Rabu, Februari 10, 2010

Karipap

Salam.............
Petang tadi nanae buat karipap untuk minum petang.Sebernarnya nanae memang tak pandai buat kuih langsung.Disebabkan dah buat katering ni terpaksa la belajar sikit-sikit.Tu pun belajar dr blog teman-teman cyber.Resepi karipap diambil dari blog saudara Rozzan yang duduk di Singapura nun.Hasil tangan saudara Rozzan memang tak pernah menghampakan.Sekali cuba memang menjadi la punya.Terima kasih ye saudara Rozzan kerana sudi berkongsi resepi anda.Ni blog saudara Rozzan
http://rozzan.blogspot.com/



Kulitnya
1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)na tak letak pun
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 -375 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

Inti Kentang (Daging)
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar (bumbung) rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
(nanae tambah 4 ulas bawang putih)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
*Jika anda inginkan kulit yg lebih garing, kurangkan sukatan tpg by 50 gm dan gantikan dgn 50 gm tepung beras. I did that and the results- not bad, lebih garing.

*Jika menggunakan hirisan/potongan isi ayam, tak perlu direbus dahulu. Setelah rempah garing, dimasukkan sahaja isi ayam tersebut.

*Jika hendak mengunakan udang kering, bolehlah ambil 2-3 sudu makan udang kering lalu direndam dahulu sebelum ditumbuk halus. Masukkan bersama rempah kari semasa hendak ditumis.

*Bila menggoreng, gunakan api yg sederhana agar kulit epok-epok tu lebih licin dan rata. Setiap satu kali menggoreng memakan masa kira-kira 15 -20 minit. Ini akan membuat epok-epok/karipap anda lebih garing dan tidak mudah lembik.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...