Jom kita sambung kisah semalam..
Lepas check in terus cari satu tempat ni.Orang kata kalau berkunjung ke ipoh tak sah kalau tak singgah tempat ni.Apa benda tu...he.he.he nak sebut pun malu.Ok la aku bagi tahu sebenarnya aku dah lama dah terigin nak pi makan nasi Ganja ni.Opps jangan salah sangka bukan depa letak ganja dalam nasi tu cuma dipanggil sebegitu sebabnya bila makan orang macam ketagih nak makan lagi.Nasi ganja sebernarnya adalah nasi kandar ayam merah.
Kedai ni terletak didalam didalam sebuah kedai cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan yang terletak di Jalan Yong Kalsom.Jangan risau kedai cina ni hanya menjual minuman serta roti bakar.Kedai ni berhampiran dengan balai polis pekan baru.Sampai je..dah nampak orang beratur panjang.
Disebabkan teringin nak mencuba beratur pun takpe.Rasanya sama dengan rasa nasi kandar yang lain dan disertakan bersama sambal kelapa.memang marvelous.Tu pun ikut tekak masing-masing la.Malas nak citer panjang nanti ada yang terliur pulak.Jadi korang kena pi Ipoh untuk mencuba sendiri.Sedap @ Tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan