Jumaat, Julai 31, 2009

masak lemak rebung cili api & perut.


Salam........................

Hari ni, na masak lemak rebung cili api dgn perut dan ayam goreng.Ni salah satu makanan kegemaran na.Kalau masak mesti makan bertambah-tambah.hi...hii...tu sebab badan x kurus-kurus.bertambah mengembang.Apa-apa pun layan dulu resepi ni ye.............

bahan-bahan
1/2 kg perut lembu.direbus sampai empuk
1/2 kg rebung
1 biji bawang besar dikisar
15 tangkai cili api dikisar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping

cara-caranya
masukan bahan yg telah dikisar,perut,rebung dan santan cair kedlm periuk.
masak sampai melegak baru masukan asam keping,garam & aji secukup rasa dan santan pekat.biarkan sampai melegak,baru tutupkan api.
p/s:masak gunakan api perlahan.supaya x pecah minyak.

Rabu, Julai 29, 2009

Ubi Kayu bersira


Salam................

untuk minum petang ni na cuma masak ubi kayu bersira.jom layan dulu resepi ni dulu ye..........

bahan-bahan
1/2 kg ubi kayu
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan -disimpul
50gm gula melaka dipotong kecil
1/2 sudu teh garam.

cara-caranya:
rebus ubi kayu dgn sukatan air 1/2 paras ubi .masukan daun pandan dan garam.masak sampai ubi lembut.masukan gula melaka kedlm periuk ubi masak sampai gula cair.
tambah 1/2 cawan air.masak sekejap.baru tutupkan api.taburkan 2 sudu besar gula pasir keatas ubi kayu.(sape nak manis boleh la tambah gula lebih)boleh la terus dimakan.

Kawasan Sejarah Darurat 1948-1960

Tempat persembunyian penganas komunis utk serangan hendap sir henry


Salam...............
Hari na cuma nak citer satu sejarah yg terdapat dijalan kuala kubu menuju ke fraser hill.
Mengenai kawasan sejarah darurat 1948-1960.Na cuma copy dr papan tanda diatas.
Sir Henry Lovell Goldworthy Gurney telah mati dibunuh dlm satu serangan hendap penganas-penganas komunis di batu 56 1/2 jalan kuala kubu-bukit fraser.Henry gurney berusia 53 tahun bekas ketua setiausaha pentadbiran inggeris di palestine telah dilantik menjadi pesuruhjaya tinggi inggeris di tanah melayu pd 13 september 1948 bg mengantikan Sir Edward Gent.

Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadinya D.J Staples bertolak dr kuala lumpur menuju ke bukit fraser kerana urusan rasmi dan utk berehat.Apabila kereta rolls royce
yg membawa rombongan gurney itu dgn kibaran bendera "union jack" dipandu oleh konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh S dibatu 56 1/2,kira-kira 8 batu dr bukit fraser,tiba-tiba rolls royce menjadi sasaran peluru tembakan penganas-penganas komunis.

Ni sahaja yg tertulis dipapan tanda tersebut.

Akhirnya.........Bertemu juga



Salam.........
Ahad yg lepas na ada citer nak gi selayang nak beli barang dapur dan nak jumpa kak hanieliza.Na turun gate pukul 12.Dalam pukul 2ptg baru sampai dirawang.Kami terus ke ikano mutiara damansara.Bila sampai di ikano mutiara damansara punyanya lah jam.susahnya nak cari parking.Suami dah dok membebel.risau gak kalau dia ajak balik je.pusing punya pusing akhirnya dapat juga tempat nak parking.Punya la excited nak jumpa kak hanieliza ni.Ye lah selama ni masuk blog kak hanieliza hanya jadi silent reader je.
Kak hanieliza ni seorg chef yg hebat dalam dunia blogger ni.Sape yg x kenal dgn beliau.Kat ikano ni kak hanieliza buat demo masakan sempena pelancaran buku masakan beliau.
Tertunai juga hasrat nak jumpa kak hanieliza.Terima kasih kat kak hanieliza bagi Na puding laici dangdut.memang sedap kak.Tapi x dapat nak berborak lama dgn kak hanieliza ni sebab anak-anak mula start meragam.Semoga dapat berjumpa lagi dgn kak hanieliza lg.Na harap kak hanieliza akan sukses didalam bidang yg diceburi.

Sabtu, Julai 25, 2009

kabus pagi di bukit fraser








Salam..................

Pagi ni Na nak n3 gambar berkabus diwaktu pagi dibukit fraser.Sekarang ni payah gak nak jumpa berkabus tebal.Ada masa-masa gak.Kadang-kadang panas terik sampai boleh sidai baju sampai kering.Kat area hotel tempat na tinggal walaupun ada cahaya matahari susah pakaian yg dibasuh cepat kering.Ambil masa brapa hari nak kering.Kalau musim hujan lagi la teruk jawabnya kena hantar laundry bagi kering.

Gambar na ambil hanya berlatarkan pemandangan alam semulajadi.Nanti la bila ada masa lapang Na akan n3 kan gambar istana hingap,bangunan dan banglo zaman kolonial.Jom la datang kat fraser ni.Sape-sape nak tahu tentang fraser hill klik kat label bukit fraser.

kuey teow goreng



salam.........

Na cuma nak n3 makan malam tadi.Na cuma masak kuey teow goreng je.Semua malas nak makan nasi.budak-budak na buatkan x pedas.jom layan dulu resepi ni ye....

bahan-bahan
1kg kuey teow
isi ayam,kerang dan fish cake(ikut suka banyak mana nak letak)
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
kicap manis secukupnya
2 keping tauhu kering diptg kecil
sawi dan kobis
2 biji telur
timun utk hiasan
p/s:na guna apa yg ada dlm fridge.sape nak tambah udang atau sotong.nak guna taugeh je pun boleh.ikut selera masing-masing.

cara-caranya
tumis bawang putih sampai kekuningan,baru masukan cili kisar masak sampai pecah minyak baru masukan isi ayam,kerang,fish cake,tauhu,sos tiram,kicap,garam dan gula secukup rasa.kacau sekejap baru masukan kuey teow dan sayur.gaul sebati.pecahkan telur dan kacau masukan didlm kuali timbuskan dgn kuey teow.perlahankan api supaya telur x hangit.bila telur dah masak gaulkan keuy teow bg sebati.bila dah masak boleh letak tabur cili merah dan daun sop.tapi stok dah habis na guna timun je sebagai hiasan.

Sambal kerang dgn kentang



Salam.....

Hari ni lambat sikit N3 sebab sibuk skit.Na masak ayam goreng dan sambal kerang dgn
kentang utk makan tengahhari tadi.Anak-anak na buat bubur nasi je.Esok na ingat nak gi selayang nak beli barang dapur utk stok seminggu.Mesti ramai tertanya-tanya nape jauh nye gi beli barang dapur kenapa x beli kat kuala kubu atau di raub.Harga barang di kedua-dua tempat MAHAL bagi na la x tahu la kalau bagi orang lain yg dok kat fraser ni.bukannya jauh sangat cuma 1 1/2 jam je.
Na selalu beli barang basah @ kering dan barang budak kat pasar raya NSK selayang
dan pasar raya sri ternak.
Lagi pun na nak jumpa kak Hanieliza kat ikea damansara sempena demo masakan dan pelancaran buku terbaru beliau.Harap-harap dapat la berjumpa dgn kak hanieliza.

bahan-bahan
1 kilo kerang direbus dan ambil isinya
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang holand
1/2 ibu jari belacan
4 biji kentang digoreng (ikut suka nak ptg cam mane)
1 biji bawang holand dipotong bulat
air asam jawa
1/2 cawan air

cara-caranya:
kisar bawang dgn belacan sampai lumat.
tumiskan cili kering kisar dan bawang yg dikisar dgn belacan sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan 1/2 cawan air,air asam jawa,garam dan gula secukupnya.
biarkan selama 10 minit masak dgn api yg kecil sampai cili masak betul.baru masukan kerang,kentang dan bawang yg dipotong bulat kacau sekejap.baru tutupkan api.

Jumaat, Julai 24, 2009

nasi goreng kampung



salam..............

Baru sebentar tadi kami sekeluarga selesai dinner.Tiba-tiba suami bagi tahu yg dia still lapar lagi.Nak makan nasi goreng la pulak.Na x kisah nak masak apa pun janji benda ada dlm frigde.Apa lagi gi la dapur nak masak kan nasi goreng.Na masakkan nasi goreng kg je benda yg senang dan simple utk dimasak.

bahan-bahan
5 cawan nasi
isi ayam ikut suka
8 biji ciliapi
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
sayur kobis sikit
belacan sikit
ikan bilis goreng (ikut suka banyak mana nak letak)
telur dadar

cara-caranya:
tumbuk ciliapi,bawang putih dan belacan sampai lumat.
tumiskan sampai cili garing,masuk kan isi ayam.
masak sampai isi ayam masak baru masukan sos tiram,kobis dan garam.kacau sebentar
baru masukkan nasi dan kacau sebati.bila dah masak hidang bersama ikan bilis dan telur dadar.
p/s:nak letak udang ke sotong pun boleh.sayur kangkung ke.na guna apa yg ada dlm fridge.senangkan.................

chicken chop




salam............

Na masakkan chicken chop atas permintaan suami utk makan malam nanti.Buat na cuma sandwich dan anak-anak na gorengkan wedges.Suami na kuat makan tapi tu la badan suami still kurus macam budak sekolah menengah je walaupun umur dah tua.hi..hi..jangan mare ye suamiku.Cara nak buat Sandwich na goreng telur mata sampai garing kemudian letak sos cili di kedua-dua belah roti.senangkan.

bahan-bahan
1 keping chicken breast
bread crumb secukupnya
coslow secukupnya
potato wedges digoreng
2 keping roti

chicken breast dilumur dgn sedikit garam,lada sulah dan sedikit tpg gandum.
kemudian celup kedlm telur dan disalut dgn bread crumb secukupnya.
boleh la digoreng sehingga masak.
bila dah masak hidangkan dengan coslow,wedges dan roti.hidangkan dgn sos cili.

Khamis, Julai 23, 2009

ikan kembung sambal ciliapi




salam..............

Tengahhari ni na masak ikan kembung goreng sambal ciliapi dan kobis goreng.
Na sengaja masak lebih ikan sebab nak bagi kat kat kak gee.tinggal la 3 ekor jadi la utk makan tengahhari ni.malam karang lain citer.suami dah bagi tahu nak makan chicken chop.biasa la kalau dah cakap nak makan kena buat juga la.
Apa-apa pun layan dulu lauk ni dulu ye............

bahan-bahan
5 ekor ikan kembung
20 biji ciliapi
1 biji bawang holand
air asam jawa
1/2 biji bawang dihiris utk hiasan
6 biji cili api utk hiasan

cara-caranya:
lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sampai garing.
ketepikan.kisar ciliapi dan bawang kemudian tumis sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air sikit,air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.
biarkan sekejap baru masukan ikan dan gaulkan.
akhir sekali masukan bawang yg dihiris dan ciliapi,biar masak sekejap.

majlis merisik

salam............

Dah seminggu rasanya na x dapat nak updet my blog.sebenarnya na bercuti panjang.
mesti ramai yg herankan kenapa na selalu je bercuti.Dulu na dan suami susah nak dapat cuti sebab staff xde.Sekarang bila dah ada staff mula la balas dendam he...hee..he.. apa lagi mintak la cuti memanjang.

Cuti ni sebenarnya na balik kl.ada majlis merisik pada 18.07.09.jadi mak mentua mintak tolong na masak utk tetamu yg hadir.

Rombongan merisik yg diketuai oleh kak wan dan suami ada lah utk menjodohkan adiknya iaitu saudara zulkifli dengan adik bongsu kepada suami na iaitu saudari shafini.
Ramai gak rombongan dr pihak lelaki yg hadir.jadi layan je la gambar yg sempat diambil.






Selasa, Julai 14, 2009

nasi goreng ayam



salam....
malam ni na cuma masak nasi goreng ayam utk makan malam.masak yg simple-simple je.
mudah dan cepat.jadi layan je la.(tengah malas nak taip)he..he..he..

bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong 6
5 cawan nasi yg telah disejukkan dulu
3 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar cili kering kisar.
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan mix vege
minyak bijan

cara-caranya
perap ayam dgn 1 sudu besar sos tiram,kunyit serbuk dan garam.kemudian goreng sehingga garing.ketuk ayam dan potong nipis.
tumis bawang putih sampai garing baru masukan cili kisar masak sampai pecah minyak.
masukan sos tiram,sos cili,lada sulah,mix vege dan garam secukupnya.kacau sebentar
sampai garam hancur baru masukan nasi dan titiskan sedikit minyak bijan gaulkan sebati.bila dah masak hiaskan dgn daun salad,timum,telur mata dan sos cili.

Isnin, Julai 13, 2009

kek lumut





salam....

semalam na mintak izin kat chek mat dari htpp://tiffinbiru.blogspot.com.
nak ambil resepi kat blog beliau.na nak cuba buat kek lumut.alhamdulillah akhirnya
jadi gak na buat kek lumut ni.memang sedap chek mat.cuma na ubah skit dr resepi asal.
(jangan mare ye) sape-sape nak memcuba boleh la mencuba memang x rugi punya.memang sedap sangat.makan semasa panas.

bahan-bahan
250g butter
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum dikisar halus
1/2 cawan seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
perwarna hijau secukupnya.

cara-caranya
panaskan kukus.sapukan marjerin disekeliling loyang (8x8x3)inci.alas dasarnya dgn kertas minyak.satukan tepung,horliks dan nestum ketepikan.
pukul butter dgn gula sampai putih.masukkan telur satu persatu pukul sampai kembang.
masukan esen vanilla kacau rata.masukan seri kaya dan susu pekat manis kacau sampai rata.dengan kelajuan yg perlahan masukan tepung yg disatukan dgn nestum dan horlick kedlm sedikit demi sedikit gaul sampai rata.akhir sekali masukan perwarna hijau kacau rata masukan kedlm loyang.tutup loyang dgn aluminium foil dan diikat dgn tali rafia.kukus selama 3 jam.

selamat pengantin baru

salam.....
dalam brape hari ni na dan keluarga bercuti turun ke kl utk hadiri majlis perkahwinan sepupu suami di dewan D'KLANA dikelana jaya,selangor.na dan suami mengucapkan selamat pengatin baru buat saudara syukri dan pasangannya ain serta adik kepada saudara syukri iaitu saudara syahir dan pasangannya aishah semoga bahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat.

na terkilan sebab x dpt nak ambil gambar kerna terlupa nak bawa kamera.jadi layan cerita la ye.sape-sape yg nak lihat gambar-gambar pengantin bleh jenguk di htpp://lamanbkk.blogspot.com.

Khamis, Julai 09, 2009

pokok tomato

salam perkenalan buat yang pertama kali mengunjungi blog ni.

pagi ni na cuma nak n3 gambar pokok tomato yg mula mengeluarkan buah utk pertama kalinya.skarang kat kawasan hotel ni na dgn seorg staff iaitu lan sibuk menanan pokok cili.x brape banyak la.takut gak kalau bos naik.takut dia kata ni hotel ke atau kebun sayur.he..he..layan je la ye...




tension

salam....

argh................
boring sesangat dlm seminggu ni.line intenet langsung x berfungsi tu yg boring sangat tu.kalau hujan je mesti problem.pekerja tm slow sangat nak repair sampai ambil masa kat seminggu baru nak siap.bukan takat kat umah je satu fraser hill problem.

kat sini tu la masalahnya nak tunggu org tm dari raub nak dtg repair semuanya ambil masa.

jom kita layan resepi mee goreng yg na goreng utk minum ptg ni.lagi pun kejap lagi na dan suami nak gi pasar malam kat kuala kubu bharu.jadi layan dulu ye....


bahan-bahan
1kg mee dibasuh dan ditoskan.
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
isi ayam,sotong dan udang dan fishball ikut suka banyak mana
2 tangkai sawi dipotong-potong
1 cawan taugeh
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 cawan air.
1 biji cili merah diptg nipis utk hiasan
sedikit daun sop dan hirisan timun utk hiasan

cara-caranya
tumiskan bawang putih sampai garing baru masukan cili kering tumis sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukkan isi ayam,sotong,udang dan fishball biar sampai masak.bila dah masak masukkan mee,kicap,sos tiram,sos cili,air dan gaulkan rata.akhir sekali baru masukan sawi dan taugeh.
bila dah masak hiaskan dgn cili merah,timun dan daun sop

Khamis, Julai 02, 2009

mix grill



salam...

na cuma nak N3 apa yg kita org dinner semalam.suami mintak nak makan western food.
nak tak nak kena buat la jugak.nasib baik dlm fridge ada stok.lau x de parah gak. jadi layan je la resepi ni ye...

bahan-bahan
3 keping lamb shoulder
3 keping chicken breast
10 mini sosej digoreng dgn planta.
15 keping pototo wedges digoreng dulu dgn minyak
cara-cara
perap lamb dan chicken breast dgn garam serta lada sulah dlm 30 minit.
panggang didlm pan.masak sampai masak bila dah masak boleh la dihidangkan dgn kuah
serta dgn bahan hiasan.

utk hiasan:
salad,timun dan coslow
bahan utk coslow
hirisan kobis dan bawang serta hirisan carrot dicampurkan dgn mayonis dan susu cair sikit.

bahan kuah
2 btg saleri
1/2 biji carrot
1 biji bawang holand
6 ulas bawang putih
1/2 tin kecil tomato puri
200gm isi ayam
1 pkt sos lada hitam (kalau xde pkt pakai je yg jenis botol)
1/2 cawan minyak
2 sudu besar kicap pekat

cara-caranya:
potong saleri,carrot,bawang holand dan bawang putih nipis-nipis.
tumiskan semua bahan yg dipotong dgn 1/2 cawan minyak.
masak sampai bahan dah lembut.bila dah lembut masukan isi ayam dan tomato puri.
masak sampai isi ayam masak.kisar semua bahan yg dimasak sampai halus.
masukan sos lada hitam,kicap pekat dan bahan yg telah dikisar di dlm periuk masak sampai melegak dan rasa garam serta gula secukupnya.

Rabu, Julai 01, 2009

perut tembusu masak lemak cili api



salam....

bila jeguk blog kak asma pd bulan yg lepas ada kak asma masak babat lemak kering.punya la teringin nak makan babat ni tapi jenis perut tembusu ianya sejenis usus perut.cuma pendam dlm hati je.malas nak pi beli cos suami x brape suka makan.lg pon susah nak dpt jarang org jual.bila cuti baru ni turun gi kl utk amik anak.x sangka kat umah mak ada lak babat yg belom dimasak.tu la org kata kalau ada rezeki x kan kemana insyaallah akan dimakburkan cuma lambat atau cepat je.

apa lg mintak la skit kat mak.na tanya kat mana beli babat ni, mak bg tahu jiran yg bg lebih dr kenduri kawin anak dia.

apa lg bila balik umah,na mula la masak babat tembusu ni utk santapan tghhari tadi.
untuk suami na goreng je ayam.suami jenis x kisah asal ada ayam dan kicap pon cukup.
apa lagi jom la layan resepi ni dulu ye...

bahan-bahan
perut tembusu - direbus dulu,kemudian potong dlm 1 inci
15 biji cili api
1 biji bawang merah
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
6 biji kacang buncis - dikerat 2

cara-caranya
kisar cili api dan bawang
masukan dlm periuk,masuk sekali dgn santan cair,perut tembusu,asam keping,kacang buncis dan garam secukupnya.
bila dah melegak baru masukan santan pekat. masak sekejap baru tutupkan api.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...