Khamis, November 10, 2011

Udang galah goreng bersos




Assalamualaikum dan salam sejahtera.......

Hari ni nak tayang lauk udang galah yang  nanae masak masa nak balik kampung masa raya aritu.Terukkan dah lama baru nak  updet.Ada sape-sape yang tergoda tengok udang galah yang nanae masak.Sila angkat tangan..hi..hi..hi...Berat dalam 2kg,udangnye adalah dalam 9ekor.Berat kepala 

Bahan-bahan:
2kg udang galah saiz XL
6 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang holand dicincang
2 batang serai diketuk
8 btg ciliapi diketuk
2 helai daun limau purut dihiris
1 tangkai daun sop dihiris halus
1 biji telur
1 cawan sos cili maggie

Cara-caranya:

  1. Udang dibersihkan,gunting kepala dan ekor sikit serta belah belakang.toskan 
  2. Panaskan minyak.Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.Goreng sampai warna udang bertukar jadi merah.Angkat dan toskan minyaknya.
  3. Tumiskan bawang putih sampai kekuningan.guna minyak yg goreng udg tadi dalam 4 sudu besar.Bila bawang dah kuning masukan,bawang,serai,cili api dan daun limau,sos cili serta cili kisar tumis sampai pecah minyak.(Guna api pelahan)
  4. Bila dah pecah minyak masukan air dalam 1 cawan. masukan telur(dikacau dulu) dan kacau bagi sebati.Masukan garam gula dan aji secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukan udang dan daun sop.Gaul sebati.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...