Rabu, Ogos 05, 2009

bihun soto ayam


Salam..................
Berapa hari yg lepas jenguk umah kak asma,nampak kak asma buat soto ayam.tu yg teragak nak buat hari ni.Jom menjamu selera...........

bahan-bahan
1 ekor ayam (na guna ayam pencen)
2 pkt kecil rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma
2 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 biji bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang merah *
8 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 sudu besar lada hitam biji*dikisar

cara-caranya:
rebus ayam sampai empuk.asingkan ayam dr air rebusan dan disiat-siatkan isinya.
tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan buah pelaga,bawang yg dihiris dan bawang putih yg diketuk sampai kekuningan.
bancuh rempah sup + rempah kurma + bahan *yg telah dikisar.
kemudian masukan bahan yg siap dibancuh kedlm bahan yg telah ditumis tadi,masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air rebusan ayam tadi dan masukan garam secukup rasa.
bila dah masak boleh la dihidangkan dgn bihun+nasi impit+kacang goreng+suhun+pegedil(na x letak malas nak buat!!!!!) + sambal kicap.
akhir sekali taburkan daun sop dan bawang goreng.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...