Rabu, November 02, 2011

Aku Maafkan Kamu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman semua...

 Apa kena mengena lagu "AKU MAAFKAN KAMU" nyayian malique dan jamal abdillah dengan aku.Sebenarnya adalah beberapa orang hamba allah tu yang banyak sangat sakitkan hati aku,buat fitnah keatas aku sampai nak pecah belahkan rumah tangga aku.Sampaikan nak dijadikan en darwis menantu dia..( sedangkan anak dorang masih sekolah form 5)Katanya aku tak padan dengan en.darwis.(aku tahu la yang en.darwis tu hensem dan aku tak lawa,Tu kan dah jodoh namanya)Memang dorang ni kuang ajar sangat.

Sebenarya citer dia macam ni,hamba allah tu adalah bekas pekerja aku ( dorang ni laki bini). Bila aku balik,mesti laki bini ampu en.darwis katanya aku bagi tahu tak boleh buat itu tak boleh buat ini pada hal aku tak pernah cakap apa pun.Dia hasut en.darwis macam-macam.Nasib baik la en.darwis tak ambil pusing apa yang dorang cakap.Sampai bagi tahu kat kat orang keliling yang dorang ada share dlm bisnes aku.Tak hangin satu badan aku bila dengar macam ni..

Last-last aku suruh en.darwis buang dorang keje....Ingatkan dah kena buang,selesai masalah tapi macam-macam hal dorang buat supaya aku berpisah dengan en.darwis.Sampai aku makan hati tapi bila en darwis cakap kat aku,"awak kena redha sebab semuanya perkara datang dari allah mungkin allah nak duga kita.Banyak kan solat dan berdoa serta awak kena maafkan orang yang sakitkan hati awak baru hati awak tenang" Jadi lagu ni aku tuju pada orang-orang YANG PERNAH sakitkan hati aku....semoga hidup korang tenang selepas AKU MAAFKAN KAMU...



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...