Jumaat, Februari 26, 2010

Tahun-tahun Awal Bukit Fraser


Salam.............
Hari ni nanae nak berkongsi tentang sejarah bukit fraser.Data ini nanae ambil dari Fraser's
Hill Treasure Trails."Fraser's Hill Treasure Trail" telah dihasilkan oleh WWF-Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser,Jabatan Perhutanan Pahang dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Pahang dengan penajaan ikhlas dari EN.Frank DeLong.

TAHUN-TAHUN AWAL BUKIT FRASER

Bukit Fraser telah dijumpai semula secara tidak sengaja pada tahun 1917 oleh pihak British.Bishop Singapura,Reverend C.J. Ferguson-Davie dan Paderi Selangor,Reverend A.B.Champion,semasa bercuti di Rumah Rehat Gap,telah meredah hutan Bukit Fraser untuk mencari tapak-tapak yang sesuai bagi membina banglo.Apabila pulang,Bishop Singapura telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan mencadangkan kesesuaian kawasan ini untuk menjadikan sebagai stesen bukit.Sebelum Perang Dunia Pertama,terdapat permintaan dari kalangan warga Eropah supaya lebih banyak stesen-stesen bukit dibina di Malaya.Disebabkan peperangan ini,adalah sukar untuk mereka pulang ke negara mereka dan keadaan ini memaksa mereka tinggal lebih lama di Malaya.
Kepanasan daripada cuaca di sini dan tekanan kerja menyebabkan percutian dikawasan yang beriklim sejuk menjadi satu tarikan kepada mereka.
Pembangunan di Bukit Fraser bermula pada Oktober 1918 dengan kerja pembinaan jalan dari Gap ke puncak bukit.Apabila jalan ini selesai dibina pada 13hb Disember 1921,Majlis Bersekutu dengan rasminya menamakan bukit ini sebagai"BUKIT FRASER"

Khamis, Februari 25, 2010

Katering utk Jururawat terlatih Kementerian Pertahanan



Hadiah dari Kak min



Salam.............
Saje aku nak tayang tudung pemberian drp kak min.Terima kasih daun keladi kalau boleh bagi le lagi............hi..hi..hi...Jangan mare ye kak min gurau je.........Apa yang penting aku sukaaaaaaa sangat.

Selasa, Februari 23, 2010

Sibuk sangat ke aku ni?


Salam............

Sekarang ni,aku memang tengah sibuk dengan bisnes katering yang aku buat bersama suamiku.Jadual aku amat padat sekali.Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kepada kami suami isteri.Mesti ramai yang heran kan? macam mana aku buat 2 keje dalam 1 masa.Bila ada katering aku ajak mak dan adik ku si bad naik ke fraser tolong gantikan aku dan suami keje kat hotel.Takde la aku tinggalkan hotel takde orang jaga.
Sebenarnya hotel tempat aku keje macam hotel budget je.Suami aku yang jaga hotel ni.Jadi kepada teman-teman alam cyber nak naik fraser boleh la tipon aku.
Berbalik pada kesibukan aku,ni baru lepas aku berkatering selama 5 hari di PLATIH bukit fraser.
Dapat la rehat dalam seminggu sebelum masuk balik ke PLATIH untuk katering balik.

Isnin, Februari 22, 2010

Selamat Ulangtahun buat Kak Min dan Anas

Salam.............

Rasanya tak terlambat lagi nanae nak ucapkan selamat ulang tahun buat Kak Min dan Anas.Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Amin...........


Kak Min

Anas anak dj Epoi

Jumaat, Februari 19, 2010

Kak Min N Dj Epoi di FRASER

Salam..........

Isnin 16.02.2010.Tak sangka akhirnya dapat gak aku berjumpa kak min dr blog seputih seharum melur dan dj epoi buat kali kedua.Pertama kali aku berjumpa dirumah terbuka kak min tahun lepas.Macam tak percaya bila kak min call aku bagi tahu nak datang ke fraser.Bukan main seronok bila ada teman blogger yang sudi singgah ke tempat ku.
Kak min tempah dua bilik kat tempat hotel aku keje.Katanya hanya family dia je yang datang.Tup-tup dj epoi n family serta adik beradik kak min pun datang.DJ Epoi merupakan adik kepada kak min.
Tapi nanae tak dapat nak bawa dorang round satu bukit fraser,memandangkan time cuti chinese new year kami sibuk sebab ramai guest nak c/in.Sorry ye lain kali korang datang akan ku bawak round satu fraser.
Buat Kak Min dan abg sargent,dj Epoi n suked serta the gang.Korang memang "D" BEST "N" SEMPOI.
Kak min terima kasih bagi tudung kat nanae.cantik sangat.(macam tahu-tahu je aku tengah nak cari tudung)
Semoga persahatan kita akan kekal sepanjang hayat.Amin..........
Jom layan dulu gambar yang sempat diambil oleh suamiku darwis......






Rabu, Februari 10, 2010

Burung-burung yang terdapat di fraser hills

Gambar burung ni telah diambil oleh Mr Gan dari Melaka.Mr Gan merupakan guest bird watching yang selalu dok kat hotel tempat nanae keje.Berapa bulan sekali mesti dia datang ambil gambar burung.Sesiapa yang minat ambil gambar burung boleh la datang ke Fraser Hills.

BARBET BLACK BROWED



BARBET FIRE TUFTED



OWLET COLLARED


GREEN MAGPIE



HORNBILL

Karipap

Salam.............
Petang tadi nanae buat karipap untuk minum petang.Sebernarnya nanae memang tak pandai buat kuih langsung.Disebabkan dah buat katering ni terpaksa la belajar sikit-sikit.Tu pun belajar dr blog teman-teman cyber.Resepi karipap diambil dari blog saudara Rozzan yang duduk di Singapura nun.Hasil tangan saudara Rozzan memang tak pernah menghampakan.Sekali cuba memang menjadi la punya.Terima kasih ye saudara Rozzan kerana sudi berkongsi resepi anda.Ni blog saudara Rozzan
http://rozzan.blogspot.com/



Kulitnya
1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)na tak letak pun
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 -375 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

Inti Kentang (Daging)
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar (bumbung) rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
(nanae tambah 4 ulas bawang putih)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
*Jika anda inginkan kulit yg lebih garing, kurangkan sukatan tpg by 50 gm dan gantikan dgn 50 gm tepung beras. I did that and the results- not bad, lebih garing.

*Jika menggunakan hirisan/potongan isi ayam, tak perlu direbus dahulu. Setelah rempah garing, dimasukkan sahaja isi ayam tersebut.

*Jika hendak mengunakan udang kering, bolehlah ambil 2-3 sudu makan udang kering lalu direndam dahulu sebelum ditumbuk halus. Masukkan bersama rempah kari semasa hendak ditumis.

*Bila menggoreng, gunakan api yg sederhana agar kulit epok-epok tu lebih licin dan rata. Setiap satu kali menggoreng memakan masa kira-kira 15 -20 minit. Ini akan membuat epok-epok/karipap anda lebih garing dan tidak mudah lembik.

tempahan katering oleh KRT Bukit Fraser

Salam............

Semalam Nanae terima tempahan katering oleh pihak KRT Bukit Fraser.Tempahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan KRT.Menu rasminya mee goreng,bihun goreng,samosa,puding laici dan nugget untuk 100 orang tetamu jemputan.Syukur alhamdulillah bisnes katering sekarang sudah menampakkan hasil.Semoga ALLAH swt mempermudahkan kami mencari rezeki.Amin.........

nanae ambil resepi samosa dari blok bro rozzan.
Sape-sape yang inginkan resepi samosa sila klik diSINI.





Isnin, Februari 08, 2010

nenas ikan masin tumis darat


Salam................

Hari ni nanae masak nenas dengan ikan masin tumis darat.Ala-ala macam masak lemak gak.Ikan masin ni mak yang bagi.Beli kat Tawau.Kat Tawau ni ikan masin,udang kering,daging rusa dan hasil laut memang murah.Sebenarnya nanae dan keluarga pernah duduk kat Tawau lebih dr 9 tahun.Bila tengah mengandung anak pertama,suami ajak balik KL tinggal la ayah,mak,adik beradik nanae kat sana.

Mak buka gerai makan kat bandar Tawau.Ayah pulak buka kat Tarakan,indonesia.Tapi sekarang mak dah tak berniaga lagi sebab nanae minta mak balik Kl.Bukan apa bila adik beradik nanae dah kahwin,dorang pindah dok kat kl.Sekarang ni dah 2 tahun mak duk kat KL.
Apa la nanae melalut ni dari cerita ikan masin pergi cerita duk kat Tawau.jom layan la resepi ni dulu ye........

BAHAN-BAHAN:
1 biji nenas
isi dan tulang ikan masin
2 biji bawang merah
1 cawan cili kering
belacan 1/2 ibu jari
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan pekat

Bahan utk penumis:
4 biji bawang merah kecil-dihiris
1/2 cawan minyak

Cara-caranya:
.rendam ikan masin didalam air yang dicampur dgn 1 sudu besar garam.Biarkan selama 1 jam.Kemudian basuh sampai bersih.
.nenas dibuang kulit dan dipotong serong
.kisar halus bawang merah,cili kering,belacan dan ketumbar dengan 5 cawan air.kemudian tapis.
.masukkan air tapisan,serbuk kunyit,ikan masin dan nenas kedlm periuk.masak sampai nenas empuk,guna api perlahan bila memasak.
.Bila nenas dah empuk masukan santan pekat,aji,gula dalam 1 sudu teh dan garam secukupnya.Kalau kurang masam,tambah la asam keping 1 keping.
.Bila dah mendidih,tutupkan api.Ketepikan.
.Masukan minyak kedlm kuali.Bila minyak dah panas masukan bawang yang telah dihiris tadi.
.Goreng sampai bawang garing.tutupkan api siram minyak serta bawang keatas kuah tadi.

Jumaat, Februari 05, 2010

umairah balik dari bercuti

Maps Bandar Tarakan,Kalimantan Timur.Indonesia

Tarakan satellite map

Salam.............
Tanggal 2.01.2010 yg lepas,mak dan adik nanae telah membawa anakku si umairah pergi bercuti di Tawau dan Tarakan selama sebulan.Lamakan,sebenarnya mak gi jumpa ayah nanae yang duduk di Tarakan.Ayah nanae buka kedai makan disana.
Kalau nak pergi ke Tarakan kena melalui Bandar Tawau dgn menaiki bot selama 2 jam 45 minit.Kalau menaiki pesawat banyak sangat transit.
Hari khamis 04.01.2010 yang lepas,Mak,adik serta umairah selamat pulang ke KL.Jom layan dulu gambar yang sempat diambil di Tarakan dan Tawau..

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...