Rabu, Julai 29, 2009

Kawasan Sejarah Darurat 1948-1960

Tempat persembunyian penganas komunis utk serangan hendap sir henry


Salam...............
Hari na cuma nak citer satu sejarah yg terdapat dijalan kuala kubu menuju ke fraser hill.
Mengenai kawasan sejarah darurat 1948-1960.Na cuma copy dr papan tanda diatas.
Sir Henry Lovell Goldworthy Gurney telah mati dibunuh dlm satu serangan hendap penganas-penganas komunis di batu 56 1/2 jalan kuala kubu-bukit fraser.Henry gurney berusia 53 tahun bekas ketua setiausaha pentadbiran inggeris di palestine telah dilantik menjadi pesuruhjaya tinggi inggeris di tanah melayu pd 13 september 1948 bg mengantikan Sir Edward Gent.

Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadinya D.J Staples bertolak dr kuala lumpur menuju ke bukit fraser kerana urusan rasmi dan utk berehat.Apabila kereta rolls royce
yg membawa rombongan gurney itu dgn kibaran bendera "union jack" dipandu oleh konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh S dibatu 56 1/2,kira-kira 8 batu dr bukit fraser,tiba-tiba rolls royce menjadi sasaran peluru tembakan penganas-penganas komunis.

Ni sahaja yg tertulis dipapan tanda tersebut.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...