Jumaat, Ogos 28, 2009
Hari ke 7 ramadhan
salam.........
Dah seminggu kita berpuasa.Sekejap saja masa berlalu.Hari ni na masak daging masak lemak cili api dan telur masak kicap.Masak yang simple-simple je.biasa la kalau dah penyakit "M" datang melanda.Lagi pun stok lauk dah habis.nak turun beli barang dapur tak dapat turun sebab 2 orang staff bercuti.tinggal na dan suami je yang bertugas sampai hari isnin.Apa nak buat kat sini cuma ada 4 orang pekerja saja.cuti bergilir-gilir la.
bahan-bahan
300gm daging direbus sampai empuk
1 biji bawang merah*
12 biji ciliapi*dikisar
3 biji ubi kentang dibelah 4
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 cawan air rebusan daging
1 sudu teh serbuk kunyit
cara-carnya:
masukan bahan yg telah dikisar,kentang dan air rebusan daging ke dalam periuk.masak sampai ubi kentang empuk.bila dah kentang empuk masukan daging,serbuk kunyit,garam,aji secukup rasa,santan pekat dan asam keping.masak sampai mendidih.
masak gunakan api perlahan,takut santan pecah minyak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan