeli belah.hehehe)Pastu tumpang bermalam kat umah abg darwis di Pasir Mas dan sebelah malam terus ke Wakaf Che Yeh.Keesokan pagi terus balik ke fraser,sempat gak singgah di Gua Musang utk makan dan bershopping.

majlis perkahwinan sepupu darwis di manik urai







kat area rantau panjang





kat Wakaf Che Yeh









Isnin, Jun 21, 2010

Bad masuk UNISEL



gallery


Salam...........
Sabtu yang lepas dengan kesibukan kemasukan peserta Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser kat Jelai Resort sempat lagi aku,darwis dan mak pergi menghantar adik aku si bad masuk UNISEL kat Batang Berjuntai.Hotel adik aku iskandar aka anjang yang jaga.Nasib baik dekat je,turun pukul 10 pagi dan naik pukul 5 ptg..Tu pun tak dapat nak singgah mana-mana.Jom layan dulu gambar yang sempat diambil











Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2010






check points kat Jelai




Kuih lapis pisang

Salam...
Sebenarnya dah lama nak buat kuih lapis pisang ni tapi masa tak mengizinkan.Nanae jumpa resepi ni kat blog Kak CT.Nanae kalau bab pisang ni memang suka sangat tak kira la kuih apa pun..Nanae nak ucapkan terima kasih kat kak CT sebab sudi berkongsi resepi ni. Nanae guna loyang yang paling kecil.Nanae ni memang tak pandai buat kuih-muih ni.Tu pun ada yang lapisan tak sama tebalnya.Apa yang penting nanae dah cuba.Mak nanae pun dah terpikat dengan keenakan kuih lapis pisang ni. Rugi sape yang tak cuba.

 Bahan A:
2 cwn santan (na guna 200ml santan kotak ayam brand + 1 cwn air)
1 cwn tpg gamdum
1/2 cwn gula
2 sudu makan tpg beras
2 sudu makan tpg kastad
1 sudu teh garam

Bahan B:
1 cwn pisang emas/berangan dilecekan
1/4 cwn air

Bahan C:
1/4 cwn air
sedikit perwarna merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.sapu minyak pd loyang.
  2. Gaul bahan A hingga sebati(nanae blend kemudian tapis dan bahagi 2 )
  3. 1 bahgian + bahan B - dikacau rata
  4. 1 bahgian + bahan C - dikacau rata
  5. kemudian tuang 1 senduk bahan B kedlm loyang kukus selama 10 minit. 
  6. kemudian lapiskan 1 senduk bahan C selama 8 minit.
  7. ulangi proses yang sama sampai adunan habis.lapisan yang terakhir nanae tutup penutup kukus dengan tuala supaya wap air tak jatuh.

Jumaat, Jun 18, 2010

Khazanah Burung Bukit Fraser

Salam............

Khas buat peminat-peminat burung, www.tintapublishers.com telah menerbitkan sebuah buku dalam bahasa melayu yang bertajuk "KHAZANAH BURUNG BUKIT FRASER".Satu-satunya buku yang berbahasa melayu dalam pasaran.Jadi kepada peminat-peminat burung jgn ketinggalan utk memiliki buku ni. Untuk maklumat boleh la hubungi bro Rizanudin 012-2280037 (merupakan orang kuat disebalik penerbitan buku ini).


"Buku ini memaparkan panduan bergambar berwarna dan keterangan padat mengenai spesis burung yang boleh dilihat dikawasan pergunungan Bukit Fraser dan sekitarnya.Setiap spesises burung dihuraikan dengan ringkas mengikut kumpulan keluarga,pengecaman,tabiat,habitat dan pemakanan.Selain itu,disajikan secara umum pengenalan kepada dunia burung,riadah memerhati burung,kepelbagaian hidupan liar dan usaha konservasi untuk kepentingan sahabat bersayap ini"

Dipetik dr "Khazanah Burung Bukit Fraser"

En. Rizanudin dan En.Sutari

Hari pertama Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa

Salam...
Hari ni Jumaat 18.06.10,ramai peminat-peminat burung dari dalam negara dan juga luar negara mula berkampung di Bukit Fraser untuk menyertai Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa mulai 19-20 jun.Gambar dibawah yang sempat diambil oleh adik nanae si anjang di kawasan clock tower semperna Bird Race sebentar tadi.Acara malam ni adalah tanyangan slide show gambar-gambar burung yang di ambil di kawasan Bukit Fraser.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...