Rabu, Oktober 26, 2011

Pengorbanan seorang isteri




Assalamualaikum........

Aku tertarik dengan foto diatas.Sebagai seorang isteri.... sangup ke anda..



Ahad, Oktober 16, 2011

Kek Karemel

assalamualaikum.....

Alhamdullilah... akhirnya berjaya gak nanae buat kek yang tengah femes ni.Masuk mana-mana blog mesti ada yang tayang kek karemel ni.Nanae nak ucapkan ribuan terima kasih buat Kak Azlita dari blog http://fromintankitchen.blogspot.com/ kerana sudi berkongsi cara-cara membuatnya.Memang marvelous kek karamel ni.Seronok sangat dapat buat untuk en darwis.Sebenarnya en darwis suka sangat makan puding karemel bila dipekenalkan dengan kek karemal terus en darwis jatuh hati.Buat teman-teman rugi kalau tak cuba.Memang sedap..lembut je keknya apabila masuk ke mulut..

 Minta dihalalkan resepinya ya.Kak Azlita.Pada teman-teman yang ingin dapatkan resepi dan cara-caranya sila KESINI .






P/S: Kek karemel ni manis.Buat teman-teman yang tak berapa suka manis,Boleh la kurangkan gula ke 50gm.

Jumaat, Oktober 14, 2011

Puding belang

Assalamualaikum...dan salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi singgah. Pagi tadi,aku balik awal dari kantin.Jadi sempat la aku buat puding belang untuk di hantar kat kantin petang nanti.Jom layan dulu resepinya...




Bahan-bahannya:
Bahan A
1 pkt agar-agar tali cap burung layang-layang
1 liter air
300gm gula

Bahan B
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
(pukul telur.kacau tpg kastad bersama dengan susu cair.kemudian campur kedalam telur)

Bahan C
1 sudu kecil esen vanilla
100gm butter cup
2 jenis perwarna,1 sudu teh coklat emulco dan 1 sudu besar serbuk milo.

Cara-caranya:
  1. Masak bahan A sampai larut.Tutupkan api.Kemudian tapis agar-agar tersebut.
  2. Hidupkan api.Masukan bahan B kedalam bahan A.kacau  sampai sebati dan biar sampai mendidih.
  3. Bila dah mendidih masukan esen vanilla dan butter,kacau sebentar.
  4. Tutupkan api.bahagi kepada 3 bahagian sama banyak.2 bahagian  letak warna yang anda inginkan dan 1 bahagian lagi dicampurkan dengan coklat emulco + serbuk milo.
  5. Boleh la lapiskan adunan selapis demi selapis sampai habis.Peringatan bila melapis tunggu adunan keras sedikit baru tambah lapis baru.Resepi ni aku buat dalam loyang 32cm.  

Isnin, Oktober 10, 2011

wajah-wajah keletihan

Assalamualaikum..........

 Saja je ambil gambar qisthina dan umairah  tido keletihan lepas masuk je keta terus landing.Ni kes terlalu penat sangat.Mana taknya langsung tak naik tran,nak jalan je katanya.Mana tak penat 5 jam kita orang lepak kat zoo dari jam 11pagi hingga 4ptg.


 qisthina


 umairah

sambal sotong

assalamualaikum..

Resepi sambal sotong ni atas permintaan nadia.Akak minta maaf sebab lambat balas mesej nadia.Time-time macam ni akak tengah sibuk skit.Akak harap nadia dapat memcuba resepi ni ye.....

 Bahan-bahannya:
8 ekor sotong  - dipotong bulat
9 tangkai cili kering - dikerat 2 dan direndam dgn air panas #(nak pedas boleh letak lebih)
2 biji bawang merah #
1/2 sudu teh serbuk belacan #
1 biji bawang merah - dipotong bulat
air asam jawa

cara-caranya:
  1. blender bahan yang bertanda # bersama 1 cawan air.
  2. Tumis minyak masak dalam 4 sudu besar.
  3. Bila minyak dah panas,tumiskan bahan #.(guna api yang perlahan).Masak sampai pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak(boleh besarkan sedikit api),masukan bawang yang dipotong bulat,air asam jawa,garam,gula secukup rasa.tambah air dalam 1/2 cawan. kacau sebentar sampai kuah melegak.akhir sekali baru masuk sotong.Kacau sebentar dan biarkan sehingga sotong masak.(jangan masak lama sangat nanti sotong liat)
  5. P/S: kalau tak nak letak belacan pun boleh jugak.Gantikan dengan serbuk ikan bilis dalam 1 sudu teh.

Sabtu, Oktober 08, 2011

Lagi-lagi Zoo Negara

Assalamualaikum dan apakhabar...

Lepas je masak pagi tadi en darwis tanya kat budak budak berdua tu hari ni nak gi mana? Ye-ye en.darwis nak ajak gi jalan-jalan (sebenarnya cafeteria bukak hari ni).Biar betul en darwis ni siap nak ajak gi jalan-jalan ni.Apa lagi budak berdua terus je cakap nak gi Zoo Negara.Tak bosan ke budak berdua ni dah 4 kali dalam tahun ni je dah pergi zoo negara.Tu la anak aku dah tak reti nak gi tempat lain.Yang aku  duk pikir tak kan nak gi jalan-jalan sedangkan kena kerja.En darwis bg tahu hari ni,kita tak payah masuk,biar staf yang jaga.Esok baru kita masuk kerja,saya bagi dorang cuti.
Apa lagi ke Zoo Negara la jawabnya...Bayaran untuk orang dewasa rm20 dan kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga 12 tahun rm6.Jom layan gambar yang sempat diambil....

























Kari tulang kambing

Assalamualaikum....

Sebenarnya dah lama adik en.darwis,fini mintak nanae tolong masakan tulang kaki kambing.Pagi tadi baru berkesempatan nak masak.Teruk betul kakak ipar dia ni kan...hi..hi..
Tulang kaki kambing tu Nanae masak kari  je..Jom la layan resepinya..


Bahan-bahanya:
(Bhn A-utk penumis)
1/2  biji bawang holand (bwg kuning)-dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus seperti btg mancis
4 sekawan (1 btg kulit kayu manis,3 kuntum bunga lawang,4biji buah pelaga,4 biji bunga cengkih)
2 tangkai daun kari

Bahan B:
1 Kilo tulang kambing @ daging - direbus sampai empuk dan dibuang air rebusan nya.Kemudian diperap dengan bahan di bawah selama 30 minit :
2 peket serbuk kari kecil kari daging babas
2 sudu besar cili boh (kalau nak pedas letak la lebih)
1 sudu besar serbuk sup adabi
2 biji bawang holand - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 tangkai daun kari - dikisar
(bahan tersebut dikisar dengan 1 cawan air)

Bahan C
3 biji kentang - diptg 4

Bahan D:
1 keping asam keping yang besar @ ikut suka masam
200ml santan pekat
800ml air

Cara-caranya:

  1. Panaskan  1/2 cawan minyak.tumiskan bahan A sampai kekuningan.
  2. Masukan bahan B dan bahan C.Kecilkan api biar masak sampai pecah minyak @ kentang empuk.
  3. Bila dah pecah minyak.Besarkan api,masukan 800ml air serta asam keping,garam,gula,aji secukup rasa.
  4. Bila kuah dah melegak masukan santan pekat.Biar kuah melegak sekejap.Baru tutupkan api    

Rabu, Oktober 05, 2011

cuti-cuti di bukit gambang waterpark

Assalamualaikum..........

Apa khabar semua..harap semuanya sihat walafiat la hendaknya.
Nanae nak ucapkan ribuan terima kasih pada teman-teman blogger yang sudi singgah kat sini.

Cuti yang lepas en.darwis bawak nanae dan anak-anak pergi  bercuti di  Bukit Gambang Water Park di Kuantan,Pahang.Tempatnya best sangat.Sesuai untuk seisi keluarga.Pergi masa cuti sekolah yang lepas,en darwis tempah penginapan 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City.Ambil secara pakej termasuk penginapan Studio suite (bilik besar bleh masuk ramai),dinner serta tiket masuk waterpark.Resortnya best tapi makanannya kureng skit.Lain kali mungkin tak nak ambil pakej.Makan kat luar lg best.


















tengah lepak kat cafe resort

studio suite


 


.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...