Isnin, Jun 21, 2010

Kuih lapis pisang

Salam...
Sebenarnya dah lama nak buat kuih lapis pisang ni tapi masa tak mengizinkan.Nanae jumpa resepi ni kat blog Kak CT.Nanae kalau bab pisang ni memang suka sangat tak kira la kuih apa pun..Nanae nak ucapkan terima kasih kat kak CT sebab sudi berkongsi resepi ni. Nanae guna loyang yang paling kecil.Nanae ni memang tak pandai buat kuih-muih ni.Tu pun ada yang lapisan tak sama tebalnya.Apa yang penting nanae dah cuba.Mak nanae pun dah terpikat dengan keenakan kuih lapis pisang ni. Rugi sape yang tak cuba.

 Bahan A:
2 cwn santan (na guna 200ml santan kotak ayam brand + 1 cwn air)
1 cwn tpg gamdum
1/2 cwn gula
2 sudu makan tpg beras
2 sudu makan tpg kastad
1 sudu teh garam

Bahan B:
1 cwn pisang emas/berangan dilecekan
1/4 cwn air

Bahan C:
1/4 cwn air
sedikit perwarna merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.sapu minyak pd loyang.
  2. Gaul bahan A hingga sebati(nanae blend kemudian tapis dan bahagi 2 )
  3. 1 bahgian + bahan B - dikacau rata
  4. 1 bahgian + bahan C - dikacau rata
  5. kemudian tuang 1 senduk bahan B kedlm loyang kukus selama 10 minit. 
  6. kemudian lapiskan 1 senduk bahan C selama 8 minit.
  7. ulangi proses yang sama sampai adunan habis.lapisan yang terakhir nanae tutup penutup kukus dengan tuala supaya wap air tak jatuh.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...