Jumaat, Februari 10, 2012

Alur naga @ kolam naga di gunung jerai

Salam......

Ramai yang tanya aku  kenapa suka ke gunung jerai dan apa yang ada kat sana.Sebenarnya sejak 2006 lagi aku dan darwis mula jejak kaki kegunung jerai.Aku suka lepak kat kolam naga sebab tempatnya tenang dan mendamaikan.Pelik kan.Jom aku citer serba sikit mengenai Gunung Jerai.Gunung Jerai terletak di Negeri Kedah Darul Aman.Terletak di daerah Yan.Ketinggian 1,217m dari paras laut.Kalau korang nak gi boleh exit tol Gurun dan ambil arah ke gurun.

Perjalanan keatas mengambil masa dalam 20 minit je tapi terpaksa melalui jalan yang berliku sepanjang 12km.Tapi berhati-hati dengan kereta yang turun sebab dengan keadaan jalan yang curam dan bunyikan hon disetiap selekoh.Ramai orang kata Gunung Jerai ni adalah tempat mistik dan tempat pertapaan terakhir bagi seorang yang bertapa.Tapi bagi pengalaman aku dan darwis semasa digunung jerai,kami berdua dah biasa mengalami peristiwa pelik semasa di sana."kalau ternampak benda-benda pelik jangan ditegur.Baik diam kan je.Kat sini banyak terdapat kampung bunian.Masa aku ke kolam naga baru ni,kami terserempak 3 orang tengah bertapa tapi aku dan darwis dah biasa berjumpa golongan bertapa ni jadi kami buat tak kisah je.Ala buat-buat tak nampak dah la.Dari resort nak ke kolam naga mengambil masa 30 minit  sebab menurun tapi bila nak balik lebih sejam ko nak sampai ke resort.Kalau nak kesana terpaksa bermalam di resort sebabnya hanya customer resort saja dibenarkan sebab nak melalui denai yang terletak dalam kawasan resort dan berpagar serta berkunci.

Kisah tentang Alur naga @ kolam naga ni terdapat 2 versi.Versi pertama mengenai seekor naga yang tinggal didalam gua yang terletak dibelakang air terjun dan akan keluar mandi di kolam dan melalui kolam si naga keluar untuk ke laut.Air dikolam naga mengalirkan air ke laut.Berhati-hati semasa hari hujan bila berada disana sebab batu-batuan yang licin takut tergelincir ke bawah.

Versi kedua mengenai seorang sultan digelar Raja Bersiong mengunakan kolam naga ni tempat private baginda untuk mandi manda.











 







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...