Khamis, November 19, 2009

lamb chop dan puding laici dangdut

Salam..............

Malam ni nanae masak lamb chop dan puding laici dangdut untuk makam malam sebentar tadi.Puding laici dangdut nanae ambil dr blog kak Hanieliza's Cooking



cara-cara:
perap lamb shoulder dgn sedikit garam serta lada sulah dlm 30 minit.
kemudian panggang didlm pan.masak sampai masak bila dah masak boleh la dihidangkan dgn kuah serta dgn bahan hiasan.

utk hiasan:
salad,timun dan coslow
bahan utk coslow
hirisan kobis dan bawang serta hirisan carrot dicampurkan dgn mayonis dan susu cair sikit.

bahan kuah
2 btg saleri
1 biji carrot
1 biji bawang holand
6 ulas bawang putih
1/2 tin kecil tomato puri
1/2 kg tulang lembu-direbus sampai empuk.bila dah empuk kisar isi daging sampai hancur.
1 pkt sos lada hitam (kalau xde pkt pakai je yg jenis botol)
1/2 cawan minyak
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar kicap pekat

cara-caranya:
potong saleri,carrot,bawang holand dan bawang putih nipis-nipis.
tumiskan semua bahan yg dipotong dgn 1/2 cawan minyak.kisar semua bahan yg ditumis sampai halus.ketepikan.tumiskan mentega,masukan tepung gandum kacau jangan sampai hangit.bila tepung berbuih,masukan bahan yang dikisar,isi daging yg terdapat pada tulang,air rebusan tulang,tomato puri,kicap pekat,sos lada hitam,garam,gula,aji secukup rasa.kalau kuah pekat boleh tambah air sikit.


masukan sos lada hitam,kicap pekat dan bahan yg telah dikisar di dlm periuk masak sampai melegak dan rasa garam serta gula secukupnya.
NOTA:Kalau kuah tak habis boleh simpan dlm tempat beku.



resepi ni nanae copy dr blog kak hanieliza.
Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cair

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....

2 ulasan:

Dj Epoi berkata...

Teringin gak Gua nak naik atas Puncak....

Masih cibuk tak hengat lagik nih Gua..

Tunggu arrrrrr reda2 sikit projek Gua kay bawah nih..

ilhamhainy berkata...

nampak cam sedap...resepi lamb chop x de ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...