Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Khamis, April 22, 2010

kari ayam simple

Salam.............

Hari ni,aku masak kari ayam,wantan goreng(beli yg frozen tinggal nak goreng je) dan sayur pak choy tumis bawang putih.Memandangkan bahan penumis serta daun kari kehabisan stok,Aku masak kari ayam yang paling simple tanpa bahan-bahan tersebut.Kari ayam merupakan kegemaran anak-anakku tapi tidak buat suamiku.Darwis memang tak berapa suka sangat dengan kari-kari ni.Nak tak nak kena juga makan nak sedapkan hati aku.Sebenarnya,darwis hanya ambil ayam utk gantikan kuah darwis makan dengan kicap(kicap ni memang peberet darwis).Jom la layan resepi ni dulu,sebelum aku melalut ntah apa-apa ntah......


Bahan-bahan:
6 ketul ayam
1 peket kecil rempah kari daging Faizah-dibancuh dgn 3 sudu besar air.
1 biji bawang merah #
5 ulas bawang putih # ditumbuk
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugor yg kecil
1/2 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji tomoto yg jenis kecil - dibelah dua
6 biji cili api

Cara-caranya:
Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris sampai kekuningan.Masukan rempah kari dan bahan yg bertanda #.(masak guna api yang kecil takut rempah hangit)masak sampai pecah minyak.Bila dah pecah minyak,masukan air 1 cawan,ayam,asam keping,garam,gula dan aji secukupnya.Masak sampai ayam empuk.Bila kuah dah mendidih baru masukan santan pekat dan buah tomato serta cili api.biar mendidih seketika baru tutupkan api.

wantan goreng

Rabu, Oktober 28, 2009

Ayam masak siam

Salam...........

Hari ni nanae masak ayam masak siam dan sayur kacang buncis.nanae pun tak tahu cam mana leh dapat nama ayam masak siam.Ni resepi turun temurun dr keluarga nenek yg duk kat utara nun.Kadang-kadang cara masak sama tp nama lain-lain.
Jom layan resepi ni dulu ye............



bahan-bahan:
6 ketul ayam
1 batang serai-dititik
2 tangkai cili merah #
8 tangkai cili api#
2 ulas bawang putih #
1 biji bawang merah#
2 biji buah keras# dikisar
serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
1 biji besar kentang-diptg 6

cara-caranya:
-tumis serai sampai naik bau.masukan bahan# yg dikisar dan kentang masak sampai pecah minyak.
-baru masukan ayam,air,asam keping,garam dan aji secukupnya.
-bila ayam dah masak baru masukan santan.masak sampai mendidih.baru tutupkan api

Khamis, September 17, 2009

hari ke 27 berpuasa



Salam........

Hari ni hujan turun dgn lebatnya.Dari tengahhari sampai ke malam.Sejuk sesangat,macam malas nak masak.Ye la dapur kat hujung blok hotel.Hendak x nak kena gak masak.Hari ni na masak ayam bakar sos tiram dan masak lemak pucuk labu dgn kobis untuk santapan berbuka puasa sebentar tadi.

Terasa Sekejap betul masa berlalu pergi.Tinggal 2 hari lagi kita berpuasa dan 2 hari lagi juga kita akan menyambut hari raya aidilfitri.

Na dan suami x dapat cuti raya.Jadi kami beraya kat bukit fraser je la.Mungkin hari raya ketiga baru dapat balik ke kampung johol N9.Anak-anak na dah hantar gi kl umah mak na.Terasa sedih gak x dapat beraya dgn anak-anak tahun ni.Apa-apa pun jom layan resepi ni dulu................




bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibasuh bersih dan tekapkan kain pd ayam utk keringkan air pd ayam.
3 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
secukup garam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu minyak masak

cara-caranya:
lumurkan semua bahan diatas dan didalam bahagian ayam.perap selam 30 minit.
kemudian bakar selama 45 minit - 1jam.Jikalau nak berkuah bila ayam dah separuh masak masukan 2 sudu besar sos tiram dicampurkan dgn 1/2 cawan air.siram keatas ayam.masak sampai ayam masak.

Isnin, Ogos 31, 2009

hari ke 9 dan 10 berpuasa

Salam..........

Laju sungguh rasanya masa berlalu.Sekejap dah masuk hari ke sepuluh kita berpuasa.Tinggal 20 hari je lagi kita nak kejar utk melakukan sebanyak-banyak amalan yg mulia dibulan puasa ni.Hari ke 9 na tak masak.lepas kul 6 kami turun pergi beli barang dapur dan barang2 budak.Jadi berbuka puasa kat luar la.Lauk dibawah na masak pada hari ke 10 puasa.Na masak ayam percik,taugeh masak lemak dan mee hailam.Tu la menu yang simple dan senang dimasak.Mesti ramai terfikir bila masuk sini je asyik-asyik lauk yang simple dan lauk tu semua orang boleh masak.Na nak tegaskan pertama kali na buat blog ni untuk teman na seorg tu yg tak pandai memasak.(bukan la na ni pakar memasak utk makan sendiri boleh la)kesian kat teman ni,dia asyik tipon na mintak resepi,dah la kat fraser ni bila hujan je line tipon problem skit.Lain yg kita cakap lain yg dia dengar.last-last dia cakap kat na ko buat blog la senang aku nak nak paste ko punya resepi.Tapi resepi yang senang skit la ko masak.Tu la kat sini hanya ada resepi yang simple-simple je.Buat teman na selamat menjamu selera la ye.........



bahan-bahan
6 ketul ayam
3 batang serai*
1 biji bawang merah*
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
8 biji ciliapi*nak pedas letak lebih
1 sudu besar lada hitam*kisar bahan yg bertanda* sampai halus
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 keping asam keping

cara-caranya:
rebus ayam dicampurkan 2 inci halia kedalam periuk bersama sedikit garam.rebus ayam setengah masak.tumiskan bahan yg dikisar sampai naik bau.baru masukan air,santan pekat,asam keping dan garam,gula seta aji secukup rasa.masukan ayam yg telah direbus kedlm kuah,masak sampai kuah melegak.tutupkan api.
keluarkan ayam dr kuah dan bakar ayam diatas dapur arang.terbalik-balikkan ayam supaya ayam benar-benar masak.bila dah kesemua ayam masak siram la kuah yg lebih keatas ayam.


bahan-bahan
100gm taugeh
1/2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris (na guna cili hijau je)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 keping tauhu diptg 6

cara-caranya:
masukan bahan diatas,garam,aji dan gula secukup rasa.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Rabu, Ogos 26, 2009

Hari ke 3,4 , 5 dan 6 ramadhan

Salam.............

Dah masuk hari ke 6 umat islam berpuasa.Terasa sekejap je masa berlalu.Hari ke 3 berpuasa Na tak masak sebab Na turun gi ke kl umah mak,berbuka disana.Hari ke 4 pula Na masak ayam masak merah,dalca ayam dan papadom goreng.Makan dengan nasi putih je.
Untuk hari ke 5 Na merdeka lagi sebab tak payah masak,turun ke raub berbuka dirumah atuk angkat Na.Untuk petang ni belom fikir nak masak apa.Mungkin nak masak nasi goreng kot sebab angin malas dah datang melanda.Mungkin buat kuih skit kot.Tengok la petang nanti apa yang jadi.

Apa-apa pun Na nak ucapkan selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera.




bahan-bahan ayam masak merah
6 ketul ayam diperap dgn garam serta kunyit serbuk
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang merah*
3 batang serai*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*dikisar halus
1 batang serai dititik

cara-caranya:
gorengkan ayam sampai masak.jangan sampai terlampau garing.ketepikan.tumiskan serai yg dititik sampai kekuningan,baru cili kering dengan bahan yg telah dikisar,sos tomato,cili dan sos tiram tadi masak sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukan ayam dan air skit,garam,gula secukup rasa.kacau sebentar,baru tutupkan api.

Bahan-bahan dalca.
1 genggam kacang dhal direndam kemudian direbus sampai empuk
3 ketul ayam dipoyong kecil
1/2 biji carrot, 2 biji kentang,1 biji terung bulat,3 tangkai kacang panjang,
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 peket kecil rempah kari daging babas
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 tangkai daun kari*
dikisar halus
1/2 biji bawang merah dihiris nipis#
2 ulas bawang putih dihiris nipis#
1 tangkai daun kari#
1 batang kulit kayu manis#
2 kuntum bunga lawang#
2 kuntun bunga cengkih#
2 biji buah pelaga#bahan penumis
3 biji cili hijau dibuang tangkai dibelah 2

cara-caranya:
tumiskan kesemua bahan yang bertanda # sampai kekuningan.baru masukan rempah kari,serbuk kunyit,cili kering dan
bahan yang dikisar masak sampai pecah minyak.masukan 2 cawan air,kacang dhal,carrot,terung dan ubi kentang.masak sampai semua sayur empuk.bila dah empuk masukan ayam, kacang panjang,garam,gula secukup rasa,asam keping,santan pekat,masak sampai mendidih.akhir sekali masukan cili hijau barututupkan api.



Sabtu, Ogos 22, 2009

Hari pertama berpuasa


Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com



Salam..........

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kpd keluarga,sedara mara dan teman2 di alam cyber.
Hari pertama berpuasa,cuaca kat sini tersangat la sejuk.Kabus dr tengahhari sampai la skarang still ada lagi.Na betul2 x tahan kalau cuaca terlalu sejuk sangat.Terasa jari jemariku macam nak beku rasanya.Terpaksa berstokin dan berselimut tebal.Ni na rasa mengigil sesangat.Percaya tak na pakai berlapis baju utk hilangkan sejuk tp still terasa sejuk lagi.Tu yg malas nak keluar ke masjid,buat solat terawih kat umah je.

Hari ni na masak ayam masak tango,acar timun,nasi beriani dan sardin roll utk berbuka puasa.Resepi ni na ambil dr majalah saji.Kalau kat bawah boleh minum pelbagai jenis air sejuk kat sini terpaksa buat air panas.hu...huu. .Tapi na x dapat nak siarkan resepinya sebab dah tak tahan sejuk.Bila ada masa nanti na n3 kan resepinya.




Isnin, Ogos 10, 2009

ayam goreng berempah & masak lemak pucuk ubi




salam..........

Hari ni nasib baik mood nak masak dtg balik.Kalau x jenuh asyik nak beli nasi bungkus.Jadi tengahhari ni na masak ayam goreng berempah dan masak lemak pucuk ubi.Punya la selera suami dan anak-anak na berdua tu makan nasi sambil ratah ayam goreng.Habis la ayam yg na goreng tadi.

Apa-apa jom jemput makan.........

bahan-bahan ayam goreng berempah:
1/2 ekor ayam dipotong 6 digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
1/2 biji bawang merah*
3 btg serai*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu besar serbuk kari*
1 tangkai daun kari*(kisar halus semua bahan yg bertanda*)

cara-caranya
perap ayam dgn bahan yg telah dikisar selama 30 minit.
kemudian goreng.

bahan-bahan masak lemak pucuk ubi:
1/2 ikat pucuk ubi (direbus sampai empuk)
10 tangkai cili api*
1 biji bawang merah*(kisar bahan yg bertanda*sampai halus)
2 sudu besar tauchu kasar
1 gengam ikan bilis kopek
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
2 cawan air
2 cawan santan pekat

cara-caranya:
masuk semua bahan yg dikisar,pucuk ubi,tauchu,ikan bilis,serbuk kunyit dan 2 cawan air kedalam periuk.masak sampai melegak.bila dah melegak masukan asam keping,garam secukup rasa dan santan pekat.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Selasa, Ogos 04, 2009

ayam goreng kunyit


salam...............
Tengahhari tadi kami sekeluarga gi makan kat raub suami blanja.x dpt nak updet gambar cos tertinggal kamera.jadi utk makan malam ni kena la masak. na masak lauk ayam goreng kunyit je.jom layan resepi ni dulu ye..........

bahan-bahan
3 ketul ayam dipotong kecil dan digaul dgn garam serta kunyit serbuk.
1 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar minyak masak.
1 biji bawang holand dipotong bulat.
skit kacang panjang dan carrot.
1 biji cili merah dipotong menyerong.
6 biji cili api diketuk.(nak pedas boleh letak lebih)

cara-caranya:
goreng ayam dgn minyak sampai masak.bila ayam dah masak masukan sos tiram,kacang panjang,carrot dan garam secukup rasa.kacau sekejap baru masukan bawang,cili merah dan cili api.biar kan selama 3 minit baru tutupkan api.

Jumaat, Jun 26, 2009

ayam halia



bahan-bahan
300g isi ayam diptg nipis
2 inci halia diricik halus
2 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji bawang holand diptg nipis
4 biji cili api diketuk
2 biji cili merah dihiris menyerong
2 tangkai daum bawang
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan

cara-caranya:
tumis bawang putih dan halia sampai garing.bila dah garing masukan isi ayam.biar sampai isi ayam masak.bila dah masak baru masukan tpg jagung,lada sulah,bawang,cili api,cili merah,air skit,garam dan gula secukup rasa.
bila dah masak tutupkan api,baru masukan daun bawang dan minyak bijan.

Khamis, Jun 11, 2009

Ayam masak kurma




SALAM
Hari ni na masak ayam kurma untuk santapan tengahhari tadi.
harap sudi la mencubanya ye...

bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 14
rempah kurma adabi 2pkt kecil
5 biji kentang dibelah 4 (nak letak lebih pun boleh)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
bahan penumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1/2 bji bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 helai daun pandan disimpulkan
bahan utk hiasan:
cili merah @ cili hijau dibelah 2

cara-caranya:
tumiskan semua bahan penumis hingga kekuningan.masukan rempah yg dikisar bersama bawang merah,bawang putih dan halia.
biar sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukkan ayam dan kentang serta santan cair.
bila ayam dan kentang sudah empuk masukan asam keping,santan pekat,garam,gula
secukup rasa.
tutupkan api baru masukan bahan utk hiasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...