na nak ucapkan ribuan terima kasih kat kakasma kerana sudi menyengok blog na.
semoga persahabatan yg baru ni dpt mengeratkan tali siratulrahim.
hari ni deman x kurang juga,bertambah dgn batuk dan selsema.walau pun dah
berbiji-biji ubat telah na telan tp xde kurang pun.malas betul nak gi klinik.
tengahhari tadi suami ajak gi kuala kubu nak beli barang hardware.
apa lagi ikut juga la walaupun deman.sebenarnya nak mengelak dr masak.hi..hi.hi
makan kat luar la jawabnya hari ni.
jarak bukit fraser ke kuala kubu hanya 30km saja.tapi jalan yg macam ular kena patuk
memang terasa jauhnya.kira-kira 45 minit baru sampai.
kami bertolak dlm kul 12.20ptg sampai dalam kul satu 1.10ptg baru sampai
di kuala kubu.apa lg cepat-cepat beli barang dgn gi makan dan isi minyak keta(kat bukit fraser x de petrol pump).sebab nak kejar balik
naik gate kul 3.kalau terlambat nak kena tunggu kul 5ptg la jawabnya.
sape-sape nak gi bukit fraser kena ambil berat tentang masa turun dan naik pukul brape.ok la x nak peningkan sape-sape na nak bg tahu masa naik ke fraser bermula
jam 7 pg,9pg,11pg,1 ptg,3ptg,5ptg dan 7 mlm.turun dari bukit fraser bermula jam 8pg,
10pg,12tgh,2ptg,4ptg dan 6 ptg.selepas jam 8 malam semua kenderaan dibenarkan turun atau naik sampai pukul 6.40 pg.gate hanya buka selama 40 minit sahaja.
jadi sape yg nak datang sini kena budget masa la ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan