Jumaat, Disember 11, 2009

Demam Ben 10

Salam.............

Demam Ben10 sudah berjangkit kat anak daraku si qisthina.Baju ni baru je dibeli pagi tadi di pasar Kuala Kubu Bharu.Ni koleksi yg ke 5.Darwis sibuk suruh beli baju lain tapi anak ku still nak kan Ben10.Sampaikan penjual baju terperanjat yg anak daraku suka kan baju Ben10 ni.Punya la penjual baju rekemenkan baju budak pompuan yg cantik-cantik kat anak daraku si qisthina,langsung anak daraku tak heran.
Kuat betul penangan si Ben10 ni.



Salam persahabatan

Khamis, Disember 10, 2009

Egg Tart

Salam...........

Semalam nanae buat tat telur utk minum petang.Hari ni baru n3.Sebenarnya nanae memang tak pernah buat pun.Ni la pertama kali nanae berani nak cuba buat.Ye lah kalau bab kuih-kuih ni memang nanae tak pandai langsung.Tangan ni semacam keras je.Alhamdulillah menjadi gak tapi kulit tat hangit sikit.Resepi ni nanae ambil dari blog saudara rozan .memang sedap rasanya dan kulit tat still rangup walaupun keesokan harinya.Sebenarnya lupa nak simpan dlm bekas.Rugi sape2 tak cuba.Resepi ni na copy je dr blog bro rozan.thanks bro.



EGG TART
Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)(na guna susu segar je)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.cara: Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

nasi ayam lagi

Salam...........
Harap-harap semua pengunjung blog nanae ni sihat la hendaknya.Terima kasih la pada yang sudi jenguk blog yang tak seberapa ni.Meh la datang ke fraser kita eratkan tali persaudaraan sesama kita.

Tengahhari tadi nanae masak nasi ayam lauk ulangan jadi tak payah la tulis resepi ye.
Nanti cari kat label nasi ye.jangan marah ni tengah penyakit malas dtg melanda.



Makan malam pulak nanae gorengkan kuey teow kerang je.Jom layan dulu resepi kuey teow kerang................



bahan-bahan:
1kg kuey teow
1/2 kg kerang direbus,ambil isi
3 sudu cili kering kisar
4 ulas bawang putih-diketuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar kicap pekat(kalau tak brape hitam tambah la kicap ye)
1 pkt kecil fishball dibelah 2
taugeh secukupnya- nanae guna kobis je
bhn hiasan-timun,cili merah,daun sop
1 cawan air

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai garing,masukan cili kering kisar masak sampai pecah minyak.masukan air,kicap,isi kerang,fishball,sos tiram,lada sulah,garam,gula secukup rasa.kacau sebentar.baru masukan kuey teow kacau bagi sebati.akhir sekali masukan taugeh kacau sekejap saja.baru tutupkan api

Isnin, Disember 07, 2009

jom join paypal whishlist

salam..............


Bila jalan-jalan kat blog cik min sebentar tadi terjumpa la n3 mengenai paypal ni.Ok cepat2 ni nak bgtau..pada sesapa yg ada akaun Facebook mungkin korang sume dah ada
PAYPAL WISHLIST
ni.Pada yg belum ada cepat2 bukak akaun Facebook dkt sini http://www.facebook.com..lepas tu daftar lak kat PAYPAL.(maaf kak min,nanae minta izin copy ye)Mula-mula daftar terus dapat 1 dollar.Apa lagi jom la join............

Ahad, Disember 06, 2009

asam tumis ikan pari

salam............

Dah lama nanae tak updet resepi yang dimasak.Hari ni nanae hanya masak asam tumis ikan pari dan kerabu kerang dgn tomato.Untuk anak-anak nanae gorengkan ayam sahaja.Anak-anak,nanae ambil semalam.Riuh rendah rumah bila anak-anak balik.Jom jemput makan.....



bahan-bahan:
1kg ikan pari dikerat kecil
1 cawan cili kering kisar
1 biji bawang merah#
3 ulas bawang putih# dikisar halus
2 keping asam keping (kalau tak cukup masam boleh tambahkan asam)
1 btg bunga kantan dihiris
1 ikat daun kesom
1 biji timun dibelah 2 dan dipotong
5 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
bahan penumis:
2 ulas bawang putih dihiris halus
1/2 biji bawang merah dihiris halus
1 sudu teh halba campur
1/2 cawan minyak masak

cara-cara:
tumis semua bahan penumis sampai bawang kekuningan.masukan cili kering kisar,bahan yg dikisar masak sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukan air,ikan,asam keping,bunga kantan,daun kesom,timun,serbuk kunyit,garam dan aji secukup rasa.masak sampai mendidih baru tutupkan api.kalau kuah pekat tambah air sedikit.

kerabu kerang dgn tomato



(A)bahan-bahan:
1/2kg kerang direbus diambil isinya
2 biji tomato masak-dibuang biji dan dihiris nipis
1 biji bawang horland @ bawang merah-dihiris nipis
1 biji cili merah-hiris nipis
1 sudu besar beras-digoreng tanpa minyak sampai perang.grn jgn sampaihangit.kemudian ditumbuk.
air perahan limau kasturi,garam secukup rasa.

B)bhn sambal belacan:
1 biji cili merah#
4 biji cili api#
belacan sebesar ibu jari#
tumbuk semua bahan yg bertanda# sampai lumat

cara-caranya:
gaul semua bahan A dan B bagi sebati.rasa masam,masin secukupnya.

Jumaat, Disember 04, 2009

kerenah qisthina dan umairah

Salam...............

Hari ni terasa rindu kat budak-budak berdua tu..Bila tengok je gambar yang sempat diambil sebelum nanae hantar anak-anak ke rumah mak di kl nak tergelak pun ada.Alahai anak sape la ni........hi..hi.Kalau makan habis 2 beradik ni buka baju.Yang si kakak cakap saya buka baju takut baju cantik saya kotor.Si kakak sekarang ni dah pandai bahasa kan dirinya 'saya'.Baju adiknya pun habis dibukanya.Mula-mula si adik tak nak buka baju tapi si kakak marahkan sambil berkata"umairah baby buka baju nanti baju kotor kan ayah".Habis dilucutnya baju si adik cuma tinggal Pampers je.Macam-macam karenah anak-anak aku ni.



Happy Anniversary




Salam..............

Semalam tanggal 3.12.09 genap lah 6 tahun usia perkahwinanku.Kami berdua meraikan ulang tahun perkahwinan tanpa kad ucapan dan bunga.Sebenarnya kami berdua ni jenis yang tak romantik..Anak-anak,nanae hantar kat rumah mak di kl.Ingat tahun ni leh la romantik sikit dan luangkan lebih masa untuk jalan-jalan berdua.Tapi hampeh,staf dua-dua lak ambil cuti serentak.
Apalagi kena keje lebih masa lah jawapnya.Na berdoa kepada allah semoga perkahwinan ni akan berpanjangan ke akhir hayat.Amin..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...