Memaparkan catatan dengan label hari raya aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya aidilfitri. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 20, 2009

kunjungan ke rumah terbuka Dj epoi

Salam............

Sabtu 17.10.09 Na ,suami(darwis) dan anak-anak telah serbu ke majlis rumah terbuka Dj EPoi dan Kak syabar di Desa Bukit Cahaya Cheras.Susah juga nak mencari umah kak syabar ni.Nasib baik adik kepada Dj Epoi datang menjemput kami di Nyonya Kopitiam.Kalau tak parah gak nak mencari sebab memang tak jumpa signboard desa bukit cahaya.Apa-apa pun Na dan suami ucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang diberikan.Jom layan gambar-gambar ni dulu................ye..





Bersama Dj Epoi dan Isteri Suked

Bersama Kak Syabar

Rabu, September 30, 2009

cerita raya 3

Salam............

Hari ni Na dan anak-anak ikut suami menghadiri jamuan hari raya anjuran perbadanan kemajuan bukit fraser di hotel puncak inn.Jamuan berlansung jam 9pg tadi.Jom layan dulu gambar-gambar yang sempat diambil.







cerita hari raya 2

salam.......

Na,suami,anak-anak dan lan(staf) baru balik menghadiri majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran ahli jawatankuasa surau taman sungai hijau bukit fraser.Layan la dulu gambar-gambar ni ye.....






cerita raya


gambar keluarga bersama ayah,mak mentua,adik ipar fini,abg & kakak ipar(along&ika,angah&ida) serta anak-anak buah.

Salam dan selamat hari raya.......

22.09.09
Na dan suami bertolak dr fraser pukul 8pg utk pulang ke kg.Sampai kat KL dlm kul 11.30pg terus gi umah mak di Sri Sentosa jln klang lama untuk ambil anak-anak.Bila je sampai aina qisthina dan aina umairah punya la seronok bila jumpa kami berdua.adegan peluk memeluk pun bermula.Ingat nak bertolak terus ke kampung tapi mak na suruh makan dulu senang nanti tak payah berhenti cari tempat makan.terima kasih la mak sebab dah sediakan makanan tengahhari utk kami.Lepas makan terus bertolak ke kg,dlm perjalanan adik ipar na,fini tipon suruh singgah di senawang umah mak su shidah(makcik suami) buat open house.Jumpa la ayah,mak mentua dan ipar2 na kat umah maksu shidah.Lepas makan konvoi balik ke kg dgn 2 buah kereta.

23.09.09 - 24.09.09
Mula la episod jalan-jalan raya.kami berkonvoi pergi umah sedara-mara.Dari tengahhari sampai ke malam kami berjalan raya.Penat tapi seronok.Ye la setahun sekali dapat berjumpa sedara mara.Gambar Na lupa nak ambil ye la bila dah jumpa tu paham-paham je la.Ada je benda yang nak dibualkan.

25.09.09

Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com


Sedih sebab dah nak balik ke fraser.Sekejap je rasa dah nak habis cuti.Lepas asar kami sekeluarga mula bertolak ke kl.Na ingat terus balik ke fraser rupanya suami singgah di rumah mak Na kat kl utk buat suprise birthday Na.Suami dan adik-adik Na belanja Na makan.Terima kasih la buat semua walaupun takde cake(dorang tahu Na tak makan cake tu sebab tak beli).

Khamis, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






salam.........

Nanae & Darwis serta anak-anak Nur Aina Qisthina & Nur Aina Umairah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.Buat Keluarga yang tersayang, saudara mara,teman-teman dialam cyber catlina,soda hikari,cik mat gebu,kak ct,LG,cik min,kak asma,kak hanieliza,maklang,laman bkk,al qowareer,lavendar harum,kak ton dan dj epoi serta pengunjung blog ni.

Nanae ingin memohon maaf jikalau didalam blog ni,nanae ada tersalah kata.Nanae doa kan kepada semua yang ingin pulang ke kampung semoga selamat tiba.

Buat kepada pengunjung blog sila la ambil kad ni dan gantung la dirumah teman-teman ye...

Semoga lebaran ini disambut dengan gembira disamping orang tersayang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...