Isnin, Januari 17, 2011

Aina Qisthina dah ada penganti si cenggeng

Salam......

Dah dekat setahun lebih arnab kesayangan aina hilang.Ingatkan Aina dah tak nak bela arnab lagi,rupanya masa gi expo hari peladang dan pertenak selangor kat shah alam beberapa minggu yg lepas bila ternampak arnab,Aina mula merengek nak kan arnab.Melalak kat situ gak taknak berganjak.Pening dibuatnya nak taknak terpaksa la belikan jugak.Dah la,aku dok kat apartment,takut jiran tetangga bising bau arnab ni.Terpaksa la aku paksa Darwis bersihkan sangkarnya tiap-tiap hari.Nama arnab baru si Aina masih lagi si cenggeng.

arnab yang hilang 







Isnin, Januari 03, 2011

Aina Qisthina mula bersekolah

Salam......

Hari ni anak nanae si Aina Qisthina mula start sekolah kat taska.Kesian gak tak dapat nak hantar gi taska.Selalunye hantar utk daycare je.Ni dah umur 5 tahun kena la bagi belajar.Gambar ni pun darwis yang ambil sebelum hantar gi taska.(sempat lagi aina berposing) Itu pun tak dapat nak ambil gambar Aina kat taska sebab darwis nak cepat gi kantin.Kesian gak kat Aina sebab nanae dan darwis tak dapat nak tunggu.Nasib baik Aina tak menangis bila  tengok ayah dia takde. 



  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...