Isnin, Julai 26, 2010

SEDIH bahagian ke 2

Salam......

Masih lagi terasa berat hati nak tinggalkan fraser.Banyak kenangan manis duk kat sini berbanting yang pahit.Bos aku En.Ishak masih lagi pujuk suruh jangan berhenti,keje la selagi boleh kerja.Ye la sampai bila nak keje dengan orangkan?Bisnes ni kita sendiri yang punya,susah senang kena la tanggung sendiri.

Mungkin sebab baru lg kot,bila dah sibuk esok mungkin dah tak terasa sangat kot.Regular Guest yang selalu datang pun cam tak seronok bila dengar aku dgn darwis nak berhenti.Ye la selama ni,sape-sape yang datang bercuti kat fraser ni aku ngan darwis layan macam family sendiri.Bila dorang lapar tengah malam pun dorang ketuk je bilik aku mintak tolong masakkan maggie.Lepas ni kalau korang datang dah takde sape nak masak kan maggie utk korang lagi dah.Bukan orang je sedih,burung-burung pun sedih sebabnya bila aku beri makan waktu pagi dah berkurangan kat area Jelai.

Bila bab Raya selalu regular guest dtg bercuti kat tempat aku,dorang selalu cakap yang Jelai ni dah macam kampung halamam dorang.Happy duk kat Jelai sebab atas layanan yg diberikan.Lagipun kita org dah macam keluarga dengan regular guest ni.Bila raya ke? chinese new year ke?Depavali ke semua regular guest mesti datang bawakan buah tangan,walaupun darwis cakap x perlu tu semua asalkan datang berkunjung kat Jelai pun dah cukup.Tapi dorang x kisah nak bawa buah tangan utk kita orang.Sampai nak naik pun call tanya nak makan apa?dorang nak belanja.

Aku dan darwis nak ucapkan ribuan terima kasih la kat regular guest birdwatching dr Singapura,thailand dan eropah serta rakyat tempatan yang sudi berkunjung kat Jelai.Semoga tali persahabatan kita tak akan putus.Walaupun aku dah duduk kat Shah Alam jemput la datang ke rumah ye(alamat nanti aku bg sebab belum bawa brg lagi).Aku dan darwis mohon kemaafan kalau ada silap dan salah pada semua.Lepas ni takde la lagi la Salam Dari Puncak mungkin Salam Dari Shah Alam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...