Khamis, Disember 10, 2009

Egg Tart

Salam...........

Semalam nanae buat tat telur utk minum petang.Hari ni baru n3.Sebenarnya nanae memang tak pernah buat pun.Ni la pertama kali nanae berani nak cuba buat.Ye lah kalau bab kuih-kuih ni memang nanae tak pandai langsung.Tangan ni semacam keras je.Alhamdulillah menjadi gak tapi kulit tat hangit sikit.Resepi ni nanae ambil dari blog saudara rozan .memang sedap rasanya dan kulit tat still rangup walaupun keesokan harinya.Sebenarnya lupa nak simpan dlm bekas.Rugi sape2 tak cuba.Resepi ni na copy je dr blog bro rozan.thanks bro.



EGG TART
Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)(na guna susu segar je)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.cara: Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

2 ulasan:

Dj Epoi berkata...

Hantaqqqq ar turun mai sikit ...huhuuuuuuuuuuu

salamdaripuncak berkata...

salam bro.insyaallah bila turun nanae hantaq pi umah hi..hi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...