Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Khamis, April 22, 2010
pak choy tumis bawang putih
Bahan-bahan:
5 btg pak choy -diptg 2
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak utk menumis
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 2 sudu besar air.
1/4 cawan air
Cara-caranya:
Rebus pak choy 1/2 masak.kemudian rendam dlm air sejuk dan tos.Kemudian susun dlm pinggan.
masukan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.(Awas jgn sampai hangit).Bila bawang putih dah kekuningan,masukan sos tiram,tpg jagung,garam,gula dan aji secukup rasa.Kacau bg sebati kemudian siram atas sayur pak choy.
Sabtu, November 28, 2009
Bayam masak lemak
Bahan-bahannya:
1 ikat bayam
1/2 biji bawang merah yg sederhana dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji cili merah diptg menyerong
1 genggam ikan bilis yg telah dikopek
1 cawan santan pekat
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa.
cara-caranya:
masukkan air,bayam dan ikan bilis kedlm periuk.masak sampai bayam lembut.baru masukkan santan pekat,bawang merah,bawang putih,cili merah,garam dan gula secukup rasa.masak sampai kuah mendidih,baru tutupkan api.
Rabu, Oktober 28, 2009
sayur kacang buncis
bahan-bahan:
20 btg kacang buncis-diptg menyerong
10 ekor udang-dibuang kulit
1 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih-diketuk
1/2 biji bawang merah-dihiris nipis
1/2 cawan air
1 biji cili merah-diptg menyerong
cara-caranya:
tumis bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan,baru masukkan kacang buncis, udang,air,cili merah,garam,gula dan aji secukup rasa.goreng sampai kacang empuk.baru tutupkan api.
Selasa, Jun 16, 2009
labu masak lemak
Dah brape hari asyik makan nasi bungkus je.
jadi tengahari tadi mula la start masak tu pon lauk yg simple je.
na masak kuah lemak labu dan ikan cencaru sumbat cili.
labu tu na x pernah beli pon,tumbuh liar kat kawasan hotel ni.
jadi bila dah berbuah just kutip je la.resepi ikan cencaru na pernah siarkan.
cuma cari dibawah label ikan.
labu masak lemak
1/2 biji labu yg sederhana besar
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk halus)
1 biji bawang merah(dihiris nipis)
1 biji cili merah(dihiris nipis)
1/2 helai daun kunyit(disiat-siat)
50gm ikan bilis
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
cara-caranya:
mula-mula rebus labu.bila dah empuk masukan santan cair,lada hitam,
bawang,cili merah,daun kunyit dan ikan bilis.(kalau x suka ikan bilis boleh
gantikan dgn udang kering @udang hidup)
bila dah melegak masukan santan pekat,garam,aji dan gula secukup rasa.
senang je kan.........
Langgan:
Catatan (Atom)