Isnin, Julai 26, 2010

SEDIH bahagian ke 2

Salam......

Masih lagi terasa berat hati nak tinggalkan fraser.Banyak kenangan manis duk kat sini berbanting yang pahit.Bos aku En.Ishak masih lagi pujuk suruh jangan berhenti,keje la selagi boleh kerja.Ye la sampai bila nak keje dengan orangkan?Bisnes ni kita sendiri yang punya,susah senang kena la tanggung sendiri.

Mungkin sebab baru lg kot,bila dah sibuk esok mungkin dah tak terasa sangat kot.Regular Guest yang selalu datang pun cam tak seronok bila dengar aku dgn darwis nak berhenti.Ye la selama ni,sape-sape yang datang bercuti kat fraser ni aku ngan darwis layan macam family sendiri.Bila dorang lapar tengah malam pun dorang ketuk je bilik aku mintak tolong masakkan maggie.Lepas ni kalau korang datang dah takde sape nak masak kan maggie utk korang lagi dah.Bukan orang je sedih,burung-burung pun sedih sebabnya bila aku beri makan waktu pagi dah berkurangan kat area Jelai.

Bila bab Raya selalu regular guest dtg bercuti kat tempat aku,dorang selalu cakap yang Jelai ni dah macam kampung halamam dorang.Happy duk kat Jelai sebab atas layanan yg diberikan.Lagipun kita org dah macam keluarga dengan regular guest ni.Bila raya ke? chinese new year ke?Depavali ke semua regular guest mesti datang bawakan buah tangan,walaupun darwis cakap x perlu tu semua asalkan datang berkunjung kat Jelai pun dah cukup.Tapi dorang x kisah nak bawa buah tangan utk kita orang.Sampai nak naik pun call tanya nak makan apa?dorang nak belanja.

Aku dan darwis nak ucapkan ribuan terima kasih la kat regular guest birdwatching dr Singapura,thailand dan eropah serta rakyat tempatan yang sudi berkunjung kat Jelai.Semoga tali persahabatan kita tak akan putus.Walaupun aku dah duduk kat Shah Alam jemput la datang ke rumah ye(alamat nanti aku bg sebab belum bawa brg lagi).Aku dan darwis mohon kemaafan kalau ada silap dan salah pada semua.Lepas ni takde la lagi la Salam Dari Puncak mungkin Salam Dari Shah Alam.

Jumaat, Julai 23, 2010

SEDIH




Salam........

Dah berapa hari takde mood nak updet.Sedih rasanya nak tinggalkan Bukit Fraser.Tinggal seminggu je lagi kami duduk kat sini.Sebenarnya aku dapat tender kantin kat Batu 3,Shah Alam.Sepatutnya mesti la seronok kan? Tapi tak tahu la kenapa hati ni berat sangat nak tinggalkan Bukit Fraser ni,anak-anak pun macam tak brape suka dok kat KL,panas katanya.

Sekarang aku kat KL tengah cari rumah sewa.Harap-harap dapat la hendaknya,dah suntuk sangat.Pihak HR bagi notis 2 minggu suruh masuk kantin pada 1 Ogos.Kelam kabut dibuatnya.Ingatkan dah tak dapat tender kantin tu.Syukur dapat tender tu tapi hati masih lagi sedih.

Selasa, Julai 13, 2010

Spaghetti bolognaise

Salam...............

Spaghetti bolognaise ni,aku masak buat berbuka puasa hari khamis yang lepas.Sebenarnya bukan la aku yang berpuasa tapi mak aku dan Darwis yang puasa sunat.Minuman aku buatkan air teh o lemon panas.


Bahan2:
1 pkt spaghetti 500gm                                                    
1 tin kecil preego
1 pkt maggie spaghetti bolognaise
3 sudu besar sos cili
1 ketul kiub ayam
200gm daging kisar ramly
4 btg sosej - dihiris
10 biji meatball - dihiris
3 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang horland - diptg dadu
1 biji tomato - diptg dadu

3 cwn air

cara-caranya:-
-rebus air dlm 2 liter bersama 1 sudu teh garam dan 2 sudu besar minyak masak.Biar sampai air mendidih baru masukkan spaghetti dan kacau sekali-sekala.Bila dah lembut angkat dan toskan.
-Masukan minyak zaitun dan tumis bawang dan buah tomato 1/2  masak.kemudian masukan daging kisar.
-grg daging sampai keperangan.Masukan meatball,sosej,sos preego,sos maggie,air,sos cili,kiub ayam,garam,aji dan gula secukup rasa.kalau pekat tambah la air.
-biar la mendidih dlm 10 minit.masak  guna api yg kecil.
-bila dah siap tuang sos bolognaise ke atas spaghetti
-last sekali parut keju parmesan

teh o lemon panas


Khamis, Julai 08, 2010

Yeayyy! Spain ke final

Puyol scores on a header

Salam............

Yeayyy ! Akhirnya Sepanyol melangkah ke final selepas menewaskan German 1-0 pada minit 72' oleh Carles Puyol.Final nanti Sepanyol akan bertemu Netherlands pada 11 julai 2010.Paul the octopus i love u......

Rabu, Julai 07, 2010

Light blueberry cheese cake

Salam........

Hari ni,aku buatkan blueberry cheese cake khas utk mak aku.Mak aku ni,memang suka sangat makan cheese cake.Boleh la mak makan semasa berbuka puasa nanti.Resepi ni aku ambil dr SINI.resepi ni nanae copy paste dr blog HaSue.Terima kasih sue..


Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya

Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

Ayah & Mak mentua datang ke Fraser

Salam.......

Kat kg Johol N9 sekarang ni tgh musim durian.Ayah dan mak mentua suruh balik tapi tak dapat nak balik ke kg.Jadi Sabtu yang lepas,ayah dan mak mentua nanae datang ke Fraser semata-mata nak hantar durian kat kami.Mak mentua siap lagi bawa tempoyak,ayam kg,langsat dan daging lembu fresh bagi kat aku.Terima kasih ye ayah dan  mak,sanggup dtg dr jauh utk hantarkan semua ni kat kami.Ayah dan mak mentua duk kat Fraser 2 hari je.Suruh duk lama sikit tak boleh takut ayam kat kg takde sape nak bagi makan.Kali ni,puas aku makan durian.Mana taknye 1 guni durian yang dibawak oleh ayah mentua aku.





Ahad, Julai 04, 2010

Dah x rock lagi ke ?



Salam..........
Darwis heran bila bukak blog aku dah xde lagu search.Dah x tak rock lg ke dia tanya kat aku.Bukan tak rock saja nak layan lagu yang slow skit.Ye la selama ni memang aku ni fanatik gila kat kumpulan Search ni.Sebenarnya masa couple dengan darwis  lagu Search yang kita org layan tak main la lagu meleleh ni.Aku dulu memang tak pakai tudung,dulu kurus(skarang dah gemuk) bila dah kahwin darwis didik pakai tudung,ajar agama sikit-sikit TAPI rock ni masih sebati dgn diri aku walaupun dah kawin.Kira aku mama rock la.

Akhirnya Darwis.....


gambar dr google

Salam..........
Akhirnya Darwis terima kekalahan Brasil dgn hati yang begitu panas.hahaha(kureng asam punya bini).YES la Sepanyol ke semifinal selepas menundukan Paraguay dgn jaringan 1-0.Pada peringkat semifinal nanti Sepangol bertemu dengan German pada 7 julai 2010.Tak sabar nak tengok perlawanan antara Sepanyol vs German..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...