Memaparkan catatan dengan label katering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label katering. Papar semua catatan

Isnin, Mei 24, 2010

Ribuan Terima Kasih

Salam....

Lama dah x updet blog.Sibuk sikit sebab sorang staf cuti panjang sebab berkahwin.Dalam sibuk-sibuk,sempat lagi Darwis ambil tempahan katering.Masak untuk Perjumpaan BKK (Badan Kebajikan Hj Kamarudin dan Hjh Kalsom) di Cheras semalam.Lepas habis jamuan terus balik ke Fraser. Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada tuan rumah Tuan Hj Akhiar dan Hjh Faridah .

Mak darwis kanan(Hjh Leha) bersama tuan rumah Hjh Faridah (kiri)






Ayam masak kicap

Daging masak lemak cili api

Sayur campur

Selasa, Februari 23, 2010

Sibuk sangat ke aku ni?


Salam............

Sekarang ni,aku memang tengah sibuk dengan bisnes katering yang aku buat bersama suamiku.Jadual aku amat padat sekali.Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kepada kami suami isteri.Mesti ramai yang heran kan? macam mana aku buat 2 keje dalam 1 masa.Bila ada katering aku ajak mak dan adik ku si bad naik ke fraser tolong gantikan aku dan suami keje kat hotel.Takde la aku tinggalkan hotel takde orang jaga.
Sebenarnya hotel tempat aku keje macam hotel budget je.Suami aku yang jaga hotel ni.Jadi kepada teman-teman alam cyber nak naik fraser boleh la tipon aku.
Berbalik pada kesibukan aku,ni baru lepas aku berkatering selama 5 hari di PLATIH bukit fraser.
Dapat la rehat dalam seminggu sebelum masuk balik ke PLATIH untuk katering balik.

Rabu, Februari 10, 2010

tempahan katering oleh KRT Bukit Fraser

Salam............

Semalam Nanae terima tempahan katering oleh pihak KRT Bukit Fraser.Tempahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan KRT.Menu rasminya mee goreng,bihun goreng,samosa,puding laici dan nugget untuk 100 orang tetamu jemputan.Syukur alhamdulillah bisnes katering sekarang sudah menampakkan hasil.Semoga ALLAH swt mempermudahkan kami mencari rezeki.Amin.........

nanae ambil resepi samosa dari blok bro rozzan.
Sape-sape yang inginkan resepi samosa sila klik diSINI.





Khamis, November 19, 2009

katering di Sek.Ren.J.Keb.Cina Bukit Fraser

Salam...........

Hari ni nanae buat katering di S.R.J.K.Cina di Bukit Fraser.Cuma untuk 50 orang je.Jadi la kan,dapat gak tambahkan duit poket.Sekolah ni cuma ada 8 orang pelajar dan 8 orang guru.Lauk yang di tempah ialah kari ikan tenggiri,ayam masak merah,sambal udang,sayur campur,nasi putih,buah oren dan air cordial.







Selasa, Oktober 20, 2009

katering untuk PERHEBAT

Salam................

Lama sungguh Na, tak updet blog.Sibuk sikit.Na dapat tempahan katering untuk PERHEBAT di Pusat Latihan Kementerian Pertahanan Bukit Fraser dari 14-16 oktober2009.Darwis dan Na nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Mejar Roslan dari PERHEBAT dan En.Rashid kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan masakan khas utk bos-bos PERHEBAT.





Ahad, Mei 31, 2009

Katering di pusat latihan kementerian pertahanan di bukit fraser

assalamualaikum.................


Syukur selesai sudah sesi katering di pusat latihan kementerian pertahanan malaysia di bukit fraser,pahang selama 7 hari bermula dr 24-30hb.05.09.


Na berharap semua pihak berpuas hati dgn
layanan yg diberikan.


Na dan suami (darwis) nak ucapkan ribuan terima kasih kpd pihak pusat latihan (en rashid serta staf azhar,sham dan nazrul) dan semua peserta khusus induksi yg very2 sporting dan tak banyak kerenah selama Na berkatering disana.

Sebahagian gambar yg sempat diambil.....

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...