Ahad, Mei 30, 2010

Pine Tree Trail

Denai Pokok Pine dibuka pada lewat 1920an oleh pihak Bristish sebagai jalan untuk sampai ke puncak gunung.Dari puncak gunung ini,dapat dilihat pemandangan kawasan Bukit Fraser dan sekelilingnya,puncaknya
yang hebat dan mengkagumkan.Denai ini berukuran 6 kilometer panjang dan menuju ke puncak Bukit Pokok Pine,dgn ketinggian 1505 meter dari aras laut
.
Conner (1978) telah melaporkan terdapat 5 batang pokok Dacrydium yang telah berusia dan berbentuk seperti tanduk rusa jantan,hanya boleh dijumpai di puncak Bukit Pokok Pine pada tahun 1937.Dipercayai bahawa bukit dan denai ini dinamakan bersemperna dengan kewujudan pokok Dacrydium ini yang mempunyai dedaun berbentuk jarum seperti pokok "pine".Akibat dari peningkatan penebangan hutan yang menyebabkan kenaikan suhu di tanah tinggi ini,pada hari ini hanya sebatang sahaja pokok Dacrydium comosum boleh dilihat di puncak Bukit Pokok Pine.

Holttum (1940) menulis bahawa"Bukit Pokok Pine mempunyai kepelbagaian flora yang amat menakjubkan,dan diharap agar pencinta-pencinta alam semulajadi akan menjaga tumbuhan-tumbuhan ini dengan penuh rasa hormat".Memandangkan Bukit Pokok Pine adalah unik di Bukit Fraser kerana akibat ketinggianya ia menampung tumbuhan hutan pergunungan atas.Oleh itu,para pengembara digalakkan utk memerhatikan perubahan menarik dan ketara kepada jenis tumbuhan2 semasa menaiki bukit ini.Pokok-pokok semakin rendah dan kadang-kadang berpintal serta berbonggol.Akibat daripada kerap diselubungi awan,terdapat tumbuhan lumut-lumut dan paku pakis yang bergantung dipokok dan melitupi lantai hutan keadaan yang dikenali sebagai "Mossy Forest".Tumbuhan seperti orkid,rododendrom dan periuk kera boleh dilihat dengan lebih banyak sekiranya anda mendaki lebih tinggi.

Denai Pokok Pine dikatakan denai yang paling mencabar di Bukit Fraser.Ia mengambil masa 4 jam utk sampai ke puncaknya dlm pergerakan sederhana laju.Denai ini bermula di Banglo 'Admiralty' dan Banglo 'High Pines'.Untuk kembali semula ke permukaan masuk denai ini,anda hanya perlu berpatah balik dr arah anda datang.Harus diingatkan,denai ini lebih sesuai kepada pendaki-pendaki yang telah biasa dan berpengalaman dalam mengembara di hutan.Anda perlu membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi utk berjalan disini.Bertolak awal pagi dan pulang pada awal petang.Anda harus tiba dijalan masuk denai sebelum waktu gelap.Sebagai langkah keselamatan,sila daftar nama anda di Pusat Penerangan Pelancung sebelum dan selepas anda mendaki di denai ini.

Dipetik Dari:Fraser's Hill Treasure Trails       

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...