Sabtu, Julai 25, 2009
Sambal kerang dgn kentang
Salam.....
Hari ni lambat sikit N3 sebab sibuk skit.Na masak ayam goreng dan sambal kerang dgn
kentang utk makan tengahhari tadi.Anak-anak na buat bubur nasi je.Esok na ingat nak gi selayang nak beli barang dapur utk stok seminggu.Mesti ramai tertanya-tanya nape jauh nye gi beli barang dapur kenapa x beli kat kuala kubu atau di raub.Harga barang di kedua-dua tempat MAHAL bagi na la x tahu la kalau bagi orang lain yg dok kat fraser ni.bukannya jauh sangat cuma 1 1/2 jam je.
Na selalu beli barang basah @ kering dan barang budak kat pasar raya NSK selayang
dan pasar raya sri ternak.
Lagi pun na nak jumpa kak Hanieliza kat ikea damansara sempena demo masakan dan pelancaran buku terbaru beliau.Harap-harap dapat la berjumpa dgn kak hanieliza.
bahan-bahan
1 kilo kerang direbus dan ambil isinya
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang holand
1/2 ibu jari belacan
4 biji kentang digoreng (ikut suka nak ptg cam mane)
1 biji bawang holand dipotong bulat
air asam jawa
1/2 cawan air
cara-caranya:
kisar bawang dgn belacan sampai lumat.
tumiskan cili kering kisar dan bawang yg dikisar dgn belacan sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan 1/2 cawan air,air asam jawa,garam dan gula secukupnya.
biarkan selama 10 minit masak dgn api yg kecil sampai cili masak betul.baru masukan kerang,kentang dan bawang yg dipotong bulat kacau sekejap.baru tutupkan api.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan