Sabtu, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam dan selamat menyambut hari raya Aidil Adha.
LABBAIKALLAA HUMMALABBAIK. LABBAIKALAA SYARII KALA KALABBAIK. INNALHAMDA WANI'MATA LAKAWAL MULK LAA SYARIKALAK.

Raya haji kali ni,na cuma balik kl umah mak na tu pun 2 hari je.Tak gi mana-mana pun.Hari ni na masak ikan keli goreng,sambal petai udang dan bayam masak lemak untuk makan tengahhari nanti.jom jemput makan....

sambal petai udang



bahan-bahan:
1 ikat petai
20 ekor udang hidup
4 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang merah #
1/2 ibu jari belacan #ditumbuk lumat
1 cawan air
air asam jawa
1 biji bawang merah dipotong bulat

cara-caranya:
tumiskan minyak,masukan cili kering kisar,bahan # yg telah ditumbuk masak sampai pecah minyak.masukan petai dan air.bila petai dah lembut masukan udang,air asam jawa,garam,aji dan gula secukup rasa.masak sampai mendidih.akhir sekali masukan bawang yg dipotong bulat.kacau sekejap tutupkan api.

Bayam masak lemak



Bahan-bahannya:
1 ikat bayam
1/2 biji bawang merah yg sederhana dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji cili merah diptg menyerong
1 genggam ikan bilis yg telah dikopek
1 cawan santan pekat
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa.

cara-caranya:
masukkan air,bayam dan ikan bilis kedlm periuk.masak sampai bayam lembut.baru masukkan santan pekat,bawang merah,bawang putih,cili merah,garam dan gula secukup rasa.masak sampai kuah mendidih,baru tutupkan api.

Khamis, November 19, 2009

katering di Sek.Ren.J.Keb.Cina Bukit Fraser

Salam...........

Hari ni nanae buat katering di S.R.J.K.Cina di Bukit Fraser.Cuma untuk 50 orang je.Jadi la kan,dapat gak tambahkan duit poket.Sekolah ni cuma ada 8 orang pelajar dan 8 orang guru.Lauk yang di tempah ialah kari ikan tenggiri,ayam masak merah,sambal udang,sayur campur,nasi putih,buah oren dan air cordial.







lamb chop dan puding laici dangdut

Salam..............

Malam ni nanae masak lamb chop dan puding laici dangdut untuk makam malam sebentar tadi.Puding laici dangdut nanae ambil dr blog kak Hanieliza's Cooking



cara-cara:
perap lamb shoulder dgn sedikit garam serta lada sulah dlm 30 minit.
kemudian panggang didlm pan.masak sampai masak bila dah masak boleh la dihidangkan dgn kuah serta dgn bahan hiasan.

utk hiasan:
salad,timun dan coslow
bahan utk coslow
hirisan kobis dan bawang serta hirisan carrot dicampurkan dgn mayonis dan susu cair sikit.

bahan kuah
2 btg saleri
1 biji carrot
1 biji bawang holand
6 ulas bawang putih
1/2 tin kecil tomato puri
1/2 kg tulang lembu-direbus sampai empuk.bila dah empuk kisar isi daging sampai hancur.
1 pkt sos lada hitam (kalau xde pkt pakai je yg jenis botol)
1/2 cawan minyak
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar kicap pekat

cara-caranya:
potong saleri,carrot,bawang holand dan bawang putih nipis-nipis.
tumiskan semua bahan yg dipotong dgn 1/2 cawan minyak.kisar semua bahan yg ditumis sampai halus.ketepikan.tumiskan mentega,masukan tepung gandum kacau jangan sampai hangit.bila tepung berbuih,masukan bahan yang dikisar,isi daging yg terdapat pada tulang,air rebusan tulang,tomato puri,kicap pekat,sos lada hitam,garam,gula,aji secukup rasa.kalau kuah pekat boleh tambah air sikit.


masukan sos lada hitam,kicap pekat dan bahan yg telah dikisar di dlm periuk masak sampai melegak dan rasa garam serta gula secukupnya.
NOTA:Kalau kuah tak habis boleh simpan dlm tempat beku.



resepi ni nanae copy dr blog kak hanieliza.
Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cair

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....

Rabu, November 18, 2009

kuey teow goreng



Salam...............

Pagi tadi untuk sarapan Na gorengkan kuey teow.Na nak ucap tima kasih kat Kak Syabar dari blog Seputih Seharum Melur yang wish birthday kat suami Na.


bahan-bahannya:
1kg kuey teow
isi ayam,udang,fish cake dan kobis-suka nak letak banyak mana
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kering kisar
8 biji ciliapi - diketuk
3 ulas bawang putih-diketuk dan dicincang
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar sos cili

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan cili kering kisar masak sampai cili pecah minyak.masukan isi ayam,udang,fish ,sos tiram,sos cili,kicap manis,garam,aji secukup rasa dan kobis.biarkan bahan yg dimasuk tadi masak baru masukkan kuey teow.Kacau bagi sebati.biarkan sekejap baru tutupkan api.hiaskan dgn timun,cili merah dan daun sop.

Selasa, November 17, 2009

Dinner at KFC

Salam......

Semalam,suami na nak belanja makan kat luar. Suami tanya nak makan kat mana?Anak na si qisthina jawap dia nak makan ayam.Nampaknya kat KFC la jawapnya.Punya la jauh kami gi makan KFC kat rawang.Kita orang turun dalam kul 7.30 malam sampai kat rawang dalam kul 9 mlm.Sebenarnya suami nak kena beli barang dapur utk hotel.Tu yang makan kat rawang.Macam 2 in 1 la,makan dan beli barang sekali.Kami sampai kat umah dalam kul 2 pagi.





Happy birthday

Salam.........
Hari ni merupakan birthday suami nanae,darwis yang ke 30.Semoga allah s.a.w panjangkan umur dan dimurahkan rezeki pada suami nanae.Amin.......(maaf la ye tak sempat nak buat kek untukmu)




Love Letter from WiddlyTinks.com

tetamu allah

Salam.........

Semalam kami sekeluarga,adik-beradik suami serta adik beradik keluarga mentua telah menghantar ayah dan mak mentua berangkat ke Kompleks tabung haji di Kelana Jaya untuk menunaikan rukun yang ke 5.

Jom layan dulu ye gambar-gambar yang sempat diambil.






Sabtu, November 14, 2009

contest “Cutest Baby in NATURE“.



Nanae tak pernah lagi join contest yg dianjurkan oleh MBP.Ni la pertama kali join tu pun terbaca entry kat blog catlina http://catlinaflybaby.blogspot.com/.Bila fikir,apa salah memcubakan.Memandangkan kami memang tinggal dikawasan alam semula jadi iaitu di bukit fraser.

Contest ni dianjurkan oleh:
MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com

Contest is proudly sponsored by:






NUR AINA UMAIRAH BINTI MOHD DARWIS
D.0.B: 29 MAC 2008





Gambar ni diambil disekitar kawasan bukit fraser.Diantara tempat yg diambil gambar di jeriau waterfall,mayer trail dan sekitar kawasan tempat nanae tinggal.

"Alam semula jadi adalah satu anugerah yang tak ternilai buat makhluk dimuka bumi.Kita harus la mendidik anak-anak kita supaya menjaga dan melindungi alam semula jadi.Itu la penyebabnya nanae dan suami sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,mesti bawa anak-anak berjalan-jalan disekitar bukit fraser.Cuba terapkan bertapa pentingnya alam semula jadi kepada kita semua.
Kami ajar pada anak tentang burung-burung,unggas-unggas,flora dan fauna yg terdapat di bukit fraser.Anak-anak pun seronok dengan aktiviti yang dilakukan.Terutama si aina umairah suka berlari-lari berkejaran nak menangkap rama-rama yg berterbangan.
Seronok bila bangun pagi,anak-anak masih lagi dapat menghirup udara yang segar dan nyaman,kadang-kadang berkabus.Burung-burung berkicauan pada sebelah pagi dan petang.Bunga-bunga kembang mekar disekeliling rumah dan unggas-unggas berterbangan liar kesana-kesini.Kesihatan anak-anak pun bertambah baik,berbanding semasa tinggal dibandar besar KL.

Diantara pemandangan di bukit fraser:





Rabu, November 11, 2009

Salam takziah

Salam.....
Baru semalam,nanae berjumpa dgn makngah dirumah mak mentua semasa majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran.Tiba-tiba pagi subuh selasa,mak mentua tipon bg tahu yang makngah telah meninggal dunia.Makngah merupakan mak sedara pada suami @ kakak ipar pada mak mentua nanae. AL=FATIHAH.....
Semoga roh makngah dicucuri rahmat..Amin.......



Takziah nanae ucapkan pada srihainy sekeluarga(http://ilhamhainy.blogspot.com/)

majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran

Salam............
Ahad yg lepas 8.11.09,kami sekeluarga telah pulang ke kampung suami direnggoh,johol N9.Ada majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran semperna ayah dan mak mentua na pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji.Semoga ayah dan mak selamat pergi dan balik dengan selamat dan mendapat haji mabrur.Amin.....









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...