Rabu, Julai 07, 2010

Light blueberry cheese cake

Salam........

Hari ni,aku buatkan blueberry cheese cake khas utk mak aku.Mak aku ni,memang suka sangat makan cheese cake.Boleh la mak makan semasa berbuka puasa nanti.Resepi ni aku ambil dr SINI.resepi ni nanae copy paste dr blog HaSue.Terima kasih sue..


Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya

Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

1 ulasan:

HaSue berkata...

Salam..Thanks kerana mencuba resepi ni yer..gambar yg dah potong xde ke?hehe..lama dah x buat kek ni..baru nak kembali bersilat ke dapo..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...