Rabu, Oktober 28, 2009

Ayam masak siam

Salam...........

Hari ni nanae masak ayam masak siam dan sayur kacang buncis.nanae pun tak tahu cam mana leh dapat nama ayam masak siam.Ni resepi turun temurun dr keluarga nenek yg duk kat utara nun.Kadang-kadang cara masak sama tp nama lain-lain.
Jom layan resepi ni dulu ye............



bahan-bahan:
6 ketul ayam
1 batang serai-dititik
2 tangkai cili merah #
8 tangkai cili api#
2 ulas bawang putih #
1 biji bawang merah#
2 biji buah keras# dikisar
serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
1 biji besar kentang-diptg 6

cara-caranya:
-tumis serai sampai naik bau.masukan bahan# yg dikisar dan kentang masak sampai pecah minyak.
-baru masukan ayam,air,asam keping,garam dan aji secukupnya.
-bila ayam dah masak baru masukan santan.masak sampai mendidih.baru tutupkan api

sayur kacang buncis



bahan-bahan:
20 btg kacang buncis-diptg menyerong
10 ekor udang-dibuang kulit
1 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih-diketuk
1/2 biji bawang merah-dihiris nipis
1/2 cawan air
1 biji cili merah-diptg menyerong

cara-caranya:
tumis bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan,baru masukkan kacang buncis, udang,air,cili merah,garam,gula dan aji secukup rasa.goreng sampai kacang empuk.baru tutupkan api.

Sabtu, Oktober 24, 2009

ikan selar masak asam rebus tempoyak



Salam............

Hari ni sepanjang hari hujan je.Biasa la kalau dah hujan tu cuaca terasa la sejuk.Mood nak masak punya lembab hari ni.Na cuma masak ikan selar masak asam rebus tempoyak dan ayam goreng je.Senang,cepat dan mudah.(masa n3 dibuat baru la hujan berhenti).

Biasa la menu ni orang berkerja senang nak masak.time rehat la cepat-cepat masuk dapur nak memasak utk makan tengahhari.ok la tak boleh nak lama-lam kejap lagi nak sambung keje.....



bahan-bahan:
3 ekor ikan selar
1 biji bawang merah#
8 biji cili api#ditumbuk kasar (kalau nak pedas boleh tambah,kalau tak suka pedas guna cili merah dlm 2 biji)
2 batang serai diketuk
1/2 biji timun (tak nak letak pun boleh)
serbuk kunyit sedikit
1 keping asam keping
4 sudu besar tempoyak
5 cawan air

cara-caranya:
basuh ikan sebersihnya dan kerat 2.lumurkan serbuk kunyit pada ikan.masukan semua bahan diatas didalam periuk masak guna api perlahan supaya ikan betul2 masak.masukan garam,aji dan gula secukup rasa.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Jumaat, Oktober 23, 2009

ikan siakap ala puncak


Salam..........

Lama tak n3 lauk yang dimasak.Hari ni Nanae masak ikan siakap masak ala-ala puncak.he...he....Jangan Mare ye.Ikut suka hati yo nak letak nama kan!Ala-ala cam masak podas kat kedai tom yam tu.Kepada sape-sape nak mencubanya boleh la mencubanya.ok ke tak ok ke leh la komen kat nanae ye.......Lauk ni memang lauk kegemaran suami nanae.Selamat mencuba ye............


bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
3 helai daun limau purut #
7 tangkai cili api #
3 batang serai #
2 tangkai daun sop# yg bertanda diricik halus
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang horland dipotong dadu
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh tpg jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
1 cawan air
1 biji bawang horland dipotong bulat
1/2 biji cili buah dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong menyerong(na x letak stok xde)

cara-caranya:
>basuh ikan dgn limau kasturi dan perap sekejap.kemudian bilas sampai bersih.
lumur garam pd ikan dan golek ikan pd tepung gandum.tepuk2 buangkan lebihan tpg.kemudian goreng sampai garing.hias dgn daun salad,timun dan tomato(na x letak xde stok).ketepikan.
>tumiskan bawang putih,bahan yg bertanda# dan bawang horland yg dipotong dadu sampai naik bau.baru masukan cili kisar,sos tomato,sos cili,tiram,kicap,lada sulah,tpg jagung,garam,gula,aji secukup rasa dan air.biar melegak sekejap baru masukan bawang horland dipotong bulat,cili buah dan cili merah.kemudian siram kuah diatas ikan

Selasa, Oktober 20, 2009

kunjungan ke rumah terbuka Dj epoi

Salam............

Sabtu 17.10.09 Na ,suami(darwis) dan anak-anak telah serbu ke majlis rumah terbuka Dj EPoi dan Kak syabar di Desa Bukit Cahaya Cheras.Susah juga nak mencari umah kak syabar ni.Nasib baik adik kepada Dj Epoi datang menjemput kami di Nyonya Kopitiam.Kalau tak parah gak nak mencari sebab memang tak jumpa signboard desa bukit cahaya.Apa-apa pun Na dan suami ucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang diberikan.Jom layan gambar-gambar ni dulu................ye..





Bersama Dj Epoi dan Isteri Suked

Bersama Kak Syabar

katering untuk PERHEBAT

Salam................

Lama sungguh Na, tak updet blog.Sibuk sikit.Na dapat tempahan katering untuk PERHEBAT di Pusat Latihan Kementerian Pertahanan Bukit Fraser dari 14-16 oktober2009.Darwis dan Na nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Mejar Roslan dari PERHEBAT dan En.Rashid kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan masakan khas utk bos-bos PERHEBAT.





Khamis, Oktober 08, 2009

hadiah 1 malaysia

Salam
seronok sangat hari ni,cammana tak seronok dapat hamper raya dari Aunties Laundry,Mr and Mrs Lum(guest hotel bagi Moon cake dan tanglung),Mr Lim(guest hotel bagi duit raya untuk anak-anak).Terima Kasih daun keladi tahun depan,boleh bagi lagi.






sup ekor



salam........

Hari ni Na masak sup ekor dan sambal jering.Cuaca kat fraser ni dah berapa hari mendung dan sejuk.Tu yang masak sup ekor dan sambal jering nak hangatkan badan.Sejuk ko bila malam.Sape-sape nak datang sini jemput la datang.Tapi nasib gak,kadang-kadang panas.Boleh la emel kat Na.

Bahan-bahan:
1 kg ekor lembu-direbus sampai empuk.
1 bungkus sup bunjut-dibuka bunjut dan dikisar halus
1 peket rempah sup adabi
air perahan limau nipis
1 batang saleri-dihiris menyerong
6 biji baby carrot.
bahan penumis:
1 bungkus sup bunjut
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 buah pelaga
1 biji bawang merah-dihiris halus
5 ulas bawang putih-dihiris halus
1 inci halia-dihiris halus
1 helai daun pandan-disimpul

cata-caranya:
tumiskan semua bahan penumis sampai kekuningan.bila dah kekuningan masukan air rebusan ekor(bila air rebusan dah sejuk buang lapisan lemak diatas permukaan air),
ekor,rempah sup adabi,sup bunjut yg telah dikisar halus,garam,aji secukup rasa,saleri,baby carrot dan perahan limau nipis(kalau tak suka masam tak payah letak dan kalau kurang masam tambah lebih-air limau ni nak kurangkan lemak ekor)masak biar lama sikit supaya rempah cukup masak.guna api perlahan.kalau kurang air tambahkan air.bila dah masak boleh la ditaburkan daun sup dan bawang goreng.

sambal jering



bahan-bahan:
8 tangkai jering-direbus sampai empuk
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar-ditumbuk halus
1/2 genggam ikan bilis
cawan air
air asam jawa

cara-caranya:
jering dihiris.masukan minyak dlm kuali,tumiskan cili kering kisar dan bawang masak sampai pecah minyak.guna api perlahan.bila dah pecah minyak masukan jering,garam,gula,aji secukup rasa,ikan bilis dan air asam jawa dan 1 cawan air.masak sampai sambal melegak baru tutup api.

Selasa, Oktober 06, 2009

ikan keli salai masak lemak cili api

salam........

hari ni na masak ikan keli salai masak lemak cili api,kailan ikan masin dan sambal belacan.Ye la dah brape hari asyik gi open house makan lemang,nasi impit,rendang dan macam-macam lagi.tekak ni dah teringin nak makan nasi dgn lauk pauk.Tu yang kena masak tu.



bahan-bahan:
4 ekor ikan keli-dibasuh bersih kemudian salai diatas api arang.salai sampai masak.ikan diterbalik-balik kan.
2 batang rebung dipotong.ikut la nak potong cammana.
15 biji ciliapi.# nak lebih pun boleh
1 biji bawang merah#dikisar halus
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 cawam air.
1 keping asam keping

cara-caranya:
masukan air,santan cair,bahan yg dikisar,rebung,asam keping dan ikan keli kedalam periuk.masak kuah sampai melegak baru masukkan santan pekat,garam,aji secukup rasa.biarkan seketika baru tutupkan api.



bahan-bahan:
3 batang kailan
2 ulas bawang putih diketuk
1 potong ikan tengiri jeruk
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah dan 1/2 biji bawang horland dihiris
sedikit tepung jagung dibancuh dgn air

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan ikan tengiri jeruk dihancurkan-hancurkan dalam kuali sampai ikan garing sikit.baru masukan kailan,sos tiram,tepung jagung,garam(letak sikit dulu kalau kurang masin baru tambahkan garam) dan air sikit.kacau sekejap baru masukan cili merah dan hirisan bawang.



bahan-bahan:
3 biji cili merah#
5 biji ciliapi#
belacan sebesar ibu jari#
air perahan limau nipis @ air asam jawa

cara-caranya:
tumbuk semua bahan yang bertanda# sampai lumat,baru masukan garam,aji,gula secukup rasa dan perahan limau nipis @ air asam jawa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...