Kerja gila apa yang darwis buat? Tanpa apa-apa rancangan pun,tiba-tiba je ajak gi Kelantan malam-malam buta.Tak ke gila namanya.Sebenarnya jumaat11.06.10,family darwis berkonvoi ke Kuala Krai utk menghadiri majlis disebelah pihak lelaki.Sah memang la tak dapat nak pergi.Majlis berlangsung pada hari sabtu 12.06.10.Pada petang sabtu,darwis bagitahu suruh aku standby barang utk masak breakfast guest hotel cepat skit.Masa tu langsung pun tak bagitahu nak gi kelantan.Alih-alih 11 malam baru bg tahu nak pergi.
Kelam kabut aku bangun pukul 2 pagi utk masak.Selesai masak dalam pukul 5 pagi,terus siapkan anak-anak dan bertolak dr Fraser dalam pukul 6 pagi.Sampai kat Kuala Krai dalam pukul 11 pagi(nasib baik kete dan lori x banyak).Sempat la hadiri majlis perkahwinan sepupu darwis di Manik Urai.Dari Manik Urai terus darwis bawak gi Rantau Panjang(x sempat nak tangkap gambar sebab sibuk membeli belah.hehehe)Pastu tumpang bermalam kat umah abg darwis di Pasir Mas dan sebelah malam terus ke Wakaf Che Yeh.Keesokan pagi terus balik ke fraser,sempat gak singgah di Gua Musang utk makan dan bershopping.
majlis perkahwinan sepupu darwis di manik urai
kat area rantau panjang
kat Wakaf Che Yeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan