Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Isnin, Februari 08, 2010

nenas ikan masin tumis darat


Salam................

Hari ni nanae masak nenas dengan ikan masin tumis darat.Ala-ala macam masak lemak gak.Ikan masin ni mak yang bagi.Beli kat Tawau.Kat Tawau ni ikan masin,udang kering,daging rusa dan hasil laut memang murah.Sebenarnya nanae dan keluarga pernah duduk kat Tawau lebih dr 9 tahun.Bila tengah mengandung anak pertama,suami ajak balik KL tinggal la ayah,mak,adik beradik nanae kat sana.

Mak buka gerai makan kat bandar Tawau.Ayah pulak buka kat Tarakan,indonesia.Tapi sekarang mak dah tak berniaga lagi sebab nanae minta mak balik Kl.Bukan apa bila adik beradik nanae dah kahwin,dorang pindah dok kat kl.Sekarang ni dah 2 tahun mak duk kat KL.
Apa la nanae melalut ni dari cerita ikan masin pergi cerita duk kat Tawau.jom layan la resepi ni dulu ye........

BAHAN-BAHAN:
1 biji nenas
isi dan tulang ikan masin
2 biji bawang merah
1 cawan cili kering
belacan 1/2 ibu jari
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan pekat

Bahan utk penumis:
4 biji bawang merah kecil-dihiris
1/2 cawan minyak

Cara-caranya:
.rendam ikan masin didalam air yang dicampur dgn 1 sudu besar garam.Biarkan selama 1 jam.Kemudian basuh sampai bersih.
.nenas dibuang kulit dan dipotong serong
.kisar halus bawang merah,cili kering,belacan dan ketumbar dengan 5 cawan air.kemudian tapis.
.masukkan air tapisan,serbuk kunyit,ikan masin dan nenas kedlm periuk.masak sampai nenas empuk,guna api perlahan bila memasak.
.Bila nenas dah empuk masukan santan pekat,aji,gula dalam 1 sudu teh dan garam secukupnya.Kalau kurang masam,tambah la asam keping 1 keping.
.Bila dah mendidih,tutupkan api.Ketepikan.
.Masukan minyak kedlm kuali.Bila minyak dah panas masukan bawang yang telah dihiris tadi.
.Goreng sampai bawang garing.tutupkan api siram minyak serta bawang keatas kuah tadi.

Ahad, Disember 06, 2009

asam tumis ikan pari

salam............

Dah lama nanae tak updet resepi yang dimasak.Hari ni nanae hanya masak asam tumis ikan pari dan kerabu kerang dgn tomato.Untuk anak-anak nanae gorengkan ayam sahaja.Anak-anak,nanae ambil semalam.Riuh rendah rumah bila anak-anak balik.Jom jemput makan.....



bahan-bahan:
1kg ikan pari dikerat kecil
1 cawan cili kering kisar
1 biji bawang merah#
3 ulas bawang putih# dikisar halus
2 keping asam keping (kalau tak cukup masam boleh tambahkan asam)
1 btg bunga kantan dihiris
1 ikat daun kesom
1 biji timun dibelah 2 dan dipotong
5 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
bahan penumis:
2 ulas bawang putih dihiris halus
1/2 biji bawang merah dihiris halus
1 sudu teh halba campur
1/2 cawan minyak masak

cara-cara:
tumis semua bahan penumis sampai bawang kekuningan.masukan cili kering kisar,bahan yg dikisar masak sampai pecah minyak.bila dah pecah minyak masukan air,ikan,asam keping,bunga kantan,daun kesom,timun,serbuk kunyit,garam dan aji secukup rasa.masak sampai mendidih baru tutupkan api.kalau kuah pekat tambah air sedikit.

Sabtu, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam dan selamat menyambut hari raya Aidil Adha.
LABBAIKALLAA HUMMALABBAIK. LABBAIKALAA SYARII KALA KALABBAIK. INNALHAMDA WANI'MATA LAKAWAL MULK LAA SYARIKALAK.

Raya haji kali ni,na cuma balik kl umah mak na tu pun 2 hari je.Tak gi mana-mana pun.Hari ni na masak ikan keli goreng,sambal petai udang dan bayam masak lemak untuk makan tengahhari nanti.jom jemput makan....

Sabtu, Oktober 24, 2009

ikan selar masak asam rebus tempoyak



Salam............

Hari ni sepanjang hari hujan je.Biasa la kalau dah hujan tu cuaca terasa la sejuk.Mood nak masak punya lembab hari ni.Na cuma masak ikan selar masak asam rebus tempoyak dan ayam goreng je.Senang,cepat dan mudah.(masa n3 dibuat baru la hujan berhenti).

Biasa la menu ni orang berkerja senang nak masak.time rehat la cepat-cepat masuk dapur nak memasak utk makan tengahhari.ok la tak boleh nak lama-lam kejap lagi nak sambung keje.....



bahan-bahan:
3 ekor ikan selar
1 biji bawang merah#
8 biji cili api#ditumbuk kasar (kalau nak pedas boleh tambah,kalau tak suka pedas guna cili merah dlm 2 biji)
2 batang serai diketuk
1/2 biji timun (tak nak letak pun boleh)
serbuk kunyit sedikit
1 keping asam keping
4 sudu besar tempoyak
5 cawan air

cara-caranya:
basuh ikan sebersihnya dan kerat 2.lumurkan serbuk kunyit pada ikan.masukan semua bahan diatas didalam periuk masak guna api perlahan supaya ikan betul2 masak.masukan garam,aji dan gula secukup rasa.masak sampai kuah melegak.baru tutupkan api.

Jumaat, Oktober 23, 2009

ikan siakap ala puncak


Salam..........

Lama tak n3 lauk yang dimasak.Hari ni Nanae masak ikan siakap masak ala-ala puncak.he...he....Jangan Mare ye.Ikut suka hati yo nak letak nama kan!Ala-ala cam masak podas kat kedai tom yam tu.Kepada sape-sape nak mencubanya boleh la mencubanya.ok ke tak ok ke leh la komen kat nanae ye.......Lauk ni memang lauk kegemaran suami nanae.Selamat mencuba ye............


bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
3 helai daun limau purut #
7 tangkai cili api #
3 batang serai #
2 tangkai daun sop# yg bertanda diricik halus
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang horland dipotong dadu
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh tpg jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
1 cawan air
1 biji bawang horland dipotong bulat
1/2 biji cili buah dipotong dadu
1 biji cili merah dipotong menyerong(na x letak stok xde)

cara-caranya:
>basuh ikan dgn limau kasturi dan perap sekejap.kemudian bilas sampai bersih.
lumur garam pd ikan dan golek ikan pd tepung gandum.tepuk2 buangkan lebihan tpg.kemudian goreng sampai garing.hias dgn daun salad,timun dan tomato(na x letak xde stok).ketepikan.
>tumiskan bawang putih,bahan yg bertanda# dan bawang horland yg dipotong dadu sampai naik bau.baru masukan cili kisar,sos tomato,sos cili,tiram,kicap,lada sulah,tpg jagung,garam,gula,aji secukup rasa dan air.biar melegak sekejap baru masukan bawang horland dipotong bulat,cili buah dan cili merah.kemudian siram kuah diatas ikan

Selasa, Oktober 06, 2009

ikan keli salai masak lemak cili api

salam........

hari ni na masak ikan keli salai masak lemak cili api,kailan ikan masin dan sambal belacan.Ye la dah brape hari asyik gi open house makan lemang,nasi impit,rendang dan macam-macam lagi.tekak ni dah teringin nak makan nasi dgn lauk pauk.Tu yang kena masak tu.



bahan-bahan:
4 ekor ikan keli-dibasuh bersih kemudian salai diatas api arang.salai sampai masak.ikan diterbalik-balik kan.
2 batang rebung dipotong.ikut la nak potong cammana.
15 biji ciliapi.# nak lebih pun boleh
1 biji bawang merah#dikisar halus
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 cawam air.
1 keping asam keping

cara-caranya:
masukan air,santan cair,bahan yg dikisar,rebung,asam keping dan ikan keli kedalam periuk.masak kuah sampai melegak baru masukkan santan pekat,garam,aji secukup rasa.biarkan seketika baru tutupkan api.



bahan-bahan:
3 batang kailan
2 ulas bawang putih diketuk
1 potong ikan tengiri jeruk
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah dan 1/2 biji bawang horland dihiris
sedikit tepung jagung dibancuh dgn air

cara-caranya:
tumis bawang putih sampai kekuningan,masukan ikan tengiri jeruk dihancurkan-hancurkan dalam kuali sampai ikan garing sikit.baru masukan kailan,sos tiram,tepung jagung,garam(letak sikit dulu kalau kurang masin baru tambahkan garam) dan air sikit.kacau sekejap baru masukan cili merah dan hirisan bawang.



bahan-bahan:
3 biji cili merah#
5 biji ciliapi#
belacan sebesar ibu jari#
air perahan limau nipis @ air asam jawa

cara-caranya:
tumbuk semua bahan yang bertanda# sampai lumat,baru masukan garam,aji,gula secukup rasa dan perahan limau nipis @ air asam jawa.

Ahad, Ogos 23, 2009

Hari ke 2

Salam.............

Masuk hari kedua berpuasa,tengahhari cuaca cerah tapi x berapa panas.masuk je belah petang hujan sekejap-kejap.Tu yang buat berpuasa kat fraser ni x terasa sangat.
Kat fraser ni yg x best bila time bulan puasa mesti xde bazar ramadhan.kena pergi ke raub atau ke kuala kubu.Time berbuka kat fraser ni pada pukul 7.30 malam.
Untuk juadah berbuka nanti Na masak asam tumis ikan yu,ayam goreng,sayur kacang buncis dan sosej roll.






bahan-bahan asam tumis ikan yu
1 ekor ikan yu dibuang kulit dan dipotong 6.
1/2 cawan cili kering kisar
1 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci belacan*
air asam jawa*kisar bahan yg bertanda*
3 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesom
bahan penumis:
1 biji bawang merah kecil#
2 ulas bawang putih# dihiris nipis

cara-caranya:
tumiskan bahan penumis sampai kekuningan,baru masukkan bahan yg telah dikisar,cili kering kisar dan serbuk kunyit masak sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air,ikan,daun kesom,bunga kantan,garam,aji secukup rasa.kalau kurang masam tambah lagi air asam jawa.masak sampai mendidih.

bahan-bahan sosej roll:
6 keping roti
6 batang sosej
serbuk roti @ breadcrumbs secukupnya
1 biji telur dipukul
1/2 sudu teh lada sulah
minyak untuk mengoreng
1/2 sudu besar tepung gandum*
sikit air* dibancuh utk buatkan gam pada roti.

cara-caranya:
gelek roti sampai nipis dan buangkan kulitnya.
letak sosej diatas roti dan letakkan bancuhan tepung pada hujung roti dan digulung.
buat sampai habis.
telur dipukul,dicampurkan dgn lada sulah dan garam sedikit.Panaskan minyak.
celupkan roti kedalam telur,kemudian golekkan keatas serbuk roti.
goreng dgn minyak yg panas sehingga kekuningan.
Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis.

Khamis, Julai 23, 2009

ikan kembung sambal ciliapi




salam..............

Tengahhari ni na masak ikan kembung goreng sambal ciliapi dan kobis goreng.
Na sengaja masak lebih ikan sebab nak bagi kat kat kak gee.tinggal la 3 ekor jadi la utk makan tengahhari ni.malam karang lain citer.suami dah bagi tahu nak makan chicken chop.biasa la kalau dah cakap nak makan kena buat juga la.
Apa-apa pun layan dulu lauk ni dulu ye............

bahan-bahan
5 ekor ikan kembung
20 biji ciliapi
1 biji bawang holand
air asam jawa
1/2 biji bawang dihiris utk hiasan
6 biji cili api utk hiasan

cara-caranya:
lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sampai garing.
ketepikan.kisar ciliapi dan bawang kemudian tumis sampai pecah minyak.
bila dah pecah minyak masukan air sikit,air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.
biarkan sekejap baru masukan ikan dan gaulkan.
akhir sekali masukan bawang yg dihiris dan ciliapi,biar masak sekejap.

Khamis, Jun 25, 2009

asam rebus ikan merah



salam...............

Hari ni na cuma masak asam rebus ikan merah utk hidangan tengahhari.nasib baik suami x
kisah dgn apa yg na masak janji mesti pedas.ye la org N9 la katakan.x pedas x sah.
apa-apa pun jom layan dulu resepi ni ye.

bahan-bahan
1 ekor ikan merah
1 cili kering #
2 biji bawang merah #
2 sudu besar rempah biji@ketumbar #
1 sudu besar beras #
belacan sebesar ibu jari #(kisar bahan # dikisar)
1 tangkai daun kesom
1 biji timun dibelah 2 dan diptg menyerong.
2 kpg asam keping

cara-caranya:
tapis semua bahan yg dikisar.kisar balik bahan yg telah ditapis ditambah dgn air.ulang sebanyak 3x utk ambil airnya
rebus air yg telah ditapis,masukan ikan ,timun,asam keping,daun kesom dan garam
secukup rasa.

Rabu, Jun 17, 2009

sambal sardin




Hari ni deman la pulak.tak kan nak makan nasi bungkus lg kot?
tak boleh jadi ni.apa lg gi dapur tengok apa benda yg paling senang dimasak.
tengok punya tengok,nampak la tin sandin kat atas para.sardin pun sardin la
janji leh cepat dimasak.Na goreng kan ayam dan goreng sayur kobis.lepas la hari ni punya citer nak masak apa.

sambal sardin
1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili kering yg sudah diblend
1 biji bawang besar-dipotong bulat
1 biji cili merah-dihiris nipis
air asam jawa

cara-cara:
tumis cili blend sampai cili masak.
masukan sardin,bawang,cili merah,air asam jawa,garam,gula secukup rasa.

Selasa, Jun 02, 2009

kari ikan merah

Hari ni teringin nak makan kari ikan merah.Apa lagi terus la ke dapur utk
nenyediakan bahan-bahannya.nasib baik anak2 xde sebab kena tinggal dgn neneknya kat kl.kalau tidak sibuk nak tolong sama.Na harap sudi la mencuba
resepi kari ikan ni ye....







bahan-bahannya:
bahan(A)
2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 pkt serbuk kari ikan cap babas
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
2 sudu besar cili kering
2 tangkai daun kari
1 cawan air
1/2 cawan air asam jawa(ikut suka kalau nak masam tambah lebih)
SEMUA BAHAN DIATAS DIKISAR HALUS

bahan penumis(B)
1 sudu teh halba campur
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
1 senduk minyak masak

bahan(C)
1 ekor ikan merah(lebih kurang 1kg)
6 biji bendi (pilih yg muda)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 cili merah @ cili hijau

cara-caranya:
masukan minyak kedlm periuk tunggu sehingga minyak panas
bila minyak dah panas baru masuk bahan penumis,tumis sehingga sehinga bawang kekuningan baru masukan bahan (A).
biarkan semua bahan yg ditumis sehigga pecah minyak
bila dah pecah minyak(itu menandakan yg rempah dah cukup masak)masukkan ikan,
santan,bendi,tomato,cili merah@hijau dan garam secukup rasa.
biar sehingga mendidih.
rasa bila dah ok bolehlah padamkan api.

Jumaat, Mei 15, 2009

IKAN CENCARU SUMBAT CILI DAN SAYUR PETOLA

Hari ni na masak ikan cencaru sumbat cili dan sayur petola utk santapan makan tengahhari tadi.Na harap pembaca dapat la mencubanya ye.....

Maaf gambar kurang memuaskan biasa la hp murah.hi..hi...






RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT CILI
2 ekor ikan cencaru
5 biji cili merah
6 biji cili api
2 biji bawang merah (kalau besar sgt guna je sebiji)
2 biji limau nipis

cara-caranya:
ikan cencaru dibelah belakang.
lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
kisarkan cili merah,cili api dan bawang tanpa air.(jgn sampai halus)
perahkan air limau nipis kedlm bahan yg telah dikisar.
tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa.
sumbat ke dlm ikan cencaru yg dibelah belakang.
gorengkan dengan minyak yg sedikit.(minyak dlm 1/2 senduk saja)
semasa mengoreng buka api kecil sahaja.(kalau api besar takut hangus nanti)

SAYUR PETOLA TUMIS IKAN BILIS
2 biji petola - dibuang kulit & diptg bulat.
1/2 genggam ikan bilis.
2 ulas bawang putih.
1/2 biji bawang merah.
1/2 cawan air.

cara-caranya:
tumbuk ikan bilis bawang merah dan bawang putih.
tumiskan bahan yg telah ditumbuk tadi sampai garing.
masukan petola,air,garam dan sebuk perasa secukupnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...