Spaghetti bolognaise ni,aku masak buat berbuka puasa hari khamis yang lepas.Sebenarnya bukan la aku yang berpuasa tapi mak aku dan Darwis yang puasa sunat.Minuman aku buatkan air teh o lemon panas.
Bahan2:
1 pkt spaghetti 500gm
1 tin kecil preego
1 pkt maggie spaghetti bolognaise
3 sudu besar sos cili
1 ketul kiub ayam
200gm daging kisar ramly
4 btg sosej - dihiris
10 biji meatball - dihiris
3 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang horland - diptg dadu
1 biji tomato - diptg dadu
3 cwn air
cara-caranya:-
-rebus air dlm 2 liter bersama 1 sudu teh garam dan 2 sudu besar minyak masak.Biar sampai air mendidih baru masukkan spaghetti dan kacau sekali-sekala.Bila dah lembut angkat dan toskan.
-Masukan minyak zaitun dan tumis bawang dan buah tomato 1/2 masak.kemudian masukan daging kisar.
-grg daging sampai keperangan.Masukan meatball,sosej,sos preego,sos maggie,air,sos cili,kiub ayam,garam,aji dan gula secukup rasa.kalau pekat tambah la air.
-biar la mendidih dlm 10 minit.masak guna api yg kecil.
-bila dah siap tuang sos bolognaise ke atas spaghetti
-last sekali parut keju parmesan
teh o lemon panas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan