Sabtu, Januari 21, 2012

ronda-ronda utara part 2

Salam..
Jom kita sambung kisah semalam..

Lepas check in terus cari satu tempat ni.Orang kata kalau berkunjung ke ipoh tak sah kalau tak singgah tempat ni.Apa benda tu...he.he.he nak sebut pun malu.Ok la aku bagi tahu sebenarnya aku dah lama dah terigin nak pi makan nasi Ganja ni.Opps jangan salah sangka bukan depa letak ganja dalam nasi tu cuma dipanggil sebegitu sebabnya bila makan orang macam ketagih nak makan lagi.Nasi ganja sebernarnya adalah nasi kandar ayam merah.
Kedai ni terletak didalam didalam sebuah kedai cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan yang terletak di Jalan Yong Kalsom.Jangan risau kedai cina ni hanya menjual minuman serta roti bakar.Kedai ni berhampiran dengan balai polis pekan baru.Sampai je..dah nampak orang beratur panjang.
Disebabkan teringin nak mencuba beratur pun takpe.Rasanya sama dengan rasa nasi kandar yang lain dan disertakan bersama sambal kelapa.memang marvelous.Tu pun ikut tekak masing-masing la.Malas nak citer panjang nanti ada yang terliur pulak.Jadi korang kena pi Ipoh untuk mencuba sendiri.Sedap @ Tidak.











 

ronda-ronda utara part 1.

Salam...
Sempena cuti tahun baru cina,kilang memberi cuti selama 9 hari.Tanpa perancangan nak kemana,kami berdua gamble je menuju ke utara tanpa membuat sebarang tempahan hotel pun.Bertolak pagi tadi dari shah alam jam 4.30pagi dan tiba di Tambun jam 7pagi.Punya la slow banyak sangat kereta.Sampai di Tambun aku bagi tahu darwis apa kata kita gi Lost world of Tambun boleh gak budak berdua ni main air.Darwis ok je.Sampai kat sunway the world hotel lak penuh.
Jadi kita orang buat keputusan cari hotel di Ipoh takde la jauh dr tambun kurang dari 20minit je.Cari punya cari jumpa la yang berkenan dihati.Ritz Garden Hotel yang terletak di no 86 & 88,Jalan Yang  Kalsom,30250 Ipoh.Kami ambil premier room,Bilik dia besar dan cantik,fasility yang ada swimming pool,gym,cinema dan macam-macam lagi  yang ada.Bukan takat bilik je ada apartment pun ada.

Jom layan gambar yang sempat diambil,





masuk je bilik terus berendam dlm tub

Gambar dibawah ni diambil laman web Ritz garden hotel

Swimming Pool
swimming pool

Gym Center
gym

Movie Room
cinema 

Health Reflexology Center
Health Reflexology Center






Isnin, Januari 09, 2012

Alhamdulillah penyakit hidung berdarah darwis beransur baik.

ehsan dari google
Salam..
Hari ni nanae cuma nak cite tentang satu produk yang darwis guna untuk mengatasi masalah hidungnya yang selalu berdarah.Puas dah berubat baik secara moden dan tradisional.Masalahnya bila cuaca panas dan berabuk mula la darwis mula start bersin x berhenti-henti kemudian mula la darah mengalir keluar dari hidung kalau teruk sangat pernah darwis jatuh pengsan.Darwis takde masalah resdung cuma alah dengan habuk dan cuaca panas.Kadang-kadang darwis dah give up nak cuba macam-macam ubat,petua serta kena minum air yang banyak tapi masih lagi takde perubahan.Masa tengah jenguk blog kjee terbaca la satu produk yang kjee telah guna.Mula-mula citer kat darwis tapi darwis macam tak berminat walaupun aku citer panjang lebar.Dalam hati terdetik walaupun darwis tak nak tetap aku belikan juga.Aku apa lagi mula call kjee nak beli produk tersebut.Bila dah beli tu nak taknak darwis kena la juga makan sebab nak jaga hati aku.Akhirnya belum pun habis 1 botol,aku dah nampak perubahan ketara pada darwis,sebabnya dia dah jarang bersin walaupun cuaca panas dan berabuk.
Hari ni duniadaridapur kjee ada keluarkan kisah darwis sebagai testimoni.Produk tersebut adalah TF plus advanced yang berharga rm 232(harga ahli).Produk TF plus advanced ni boleh gak  utk penyakit lelah,resdung,kanser.DLL Sape-sape nak order boleh la call aku 0123980569.aku kira harga ahli je.




Sabtu, Disember 31, 2011

Selamat Datang 2012


Salam....

Selamat menyambut tahun baru 2012 buat teman-teman semua.Semoga kedatangan tahun 2012 membawa satu sinar baru buat anda semua.

Rabu, Disember 07, 2011

KUALA LUMPUR-TAWAU-TARAKAN

Salam...

Syukur alhamdullillah atas kepulangan kedua anak-anakku Qisthina dan Umairah dari Tarakan Indonesia yang terletak wilayah utara kalimantan timur pada 6.12.11.Fligh dari tawau kul 9.35 malam dan tiba di LCCT pada kul 12mlm.Sebenarnya risau gak sebab ditawau mengalami gegaran disebabkan kejadian gempa bumi di indonesia serta lautan yang bergelora.Mana tak risau kena naik feri lebih kurang dalam 3 jam nak ke Tawau.Syukur alhamdullilah semuanya selamat sampai.

Meh aku citer skit pasal tarakan.Tarakan merupakan sebuah pulau yang terletak di wilayah utara kalimantan timur.Nak ke tarakan boleh naik feri dari tawau ke tarakan.Perjalan diambil lebih kurang 3jam utk sampai ke kesana.Jom layan gambar yang sempat diambil.Sorry gambar kurang memuaskan.Tukang ambil gambar malas nak ambil gambar   

 tengah sarapan pagi kat kedai bapak aku


 Umairah dengan makcik aku


 bapak dan emak aku

 Bapak dengan adik aku badriz (blaja kat unisel)

 Bergambar bersama pekerja bapak aku (yg berdiri dibelakang)








Isnin, November 21, 2011

Buku merah?

Assalamualaikum...



Buku merah? Apa tu? Pasport la.Qisthina panggil buku merah.Kenapa citer pasal pasport nak gi jalan-jalan ye..
Yang nak pi jalan-jalan anak-anak bukan  mak dan pak budak.Sedih tak dapat nak join depa pi bercuti kat indon lebih 2 minggu.Hu..hu..hu..Sebenarnya suka dapat berdua dgn darwis.


Budak berdua pi bercuti dengan nenek mak depa.Mak aku la.Pi tarakhan indonesia.Bapak aku dok kat situ berniaga.SILA KLIK SINI.



Sedih tak dapat hantar depa pi LCCT.Fligh esok pagi.Depa naik teksi dr umah mak aku kat sentosa.Mudah-mudahan perjalanan depa selamat pergi dan balik la hendaknya.Amin..

Bila Umairah berambut pendek

Assalamualaikum.......
Macam lelaki la pulak bila rambut umairah digunting pendek..Darwis punya la marah dengan aku bila aku bawak  umairah gi gunting rambut.Aku ingatkan cuma nak potong bahagian depan sebab rambutnya dah tutup mata tapi bila sampai je kat kedai umairah nak potong macam kak yong dia.Nak tak nak,aku ikut je la.Aku terangkan kat darwis elok jugak potong pendek sebab nanti masa kat indon cuaca panas takde la si umairah tak selesa lagi pun bukan sekejap nak duk kat indon 2 minggu la jugak.Nasib baik darwis tak marah-marah lagi.







Khamis, November 17, 2011

happy besday



Assalamualaikum...

Hari ni 17.11.11 merupakan besday darwis yang ke 32.Happy besday sayang.Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan mencari rezeki.Amim..



Khamis, November 10, 2011

Udang galah goreng bersos




Assalamualaikum dan salam sejahtera.......

Hari ni nak tayang lauk udang galah yang  nanae masak masa nak balik kampung masa raya aritu.Terukkan dah lama baru nak  updet.Ada sape-sape yang tergoda tengok udang galah yang nanae masak.Sila angkat tangan..hi..hi..hi...Berat dalam 2kg,udangnye adalah dalam 9ekor.Berat kepala 

Bahan-bahan:
2kg udang galah saiz XL
6 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang holand dicincang
2 batang serai diketuk
8 btg ciliapi diketuk
2 helai daun limau purut dihiris
1 tangkai daun sop dihiris halus
1 biji telur
1 cawan sos cili maggie

Cara-caranya:

  1. Udang dibersihkan,gunting kepala dan ekor sikit serta belah belakang.toskan 
  2. Panaskan minyak.Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.Goreng sampai warna udang bertukar jadi merah.Angkat dan toskan minyaknya.
  3. Tumiskan bawang putih sampai kekuningan.guna minyak yg goreng udg tadi dalam 4 sudu besar.Bila bawang dah kuning masukan,bawang,serai,cili api dan daun limau,sos cili serta cili kisar tumis sampai pecah minyak.(Guna api pelahan)
  4. Bila dah pecah minyak masukan air dalam 1 cawan. masukan telur(dikacau dulu) dan kacau bagi sebati.Masukan garam gula dan aji secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukan udang dan daun sop.Gaul sebati.

Rabu, November 09, 2011

puteri ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Hari ni,nanae nak berkongsi resepi puteri ayu.Lama dah buat tapi baru hari ni dapat postkan entry.Sibuk skit.Resepi ni nanae ambil dari intenet tapi dah tak ingat dr blog mana.Buat tuan punya resepi nanae mintak dihalalkan resepinya ye..
P/s: resepi puteri ayu ni dapat banyak. kalau takat nak buat dalam 30 biji buat separuh je dari adunan tersebut.





Bahan-bahannya:
4 cawan tpg gandum
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur (nanae guna gred B)
 1 1/2 cawan santan (nanae guna 1cwn santan pekat cap ayam brand ditambah 1/2 cawan air)
 1 sudu besar ovellette
 1 sudu besar baking powder
 1 sudu teh pewarna hijau

 cara-caranya:

1.panaskan kukusan.
2.Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 4.Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5.Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

inti kelapa: 1 biji kelapa parut putih 1 sudu teh garam 1 sudu besar tepung ubi
                 (gaulkan bahan diatas dan kukus selama 5 minit)

Rabu, November 02, 2011

Aku Maafkan Kamu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman semua...

 Apa kena mengena lagu "AKU MAAFKAN KAMU" nyayian malique dan jamal abdillah dengan aku.Sebenarnya adalah beberapa orang hamba allah tu yang banyak sangat sakitkan hati aku,buat fitnah keatas aku sampai nak pecah belahkan rumah tangga aku.Sampaikan nak dijadikan en darwis menantu dia..( sedangkan anak dorang masih sekolah form 5)Katanya aku tak padan dengan en.darwis.(aku tahu la yang en.darwis tu hensem dan aku tak lawa,Tu kan dah jodoh namanya)Memang dorang ni kuang ajar sangat.

Sebenarya citer dia macam ni,hamba allah tu adalah bekas pekerja aku ( dorang ni laki bini). Bila aku balik,mesti laki bini ampu en.darwis katanya aku bagi tahu tak boleh buat itu tak boleh buat ini pada hal aku tak pernah cakap apa pun.Dia hasut en.darwis macam-macam.Nasib baik la en.darwis tak ambil pusing apa yang dorang cakap.Sampai bagi tahu kat kat orang keliling yang dorang ada share dlm bisnes aku.Tak hangin satu badan aku bila dengar macam ni..

Last-last aku suruh en.darwis buang dorang keje....Ingatkan dah kena buang,selesai masalah tapi macam-macam hal dorang buat supaya aku berpisah dengan en.darwis.Sampai aku makan hati tapi bila en darwis cakap kat aku,"awak kena redha sebab semuanya perkara datang dari allah mungkin allah nak duga kita.Banyak kan solat dan berdoa serta awak kena maafkan orang yang sakitkan hati awak baru hati awak tenang" Jadi lagu ni aku tuju pada orang-orang YANG PERNAH sakitkan hati aku....semoga hidup korang tenang selepas AKU MAAFKAN KAMU...



Rabu, Oktober 26, 2011

Pengorbanan seorang isteri




Assalamualaikum........

Aku tertarik dengan foto diatas.Sebagai seorang isteri.... sangup ke anda..



Ahad, Oktober 16, 2011

Kek Karemel

assalamualaikum.....

Alhamdullilah... akhirnya berjaya gak nanae buat kek yang tengah femes ni.Masuk mana-mana blog mesti ada yang tayang kek karemel ni.Nanae nak ucapkan ribuan terima kasih buat Kak Azlita dari blog http://fromintankitchen.blogspot.com/ kerana sudi berkongsi cara-cara membuatnya.Memang marvelous kek karamel ni.Seronok sangat dapat buat untuk en darwis.Sebenarnya en darwis suka sangat makan puding karemel bila dipekenalkan dengan kek karemal terus en darwis jatuh hati.Buat teman-teman rugi kalau tak cuba.Memang sedap..lembut je keknya apabila masuk ke mulut..

 Minta dihalalkan resepinya ya.Kak Azlita.Pada teman-teman yang ingin dapatkan resepi dan cara-caranya sila KESINI .






P/S: Kek karemel ni manis.Buat teman-teman yang tak berapa suka manis,Boleh la kurangkan gula ke 50gm.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...