Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan

Rabu, November 18, 2009

kuey teow goreng



Salam...............

Pagi tadi untuk sarapan Na gorengkan kuey teow.Na nak ucap tima kasih kat Kak Syabar dari blog Seputih Seharum Melur yang wish birthday kat suami Na.


bahan-bahannya:
1kg kuey teow
isi ayam,udang,fish cake dan kobis-suka nak letak banyak mana
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kering kisar
8 biji ciliapi - diketuk
3 ulas bawang putih-diketuk dan dicincang
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar sos cili

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan cili kering kisar masak sampai cili pecah minyak.masukan isi ayam,udang,fish ,sos tiram,sos cili,kicap manis,garam,aji secukup rasa dan kobis.biarkan bahan yg dimasuk tadi masak baru masukkan kuey teow.Kacau bagi sebati.biarkan sekejap baru tutupkan api.hiaskan dgn timun,cili merah dan daun sop.

Jumaat, Ogos 28, 2009

Semalam na masak bihun goreng dan nasi goreng kampung.kuih na suruh suami belikan.takde mood nak masak.kalau penyakit malas dah datang susah nak ubatnya.paling senang masak yang simple-simple je.




bahan-bahan
1 peket bihun 400g
2 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah*
1 genggam ikan bilis*dikisar
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap manis
isi ayam,fishball,fishcake,udang dan kobis (ikut suka nak letak banyak mana)
sawi - tak letak stok dah habis

cara-cara
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan cili kering,sos tiram,kicap,garam dan bahan yg dikisar masak sampai pecah minyak.baru masukan semua rencah,masak sampai rencah masak.bila dah masak masukan bihun dan sayur.kacau bagi sebati.bila dah siap boleh la taburkan dgn daun sop,bawang goreng dan cili merah(na x letak stok dah habis)

Jumaat, Ogos 14, 2009

mee kari


salam............

Dah makan malam ke belum? lauk apa hari ni ?kami baru je habis makan malam.menu hari ni, na masak mee kari je.mood masak ni kejap ada kejap xde.ye la malam tadi na kena sakit pinggang sampai nak tido pun x boleh.nak gi klinik malas betul sebab takut makan ubat hu..hu..pergi urut lagi la takut.last-last tampal koyok.baru leh tido.
harap-harap malam ni dapat la tido lena.kesian dgn suami na turut kena tempias sekali x bleh tido.kena urut pinggang na.hii...hi..terima kasih ye sayang.
jom layan resepi mee kari dulu ye.............

bahan-bahan
1kg mee basuh,kemudian celur dan tos.
sawi,kobis dan taugeh dicelur dan tos
bahan hiasan:cili merah dihiris nipis,daun sop,bawang goreng.

bahan A
4 sudu besar cili kering kisar
2 pkt kecil rempah kari daging babas*
2 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*dikisar halus
isi ayam,udang,kerang dan tauhu goreng(diptg kecil)
ikut suka nak letak banyak mana.
500ml santan
1500ml air
2 keping asam keping

bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 biji bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus

cara-caranya:tumis semua bahan penumis sampai kekuningan.baru masukan bahan yg dikisar dan cili kering masak sampai pecah minyak.masukan air,isi ayam,udang,kerang dan tauhu,asam keping,garam,aji dan gula secukup rasa masak sampai melegak baru masukan santan pekat.
masak lagi sampai melegak baru tutupkan api.hidangkan dgn sayur,daun sop dan bawang goreng serta cili merah.

Rabu, Ogos 05, 2009

bihun soto ayam


Salam..................
Berapa hari yg lepas jenguk umah kak asma,nampak kak asma buat soto ayam.tu yg teragak nak buat hari ni.Jom menjamu selera...........

bahan-bahan
1 ekor ayam (na guna ayam pencen)
2 pkt kecil rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma
2 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 biji bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang merah *
8 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 sudu besar lada hitam biji*dikisar

cara-caranya:
rebus ayam sampai empuk.asingkan ayam dr air rebusan dan disiat-siatkan isinya.
tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan buah pelaga,bawang yg dihiris dan bawang putih yg diketuk sampai kekuningan.
bancuh rempah sup + rempah kurma + bahan *yg telah dikisar.
kemudian masukan bahan yg siap dibancuh kedlm bahan yg telah ditumis tadi,masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air rebusan ayam tadi dan masukan garam secukup rasa.
bila dah masak boleh la dihidangkan dgn bihun+nasi impit+kacang goreng+suhun+pegedil(na x letak malas nak buat!!!!!) + sambal kicap.
akhir sekali taburkan daun sop dan bawang goreng.

Sabtu, Julai 25, 2009

kuey teow goreng



salam.........

Na cuma nak n3 makan malam tadi.Na cuma masak kuey teow goreng je.Semua malas nak makan nasi.budak-budak na buatkan x pedas.jom layan dulu resepi ni ye....

bahan-bahan
1kg kuey teow
isi ayam,kerang dan fish cake(ikut suka banyak mana nak letak)
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
kicap manis secukupnya
2 keping tauhu kering diptg kecil
sawi dan kobis
2 biji telur
timun utk hiasan
p/s:na guna apa yg ada dlm fridge.sape nak tambah udang atau sotong.nak guna taugeh je pun boleh.ikut selera masing-masing.

cara-caranya
tumis bawang putih sampai kekuningan,baru masukan cili kisar masak sampai pecah minyak baru masukan isi ayam,kerang,fish cake,tauhu,sos tiram,kicap,garam dan gula secukup rasa.kacau sekejap baru masukan kuey teow dan sayur.gaul sebati.pecahkan telur dan kacau masukan didlm kuali timbuskan dgn kuey teow.perlahankan api supaya telur x hangit.bila telur dah masak gaulkan keuy teow bg sebati.bila dah masak boleh letak tabur cili merah dan daun sop.tapi stok dah habis na guna timun je sebagai hiasan.

Khamis, Julai 09, 2009

tension

salam....

argh................
boring sesangat dlm seminggu ni.line intenet langsung x berfungsi tu yg boring sangat tu.kalau hujan je mesti problem.pekerja tm slow sangat nak repair sampai ambil masa kat seminggu baru nak siap.bukan takat kat umah je satu fraser hill problem.

kat sini tu la masalahnya nak tunggu org tm dari raub nak dtg repair semuanya ambil masa.

jom kita layan resepi mee goreng yg na goreng utk minum ptg ni.lagi pun kejap lagi na dan suami nak gi pasar malam kat kuala kubu bharu.jadi layan dulu ye....


bahan-bahan
1kg mee dibasuh dan ditoskan.
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
isi ayam,sotong dan udang dan fishball ikut suka banyak mana
2 tangkai sawi dipotong-potong
1 cawan taugeh
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 cawan air.
1 biji cili merah diptg nipis utk hiasan
sedikit daun sop dan hirisan timun utk hiasan

cara-caranya
tumiskan bawang putih sampai garing baru masukan cili kering tumis sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukkan isi ayam,sotong,udang dan fishball biar sampai masak.bila dah masak masukkan mee,kicap,sos tiram,sos cili,air dan gaulkan rata.akhir sekali baru masukan sawi dan taugeh.
bila dah masak hiaskan dgn cili merah,timun dan daun sop

Khamis, Jun 25, 2009

yee mee kantonis



salam

tengahhari semalam na dan suami just makan nasi bungkus je.malas nak
masak cos anak-anak xde kena tinggal dgn nenek mereka di kl.cuma na masak utk makan malam. na masak yg simple je iaitu
yee mee kantonis.na harap sudi la mencubanya.

bahan-bahan:
1 pkt yee mee
isi ayam,udang dan sotong-ikut nak letak banyak mane
2 keping fish cake diptg nipis
1/2 biji carrot dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi
skit kobis
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
masukan carrot,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
letak yee mee dalam pinggan @ mangkuk dan siram kan kuah keatas yee mee.
boleh la terus dimakan bersama cili api potong yg dicampurkan bersama kicap cair.

Khamis, Jun 18, 2009

bihun sup ayam




salam

Balik dari kuala kubu,terus pikir nak masak bihun sup.
menu yg simple dan senang utk dimasak.
okay la malas nak celoteh banyak.
Layan je la resepi kat bawah ye.

bahan-bahannya:
600g bihun dicelur dgn air panas,kemudian ditoskan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 pkt sup bunjut adabi - buka bunjut dan blend halus.
2 sudu besar rempah kurma
2000ml air
bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang merah dihiris nipis
4 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diketuk
bahan hiasan:
taugeh dicelur (ikut suka)
sawi dicelur (ikut suka)
daun sop dan bawang goreng

cara-caranya:
-panaskan 1/2 senduk minyak didlm periuk.kemudian tumis semua bahan penumis
sampai bau wangi.
-bila dah wangi masukan sup bunjut yg telah diblend dan rempah kurma kacau
sekejap baru masukan air,ayam,garam,gula secukup rasa.
-masak sampai melegak baru tutupkan api
(kalau masak biarkan api dibuka perlahan je)

sambal kicap
cara-caranya:blend cili api sebanyak 20 biji(kalau nak pedas letak lebih)
dicampurkan dgn 1 sudu besar cuka,kicap manis dan skit gula

Rabu, Jun 17, 2009

mee hailam



MEE SUP SIMPLE



SALAM


Petang ni Na cuma masak mee hailam dan mee sup utk anak-anak.
deman x kebah lagi.cuma masak yg simple je la utk makan malam.
harap cuba la resepi ni ye.....

bahan-bahan
1kg kg mee kuning.
1 cawan isi ayam
1/2 cawan udang
1 peket bebola ikan
sawi,kobis,cendawan shitake dan carrot - ikut suka
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kering kisar
1/2 cawan sos tiram *
4 sudu besar sos cili *
2 sudu besar sos tomato *
2 sudu besar kicap pekat * (bahan sos)
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn air)
1000ml air ( sukatan 1 botol air mineral yg besar)
daun bawang,cili merah dan bawang goreng (bahan hiasan)

cara-caranya:
cuci mee,kemudian siram dgn air panas.tos dan sejatkan.
masukan minyak tunggu minyak panas dan tumiskan bawang putih sampai bau wangi.
masukan cili kisar tumis sampai pecah minyak
masukan * bahan sos,lada sulah,tpg jagung dan air baru masukan
isi ayam,udang,bebola ikan,sayur ,garam,gula dan aji secukup rasa.
biarkan kuah sampai melegak baru tutupkan api.
isikan mee didlm mangkuk dan siramkan dgn kuah tadi.
taburkan bahan hiasan dan boleh la terus dihidangkan panas-panas


mee sup simple
mee (na letak skit je agak2 je la)
2 cawan air
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
sawi skit

cara-caranya
masukan air dalam periuk,masak sampai melegak masukan telur sebiji demi sebiji
biarkan api perlahan supaya telur x pecah.
bila telur dah masak masukan mee,kiub ikan bilis dan sawi.
biarkan sekejap baru tutupkan api.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...