Khamis, Jun 25, 2009

yee mee kantonis



salam

tengahhari semalam na dan suami just makan nasi bungkus je.malas nak
masak cos anak-anak xde kena tinggal dgn nenek mereka di kl.cuma na masak utk makan malam. na masak yg simple je iaitu
yee mee kantonis.na harap sudi la mencubanya.

bahan-bahan:
1 pkt yee mee
isi ayam,udang dan sotong-ikut nak letak banyak mane
2 keping fish cake diptg nipis
1/2 biji carrot dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi
skit kobis
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
masukan carrot,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
letak yee mee dalam pinggan @ mangkuk dan siram kan kuah keatas yee mee.
boleh la terus dimakan bersama cili api potong yg dicampurkan bersama kicap cair.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...