Rabu, Jun 23, 2010

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Salam............
Mula-mula terpandang ingatkan kuil rupa-rupanya sebuah masjid.Mula-mula was-was gak nak masuk tapi bila terpandang menara kubah yang seakan-akan kopiah berlilit serban dipinggirnya,terus aku cakap kat darwis ni mesti masjid tak salah kita masuk tengok dulu.Kat luar xde pun tanda nama yang mengatakan ianya sebuah masjid ataupun aku yang x nampak(aku tahu nama bila dah masuk ke dalam kawasan masjid dan terpandang poster rentang kat dinding masjid). Kami berhenti singgah utk bersolat lepas balik shopping dr rantau panjang.Unikkan masjid ni.Masjid ni diberi nama Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Rantau Panjang atau dikenali dengan nama Masjid Beijing.

Lokasi masjid ni terletak ditepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang,sekitar 2km dari Pekan Rantau Panjang.Masjid ni unik kerana dibina menggabungkan kesenian Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1000 tahun di Beijing China.

Sape-sape datang melancung ke Rantau Panjang jangan lupa singgah la dulu ke Masjid Beijing utk bersolat :)





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...