Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 08, 2011

Kari tulang kambing

Assalamualaikum....

Sebenarnya dah lama adik en.darwis,fini mintak nanae tolong masakan tulang kaki kambing.Pagi tadi baru berkesempatan nak masak.Teruk betul kakak ipar dia ni kan...hi..hi..
Tulang kaki kambing tu Nanae masak kari  je..Jom la layan resepinya..


Bahan-bahanya:
(Bhn A-utk penumis)
1/2  biji bawang holand (bwg kuning)-dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus seperti btg mancis
4 sekawan (1 btg kulit kayu manis,3 kuntum bunga lawang,4biji buah pelaga,4 biji bunga cengkih)
2 tangkai daun kari

Bahan B:
1 Kilo tulang kambing @ daging - direbus sampai empuk dan dibuang air rebusan nya.Kemudian diperap dengan bahan di bawah selama 30 minit :
2 peket serbuk kari kecil kari daging babas
2 sudu besar cili boh (kalau nak pedas letak la lebih)
1 sudu besar serbuk sup adabi
2 biji bawang holand - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 tangkai daun kari - dikisar
(bahan tersebut dikisar dengan 1 cawan air)

Bahan C
3 biji kentang - diptg 4

Bahan D:
1 keping asam keping yang besar @ ikut suka masam
200ml santan pekat
800ml air

Cara-caranya:

  1. Panaskan  1/2 cawan minyak.tumiskan bahan A sampai kekuningan.
  2. Masukan bahan B dan bahan C.Kecilkan api biar masak sampai pecah minyak @ kentang empuk.
  3. Bila dah pecah minyak.Besarkan api,masukan 800ml air serta asam keping,garam,gula,aji secukup rasa.
  4. Bila kuah dah melegak masukan santan pekat.Biar kuah melegak sekejap.Baru tutupkan api    

Sabtu, Ogos 29, 2009

hari ke 8 berpuasa




salam............

Hari ni Na masak daging goreng kunyit,sambal sardin dan cekodok tepung.Hari ni Na tak masak sayur langsung.sebab stok sayur dah habis.Nak beli kat kedai pun memang xde stok dah berapa hari tuan kedai tak turun beli barang.Tu yang susah duk kat fraser ni.Apa nak buat dah kena keja kat sini.Tak baik kan nak merungut dah rezeki kat sini.



Bahan-bahan
200g batang pinang-diptg nipis dan diperap dgn garam dan serbuk kunyit
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang holand dipotong bulat
1 biji cili merah diptg menyerong
5 biji cili api diketuk
2 ulas bawang putih diketuk

cara-caranya:
Tumiskan bawang putih sampai kekuningan.masukan daging dan gorengkan daging sampai masak,bila dah masak masukan sos tiram,garam secukup rasa dan air (skit sahaja hanya utk bagi berkuah)kacau bagi sebati baru masukan bawang,cili merah dan cili api




Jumaat, Ogos 28, 2009

Hari ke 7 ramadhan



salam.........

Dah seminggu kita berpuasa.Sekejap saja masa berlalu.Hari ni na masak daging masak lemak cili api dan telur masak kicap.Masak yang simple-simple je.biasa la kalau dah penyakit "M" datang melanda.Lagi pun stok lauk dah habis.nak turun beli barang dapur tak dapat turun sebab 2 orang staff bercuti.tinggal na dan suami je yang bertugas sampai hari isnin.Apa nak buat kat sini cuma ada 4 orang pekerja saja.cuti bergilir-gilir la.



bahan-bahan
300gm daging direbus sampai empuk
1 biji bawang merah*
12 biji ciliapi*dikisar
3 biji ubi kentang dibelah 4
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 cawan air rebusan daging
1 sudu teh serbuk kunyit

cara-carnya:
masukan bahan yg telah dikisar,kentang dan air rebusan daging ke dalam periuk.masak sampai ubi kentang empuk.bila dah kentang empuk masukan daging,serbuk kunyit,garam,aji secukup rasa,santan pekat dan asam keping.masak sampai mendidih.
masak gunakan api perlahan,takut santan pecah minyak.

Rabu, Ogos 12, 2009

Paprik daging


salam.............

Tengahhari tadi na cuma masak paprik daging dan ayam goreng berempah utk makan tengahhari tadi.La x kan ayam goreng berempah lagi kot.Ni request dr suami na sebab semalam x puas makan.jadi tu yg masak lagi tu.Jom layan...........

bahan-bahan
200gm daging direbus sampai empuk,kemudian dihiris nipis
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh tpg jagung dibancuh dgn air
1 cawan air
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang holand diptg bulat
4 helai daun limau
8 tangkai cili api diketuk
2 tangkai cili merah diptg menyerong
sayur-kacang panjang,carrot,kobis bunga dan putik jagung(na x letak xde stok) ikut suka banyak mana.

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan cili kering masak sampai pecah minyak.
masukan daun limau purut,cili api serta semua jenis sos,tpg jagung,daging,semua sayur,air,garam,gula,aji secukup rasa kacau bagi sebati.
akhir sekali masukan cili merah dan bawang dipotong bulat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...