Khamis, September 17, 2009
hari ke 27 berpuasa
Salam........
Hari ni hujan turun dgn lebatnya.Dari tengahhari sampai ke malam.Sejuk sesangat,macam malas nak masak.Ye la dapur kat hujung blok hotel.Hendak x nak kena gak masak.Hari ni na masak ayam bakar sos tiram dan masak lemak pucuk labu dgn kobis untuk santapan berbuka puasa sebentar tadi.
Terasa Sekejap betul masa berlalu pergi.Tinggal 2 hari lagi kita berpuasa dan 2 hari lagi juga kita akan menyambut hari raya aidilfitri.
Na dan suami x dapat cuti raya.Jadi kami beraya kat bukit fraser je la.Mungkin hari raya ketiga baru dapat balik ke kampung johol N9.Anak-anak na dah hantar gi kl umah mak na.Terasa sedih gak x dapat beraya dgn anak-anak tahun ni.Apa-apa pun jom layan resepi ni dulu................
bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibasuh bersih dan tekapkan kain pd ayam utk keringkan air pd ayam.
3 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
secukup garam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu minyak masak
cara-caranya:
lumurkan semua bahan diatas dan didalam bahagian ayam.perap selam 30 minit.
kemudian bakar selama 45 minit - 1jam.Jikalau nak berkuah bila ayam dah separuh masak masukan 2 sudu besar sos tiram dicampurkan dgn 1/2 cawan air.siram keatas ayam.masak sampai ayam masak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan