Memaparkan catatan dengan label kuih-muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih-muih. Papar semua catatan

Rabu, November 09, 2011

puteri ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Hari ni,nanae nak berkongsi resepi puteri ayu.Lama dah buat tapi baru hari ni dapat postkan entry.Sibuk skit.Resepi ni nanae ambil dari intenet tapi dah tak ingat dr blog mana.Buat tuan punya resepi nanae mintak dihalalkan resepinya ye..
P/s: resepi puteri ayu ni dapat banyak. kalau takat nak buat dalam 30 biji buat separuh je dari adunan tersebut.





Bahan-bahannya:
4 cawan tpg gandum
1 1/2 cawan gula castor
3 biji telur (nanae guna gred B)
 1 1/2 cawan santan (nanae guna 1cwn santan pekat cap ayam brand ditambah 1/2 cawan air)
 1 sudu besar ovellette
 1 sudu besar baking powder
 1 sudu teh pewarna hijau

 cara-caranya:

1.panaskan kukusan.
2.Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 4.Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5.Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

inti kelapa: 1 biji kelapa parut putih 1 sudu teh garam 1 sudu besar tepung ubi
                 (gaulkan bahan diatas dan kukus selama 5 minit)

Isnin, Jun 21, 2010

Kuih lapis pisang

Salam...
Sebenarnya dah lama nak buat kuih lapis pisang ni tapi masa tak mengizinkan.Nanae jumpa resepi ni kat blog Kak CT.Nanae kalau bab pisang ni memang suka sangat tak kira la kuih apa pun..Nanae nak ucapkan terima kasih kat kak CT sebab sudi berkongsi resepi ni. Nanae guna loyang yang paling kecil.Nanae ni memang tak pandai buat kuih-muih ni.Tu pun ada yang lapisan tak sama tebalnya.Apa yang penting nanae dah cuba.Mak nanae pun dah terpikat dengan keenakan kuih lapis pisang ni. Rugi sape yang tak cuba.

 Bahan A:
2 cwn santan (na guna 200ml santan kotak ayam brand + 1 cwn air)
1 cwn tpg gamdum
1/2 cwn gula
2 sudu makan tpg beras
2 sudu makan tpg kastad
1 sudu teh garam

Bahan B:
1 cwn pisang emas/berangan dilecekan
1/4 cwn air

Bahan C:
1/4 cwn air
sedikit perwarna merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.sapu minyak pd loyang.
  2. Gaul bahan A hingga sebati(nanae blend kemudian tapis dan bahagi 2 )
  3. 1 bahgian + bahan B - dikacau rata
  4. 1 bahgian + bahan C - dikacau rata
  5. kemudian tuang 1 senduk bahan B kedlm loyang kukus selama 10 minit. 
  6. kemudian lapiskan 1 senduk bahan C selama 8 minit.
  7. ulangi proses yang sama sampai adunan habis.lapisan yang terakhir nanae tutup penutup kukus dengan tuala supaya wap air tak jatuh.

Rabu, Februari 10, 2010

Karipap

Salam.............
Petang tadi nanae buat karipap untuk minum petang.Sebernarnya nanae memang tak pandai buat kuih langsung.Disebabkan dah buat katering ni terpaksa la belajar sikit-sikit.Tu pun belajar dr blog teman-teman cyber.Resepi karipap diambil dari blog saudara Rozzan yang duduk di Singapura nun.Hasil tangan saudara Rozzan memang tak pernah menghampakan.Sekali cuba memang menjadi la punya.Terima kasih ye saudara Rozzan kerana sudi berkongsi resepi anda.Ni blog saudara Rozzan
http://rozzan.blogspot.com/



Kulitnya
1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)na tak letak pun
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 -375 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

Inti Kentang (Daging)
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar (bumbung) rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
(nanae tambah 4 ulas bawang putih)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota:
*Jika anda inginkan kulit yg lebih garing, kurangkan sukatan tpg by 50 gm dan gantikan dgn 50 gm tepung beras. I did that and the results- not bad, lebih garing.

*Jika menggunakan hirisan/potongan isi ayam, tak perlu direbus dahulu. Setelah rempah garing, dimasukkan sahaja isi ayam tersebut.

*Jika hendak mengunakan udang kering, bolehlah ambil 2-3 sudu makan udang kering lalu direndam dahulu sebelum ditumbuk halus. Masukkan bersama rempah kari semasa hendak ditumis.

*Bila menggoreng, gunakan api yg sederhana agar kulit epok-epok tu lebih licin dan rata. Setiap satu kali menggoreng memakan masa kira-kira 15 -20 minit. Ini akan membuat epok-epok/karipap anda lebih garing dan tidak mudah lembik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...