Khamis, Jun 18, 2009

bihun sup ayam




salam

Balik dari kuala kubu,terus pikir nak masak bihun sup.
menu yg simple dan senang utk dimasak.
okay la malas nak celoteh banyak.
Layan je la resepi kat bawah ye.

bahan-bahannya:
600g bihun dicelur dgn air panas,kemudian ditoskan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 pkt sup bunjut adabi - buka bunjut dan blend halus.
2 sudu besar rempah kurma
2000ml air
bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang merah dihiris nipis
4 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diketuk
bahan hiasan:
taugeh dicelur (ikut suka)
sawi dicelur (ikut suka)
daun sop dan bawang goreng

cara-caranya:
-panaskan 1/2 senduk minyak didlm periuk.kemudian tumis semua bahan penumis
sampai bau wangi.
-bila dah wangi masukan sup bunjut yg telah diblend dan rempah kurma kacau
sekejap baru masukan air,ayam,garam,gula secukup rasa.
-masak sampai melegak baru tutupkan api
(kalau masak biarkan api dibuka perlahan je)

sambal kicap
cara-caranya:blend cili api sebanyak 20 biji(kalau nak pedas letak lebih)
dicampurkan dgn 1 sudu besar cuka,kicap manis dan skit gula

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...