Isnin, Julai 13, 2009

kek lumut





salam....

semalam na mintak izin kat chek mat dari htpp://tiffinbiru.blogspot.com.
nak ambil resepi kat blog beliau.na nak cuba buat kek lumut.alhamdulillah akhirnya
jadi gak na buat kek lumut ni.memang sedap chek mat.cuma na ubah skit dr resepi asal.
(jangan mare ye) sape-sape nak memcuba boleh la mencuba memang x rugi punya.memang sedap sangat.makan semasa panas.

bahan-bahan
250g butter
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum dikisar halus
1/2 cawan seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
perwarna hijau secukupnya.

cara-caranya
panaskan kukus.sapukan marjerin disekeliling loyang (8x8x3)inci.alas dasarnya dgn kertas minyak.satukan tepung,horliks dan nestum ketepikan.
pukul butter dgn gula sampai putih.masukkan telur satu persatu pukul sampai kembang.
masukan esen vanilla kacau rata.masukan seri kaya dan susu pekat manis kacau sampai rata.dengan kelajuan yg perlahan masukan tepung yg disatukan dgn nestum dan horlick kedlm sedikit demi sedikit gaul sampai rata.akhir sekali masukan perwarna hijau kacau rata masukan kedlm loyang.tutup loyang dgn aluminium foil dan diikat dgn tali rafia.kukus selama 3 jam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...