Jumaat, April 16, 2010

Denai Maxwell

Denai Maxwell ini dinamakan semperna nama Sir George Maxwell,Ketua Setiausaha bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1920 dan beliau amat mengambil berat terhadap pembangunan Bukit Fraser.
Buruh-buruh yang menetap di 'Labour Line'(sekarang tapak Fraser's Pine Resort)membuka denai ini pada akhir tahun 1919.Pembukaan denai ini memberikan mereka laluan ke Banglo Whittington(sekarang rumah Guthrie),dimana mereka mendengar berita tentang Perang Dunia Pertama disitu satu-satunya radio yang dimiliki oleh seorang perlombong British yang menetap dibanglo itu.

Denai ini ditinggalkan apabila kawasan penempatan buruh ini dipindahkan ke Taman Sungai Hijau dan pembinaan Fraser's Pine Resort dimulakan.Ia kemudiannya dibuka semula pada tahun 1993 dan ia merupakan penambahan kepada Denai Bishop di Muar Cottage.Denai ini berukuran lebih kurang 2 kilometer panjang.

Denai ini melalui Banglo Kuantan(dulu dikenali sebagai Banglo Cicely) dan Banglo Jerantut(dulu dikenali  sebagai Rumah Staf),kemudian ia akan membelok ke kanan dibawah Banglo Lodge dan terus menuruni kawasan bukit melalui Fraser's Pine Resort dan berakhir berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil.

Pada cuaca yang baik,dari kawasan tertentu didenai dibawah Banglo Lodge ,kita dapat menyaksikan permandangan indah Lembah Teranun danSempam yang terbentang luas.Di sebelah Timur,kita dapat melihat
kehebatan Banjaran Titiwangsa manakala bukit-bukit  Peninjau yang tersergam hebat menghadap bahagian Tenggara.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...