Khamis, Februari 09, 2012

Jom ke Kedah

Salam...

Masih dalam mode bercuti ke utara..Lepas Penang,kami bertolak pula ke Kedah.Kat Kedah ni sebenarnya nak ke Gunung Jerai.Dalam perjalanan ke Gunung Jerai sempat lagi singgah di Pantai Merdeka Tapi kecewa sangat sebab keadaan air lautnya yang keruh serta ada peniaga dimedan selera yang tak mesra pengguna.Ini pengalaman yang aku kena semasa sedang menjamu selera.Kita orang luar mana la tahu kalau nak pesan makanan mestilah order kat kedai kita duduk.Tak boleh duduk tempat lain order tempat lain.SIAP KENA TEGUR ayat dia lebih kurang macam ni "akak order kat sebelah jadi akak kena dok kat meja sebelah.tak boleh dok kat sini"..Sungguh kurang sopan kan....nak taknak kena la pindah ke kedai sebelah....

GAMBAR DI PANTAI MERDEKA








Lepas makan terus gerak ke Gunung Jerai...


Sampai kat The Regency Jerai Hill resort punya la ramainya orang,nasib baik masih ada bilik kalau tidak kena la turun nampaknya.Bila check up terus sambung tido sampai kemalam..Penat oo.Keluar pi makan kat cafe resort lebih kurang 8.30 malam.Punya la banyak table direservedkan.Ni mesti kena tunggu lama tapi aku paham sebab aku berada dlm bidang yang sama sampai je waiteress terus order mee goreng utk anak,aku punya nasi goreng dan char kuey teow untuk darwis.Yang tak bestnya dah la tunggu sejam lebih baru sampai yang diorder.FB manager letak mee goreng diatas meja mula la aku pandang darwis dan darwis pandang aku mana takye order tak pedas tapi bertabur cili atas mee goreng anak aku.Bila kita tanya kenapa ada cili siap FB manager dengan muka selamba cakap cuma tabur je tak pedas pun.Malas nak bertekak bagi je la budak berdua makan tapi langsung budak berdua tak nak langsung jamah mee katanya pedas.Sampai je orde aku pulak nasi goreng pula hangit.Kesabaran darwis dah mula hilang.Terus panggil Fb manager dan darwis terangkan tentang mee dan juga nasi goreng aku serta minta bungkus je char kuey teow tapi fb mananger dengan muka masam sambil angkat nasi goreng aku tanpa keluar perkataan maaf pun.Kecewa sangat bila dorang pandang kita macam double standard je.macam la kita ni tak berduit.Ye la meja lain makan "Besar" sape la kita yang makan goreng-goreng je..Dah la pelayan dia pergi setiap satu meja untuk tuang plain water tapi langsung tak kemeja aku.Teruk kan dah lah datang dari jauh tapi dilayan macam ni...Nasib baik staff  bahagian yang lain mesra pengguna.Macam dah serik nak datang bermalam kat sini kalau naik pun mungkin tak bermalam kot kat the recency.Jom layan gambar yang sempat diambil disekitar Gunung Jerai.










masa datang kolam belum boleh diguna lagi















Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...