Memaparkan catatan dengan label western food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label western food. Papar semua catatan

Selasa, Julai 13, 2010

Spaghetti bolognaise

Salam...............

Spaghetti bolognaise ni,aku masak buat berbuka puasa hari khamis yang lepas.Sebenarnya bukan la aku yang berpuasa tapi mak aku dan Darwis yang puasa sunat.Minuman aku buatkan air teh o lemon panas.


Bahan2:
1 pkt spaghetti 500gm                                                    
1 tin kecil preego
1 pkt maggie spaghetti bolognaise
3 sudu besar sos cili
1 ketul kiub ayam
200gm daging kisar ramly
4 btg sosej - dihiris
10 biji meatball - dihiris
3 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang horland - diptg dadu
1 biji tomato - diptg dadu

3 cwn air

cara-caranya:-
-rebus air dlm 2 liter bersama 1 sudu teh garam dan 2 sudu besar minyak masak.Biar sampai air mendidih baru masukkan spaghetti dan kacau sekali-sekala.Bila dah lembut angkat dan toskan.
-Masukan minyak zaitun dan tumis bawang dan buah tomato 1/2  masak.kemudian masukan daging kisar.
-grg daging sampai keperangan.Masukan meatball,sosej,sos preego,sos maggie,air,sos cili,kiub ayam,garam,aji dan gula secukup rasa.kalau pekat tambah la air.
-biar la mendidih dlm 10 minit.masak  guna api yg kecil.
-bila dah siap tuang sos bolognaise ke atas spaghetti
-last sekali parut keju parmesan

teh o lemon panas


Khamis, November 19, 2009

lamb chop dan puding laici dangdut

Salam..............

Malam ni nanae masak lamb chop dan puding laici dangdut untuk makam malam sebentar tadi.Puding laici dangdut nanae ambil dr blog kak Hanieliza's Cooking



cara-cara:
perap lamb shoulder dgn sedikit garam serta lada sulah dlm 30 minit.
kemudian panggang didlm pan.masak sampai masak bila dah masak boleh la dihidangkan dgn kuah serta dgn bahan hiasan.

utk hiasan:
salad,timun dan coslow
bahan utk coslow
hirisan kobis dan bawang serta hirisan carrot dicampurkan dgn mayonis dan susu cair sikit.

bahan kuah
2 btg saleri
1 biji carrot
1 biji bawang holand
6 ulas bawang putih
1/2 tin kecil tomato puri
1/2 kg tulang lembu-direbus sampai empuk.bila dah empuk kisar isi daging sampai hancur.
1 pkt sos lada hitam (kalau xde pkt pakai je yg jenis botol)
1/2 cawan minyak
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar kicap pekat

cara-caranya:
potong saleri,carrot,bawang holand dan bawang putih nipis-nipis.
tumiskan semua bahan yg dipotong dgn 1/2 cawan minyak.kisar semua bahan yg ditumis sampai halus.ketepikan.tumiskan mentega,masukan tepung gandum kacau jangan sampai hangit.bila tepung berbuih,masukan bahan yang dikisar,isi daging yg terdapat pada tulang,air rebusan tulang,tomato puri,kicap pekat,sos lada hitam,garam,gula,aji secukup rasa.kalau kuah pekat boleh tambah air sikit.


masukan sos lada hitam,kicap pekat dan bahan yg telah dikisar di dlm periuk masak sampai melegak dan rasa garam serta gula secukupnya.
NOTA:Kalau kuah tak habis boleh simpan dlm tempat beku.



resepi ni nanae copy dr blog kak hanieliza.
Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cair

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....

Jumaat, Julai 24, 2009

chicken chop




salam............

Na masakkan chicken chop atas permintaan suami utk makan malam nanti.Buat na cuma sandwich dan anak-anak na gorengkan wedges.Suami na kuat makan tapi tu la badan suami still kurus macam budak sekolah menengah je walaupun umur dah tua.hi..hi..jangan mare ye suamiku.Cara nak buat Sandwich na goreng telur mata sampai garing kemudian letak sos cili di kedua-dua belah roti.senangkan.

bahan-bahan
1 keping chicken breast
bread crumb secukupnya
coslow secukupnya
potato wedges digoreng
2 keping roti

chicken breast dilumur dgn sedikit garam,lada sulah dan sedikit tpg gandum.
kemudian celup kedlm telur dan disalut dgn bread crumb secukupnya.
boleh la digoreng sehingga masak.
bila dah masak hidangkan dengan coslow,wedges dan roti.hidangkan dgn sos cili.

Khamis, Julai 02, 2009

mix grill



salam...

na cuma nak N3 apa yg kita org dinner semalam.suami mintak nak makan western food.
nak tak nak kena buat la jugak.nasib baik dlm fridge ada stok.lau x de parah gak. jadi layan je la resepi ni ye...

bahan-bahan
3 keping lamb shoulder
3 keping chicken breast
10 mini sosej digoreng dgn planta.
15 keping pototo wedges digoreng dulu dgn minyak
cara-cara
perap lamb dan chicken breast dgn garam serta lada sulah dlm 30 minit.
panggang didlm pan.masak sampai masak bila dah masak boleh la dihidangkan dgn kuah
serta dgn bahan hiasan.

utk hiasan:
salad,timun dan coslow
bahan utk coslow
hirisan kobis dan bawang serta hirisan carrot dicampurkan dgn mayonis dan susu cair sikit.

bahan kuah
2 btg saleri
1/2 biji carrot
1 biji bawang holand
6 ulas bawang putih
1/2 tin kecil tomato puri
200gm isi ayam
1 pkt sos lada hitam (kalau xde pkt pakai je yg jenis botol)
1/2 cawan minyak
2 sudu besar kicap pekat

cara-caranya:
potong saleri,carrot,bawang holand dan bawang putih nipis-nipis.
tumiskan semua bahan yg dipotong dgn 1/2 cawan minyak.
masak sampai bahan dah lembut.bila dah lembut masukan isi ayam dan tomato puri.
masak sampai isi ayam masak.kisar semua bahan yg dimasak sampai halus.
masukan sos lada hitam,kicap pekat dan bahan yg telah dikisar di dlm periuk masak sampai melegak dan rasa garam serta gula secukupnya.

Selasa, Jun 23, 2009

lasagna



salam.
dah brape hari x dpt nak updet.na cuti jadi turun gi kl umah mak.
ingatkan nak rehat tapi x leh nak rehat cos dah berjanji nak buat lasagna utk adzie.
apa-apa pun layan dulu resepi lasagna ni ye cos penyakit malas dah dtg melanda.hi..hi

bahan-bahan
250g kepingan lasagna
2 botol prego pasta sause 397g fresh mushroom
2 sudu besar cili kering
1 bks daging kisar ramly
6 btg sosej diptg nipis
1 tin cendawan butang diptg nipis
1 pkt keju mozzarella
1 pkt mushroom soup
2 cawan air
1/2 biji cili buah diptg dadu
2 biji tomato diptg dadu
1/2 biji bawang holand diptg dadu
2 ulas bawang putih diketuk

bahan sos putih
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar tepung gandum
1000ml susu uht
cara-caranya
cairkan marjerin,masukan tpg gandum masak sampai tpg berbuih putih baru masukan susu uht.masuk garam dan gula skit.
p/s:masak gunakan api yg kecil,takut tpg hangit.

cara-caranya:
rebus dulu lasagna.air dicampurkan dgn minyak skit.jgn rebus sekali banyak
takut lasagna melekat-lekat.kalau boleh biar la rebus sekeping-sekeping.
tumis bawang,bawang putih sampai kekuningan baru masukan cili kering,sos,mushroom soup,daging,sosej,cendawan,cili buah,tomato dan air.
rasa garam dan gula secukup rasa.
letak kepingan lasagna dlm loyang,layer dgn sos dan ratakan dan letak pula sos putih.
lepas dah letak sos putih layer balik kepingan lasagna dan sos.penutup tabur keju mozzarella secukupnya.(kalau xde keju mozzarella guna je kepingan cheese)
p/s:sos yg lebih boleh disimpan utk topping pizza atau sos spagetti.
resepi ni boleh dpt 2 loyang lasagna.na memang buat banyak cos adik-adik na memang suka makan.
kalau x nak buat banyak just kurangkan bahan diatas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...