Ahad, Ogos 16, 2009

sambal tempoyak petai dgn ikan bilis

salam.

Lepas balik dari taman permainan tadi,suami na mengadu sakit-sakit badan macam nak deman.Na hulur la ubat deman dan ubat sakit badan kat suami.lepas solat maghrib,terus suami na tido.Ngantuk katanya.Na tanya nak makan apa malam ni? suami jawap nak makan maggi je x lalu nak makan nasi.
Sebenarnya na dah masak lauk sambal tempoyak petai dgn ikan bilis ptg tadi,sebelum keluar ke taman.nampaknya na sorang-sorang makan nasi lah malam ni.Anak-anak na suka menumpang apa yg ayah dia makan.
Na tunggu suami na bangun baru nak masakkan maggi kari.Jadi malam ni lewat la kita orang dinner.



bahan-bahan
3 papan petai dibelah dua.
3 sudu besar tempoyak.
9 biji cili api.
1/2 biji bawang besar.
1 genggam ikan bilis goreng.
3 sudu besar minyak.
1/2 cawan air
cara-caranya:
tumbuk cili api dan bawang besar sampai lumat,masukan minyak 3 sudu besar biarkan minyak panas.Baru masukan bahan yg ditumbuk dan tempoyak,masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air,petai,garam,aji,gula secukup rasa.(kalau tempoyak kurang masam tambahkan dgn asam keping) kacau sebentar.akhir sekali masukan ikan bilis,gaulkan dan boleh tutupkan api.

2 ulasan:

Dj Epoi berkata...

Sedap tuh weih!!!!!!!!!!!!!

Selamat Berpuasa untuk orang kat Atas.....

Inshaallah lpas raya nanti nak gerak ke sana kut!!!

Dj Epoi berkata...

Pasal terselit gambaw maggie mee kat bawah nih!!!!

Buat Gua lapar jer nih!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...